Wednesday, November 23, 2011

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Tampin Jaya

19 November 2011, Tampin: Satu ceramah penerangan berkaitan isu-isu semasa telah dijalankan bertempat di Tampin Jaya, Tampin. Ceramah ini telah dianjurkan oleh UMNO Cawangan Taman Tampin Jaya. Ceramah tersebut berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.30 malam.

Ceramah berkaitan isu-isu semasa negara ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Pancor. Beliau yang juga merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia telah mengupas sebegitu banyak isu-isu semasa tempatan untuk dikongsi bersama.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Konvo TBK KEMAS DUN Lenggeng : Album 1

Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS DUN Lenggeng 2011

Pada 13 November 2011 telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS DUN Lenggeng. Majlis ini telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, Lenggeng mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Turut sama hadir ke dalam majlis ini adalah En Abdul Manaf bin Ujang, Pengerusi JKKK Kg Panchor dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Tabika KEMAS Panchor.

Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar ketika majlis tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR