Monday, July 14, 2014

Naifnya Rahman Dahlan Menilai Vincent Tan dan Francis Yeoh

14 Julai 2014

Malaysiakini melaporkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik taikun perniagaan Tan Sri Francis Yeoh dengan memuji jutawan lain.

“Sekurang-kurangnya (Tan Sri) Vincent Tan berterima kasih terhadap Malaysia yang memberi banyak faedah kepadanya.

“Beliau tidak buat apa yang taikun lain buat baru-baru ini. Cheers!” tulisnya di Twitter.

rahman-dahlan


Walaupun tidak menyebut nama, Rahman dipercayai merujuk kepada Yeoh berhubung kenyataan berkaitan “kapitalisme kroni” di sebuah forum di mana beliau cuba menghapuskan tanggapan mendapat faedah daripada naungan bekas 
 perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.


Sungguhpun kita marah dengan Francis Yeoh, namun hakikatnya bukan beliau sahaja sudah lupa budi kerajaan Barisan Nasional.

Jika dilihat sumbangan Vincent Tan dalam mencemar imej Barisan Nasional jauh lebih besar dan kurang ajar berbanding apa yang dibuat oleh Francis Yeoh.

Vincent Tan membenarkan dan membiarkan akhbar The Sun membelasah kerajaan terutamanya kerajaan negeri Selangor di bawah BN sejak 2004 sehingga kejatuhan BN Selangor pada 2008.

The Sun juga merupakan akhbar yang sangat kritikal kepada kerajaan BN dan bersikap simpati kepada kerajaan negeri milik Pakatan Rakyat.

Dan akhbar ini diedarkan percuma melalui pembiayaan iklan-iklan syarikat di bawah Kumpulan Berjaya.

Justeru jika mahu dibandingkan kenyataan Francis Yeoh dengan perbuatan Vincent Tan, nyata sekali Vincent lebih banyak menyumbang kejatuhan BN berbanding Francis Yeoh.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment