Wednesday, February 10, 2010

Dr. Zambry Diisytihar MB Perak Yang Sah!!


9 Februari 2010, Putrajaya - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

.
Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

.

.

.

Dipetik daripada sumber – Bernama

Kondo Desa Damansara Jadi Tumpuan!

Perbicaraan kes liwat melibatkan DS Anwar Ibrahim masuk hari kedua pada Khamis dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangannya secara tertutup di Mahkamah Tinggi di sini.
.
Anwar memasuki mahkamah pada 10.02 pagi dan perbicaraan bermula pada 10.30 pagi.
.
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung ‘ sepi’ kerana ia dikendalikan secara tertutup.
.
Tiada wartawan dibenarkan masuk ke kamar perbicaraan.Ini ekoran permintaan peguam Karpal Singh semalam setelah Saiful Bukhari Azlan menceritakan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh Anwar.
.
Sesi keterangan secara tertutup berlangsung selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi untuk melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan.
.
Semua pihak tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan liwat tersebut.
.
Berita Terdahulu
.
Suasana panas yang cuba dicetuskan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di tingkat bawah serta perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada hari pertama perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu tidak menjadi.
.
Lebih kurang 200 penyokongnya termasuk lelaki dan wanita warga emas menjerit-jerit manakala sebahagian lagi cuba melakukan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas mengawal kenteteraman awam.
.
Sebaliknya, suasana lebih ‘panas’ mula tercetus di kamar perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar menjadi saksi pertama pendakwaan kes itu menceritakan bagaimana bekas ‘boss’ nya itu bertanya, “can I f**k you today”.
.
Mahkamah juga didedahkan mengenai nama ‘Mokhtar’ sebagai kata laluan untuk Mohd Saiful melepasi pondok keselamatan di Kondominium Desa Damansara serta masuk ke unit kondo milik teman Anwar dikenali Hasanuddin.
.
Soalan pendakwa dan jawapan Mohd Saiful semakin panas apabila beliau menceritakan bagaimana Anwar bertanya “Can I f**k U today?,” menyebabkan suasana dalam mahkamah bising seketika.
.
Untuk lebih jelas, Mohd Yusof meminta Mohd Saiful mengulangi sebutan itu.
.
Beliau berkata, Anwar menjadi marah apabila pelawaannya itu ditolak dan mengarahkan beliau masuk ke bilik tidur utama dan membersihkan diri.
.
Selepas keluar dari bilik mandi, Anwar sedang memakai tuala putih dan mengarahkan Saiful yang juga bertuala supaya datang ke arahnya sebelum memeluk bekas pembantu khasnya itu.
Dailognya ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar ialah seperti berikut:
.
.
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I f— you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.
Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.
Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.
Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?
Mohd Saiful: Ya.
Mohd Yusof: Lepas bilas diri?
Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.
Mohd Yuof: Kamu bertuala?
Mohd Saiful: Saya bertuala.
Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?
Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.
Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?
Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.
.
.
.
Disunting oleh : EDITOR

Permohonan Penangguhan Oleh Anwar Ditolak!

Asyik Mahu Tangguh - Penangguhan Ditolak. Perbicaraan Disambung Esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.
.
Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.
.
Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.
.
Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
.
“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.
.
Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan – sebagai mahkamah tertinggi di negara ini – mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.
.
Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.
.
.
.
Disunting oleh : EDITOR

Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Sertai UMNO

Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO
.
9 Februari 2010, Kuala Lumpur - Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam ini.
.
Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.
.
“Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.
.
“Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Norasidi turut menyerahkan 100 lagi borang permohonan keanggotaaan Umno daripada anggota PKR bahagian Bandar Tun Razak.
.
Norasidi berkata pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan Pulau Pinang.
.
“Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan parti PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan (Latheefa Koya) supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti,” katanya.
.
Norasidi berkata beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno kerana yakin dengan budaya politik parti yang sudah kukuh dan telah melalui onak dan duri dalam perjuangannya.
.
Malah, beliau yakin Umno dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan rakyat.
.
.
.
Disunting oleh : EDITOR

Kepercayaan Untuk Nik Aziz?

Mungkin kali ini kita boleh meletakan sedikit kepercayaan kepada Nik Aziz yang kini terdesak kerana penyokong PAS sudah mula bosan dengan tingkah laku beliau yang jelik dan mengikut selera dan nafsu beliau. Nik Aziz yang hanya berpolitik demi kuasa sanggup mengenapikan bangsa dan agama kerana mahu menyaksikan barisan pembangkang berkuasa sedangkan komponen pembangkang bukanlah antara parti parti yang menyokong Islam.
.
Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.
.
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.
.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.
.
“Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah,” katanya.
.
Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO – yang sama- sama Islam – duduk berbincang.
.
“Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.
.
“Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.
.
“Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?” katanya.
.
Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.
“Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.
.
“Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.
.
“Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah,” katanya.
.
Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.
.
Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.
.
.
.
Disunting oleh : EDITOR

Saiful Dimaki Penyokong Anwar

Mohd. Saiful Bukhari Azlan dimaki hamun oleh sekumpulan lapan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun ketika semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi lokasi kejadian hari ini.
.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dilihat berjaya membolosi kawalan polis sehingga berada di sebelah kereta yang membawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu sebelum memaki Mohd. Saiful Bukhari.
.
Warga emas itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa dan diminta pergi ke bahagian luar pos pengawal Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.
Sewaktu dihamburkan dengan makian tersebut, Mohd. Saiful Bukhari dilihat ditenangkan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim.
.
Reaksi wanita-wanita dan lelaki yang dipercayai penyokong Anwar bagaimanapun berbeza apabila mereka terlihat kenderaan yang membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka turut bersorak `Reformasi!’ apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meninggalkan tempat kejadian.
.
Semasa sesi lawatan ke tempat kejadian tersebut, hakim, barisan peguam bela dan pendakwa dilihat menuju ke blok-blok bangunan kondominium yang terletak di atas bukit.
.
.
.
Disunting oleh : EDITOR