Tuesday, June 30, 2015

Isu Air Selangor: Mujur Azmin Ali, Kalau Azmin Ahmad Tentu Sudah Dicarut Oleh Azwan Ali

azwan ali diva pondan
Satu perkara tentang isu bekalan air bersih di Selangor yang semua orang perlu tahu, ianya berlaku dalam keadaan antisipasi dan jangkaan berlakunya kekurangan bekalan telah pun disahkan benar tanpa ragu.

Hakikatnya, kini bekalan air sering terganggu di beberapa kawasan di negeri Selangor. Ini membuktikan kredibiliti kerajaan terdahulu (sebelum gabungan PKR DAP PAS) dalam menilai keupayaan negeri membekal air bersih kepada penduduk dan industri.

Setelah melalui pentadbiran oleh 2 menteri besar, kerajaan PKR kelihatan masih cuba untuk mempolitikkan isu yang cukup kritikal ini. Entah apa yang diperlukan, agar isu ini segera ditangani sekaligus menerbitkan masa depan yang lebih terjamin kepada ekonomi dan penduduk negeri Selangor.

Status negeri Maju sudah ke laut, dan lebih malang, bahaya yang menanti negeri Selangor sekiranya bekalan air bersih gagal disediakan. Pihak istana Selangor juga telah menegaskan agar hal ini diselesaikan dengan segera tanpa berlengah.

Pengakuan Azmin bahawa Selangor memang menghadapi masalah bekalan air menimbulkan rasa loya dan jijik. Bertahun sudah perkara ini diutarakan, dibicarakan, kenapa kini baru mahu mengakuinya? Apakah kerana kamu seorang menteri besar, dan sudah tiada lagi jalan untuk menafikannya?

Sebenarnya, rakyat sudah lama tahu bahawa kerajaan negeri tidak ada upaya untuk membekal air terawat berdasarkan permintaan, disebabkan loji-loji yang sedia ada telah beroperasi pada tahap maksimum.

Mengapa perlu diulang sekali lagi? Bukankah ia sekadar mencari alasan? Ia tidak ubah seperti menjenamakan alasan lama supaya dilihat seperti baru.

Cukup-cukuplah Azmin Ali bermain politik atas isu air ini. Isu ini seharusnya sudah lama diselesaikan sekiranya Langat 2 dilaksanakan tanpa sandiwara PKR.  Dari era Khalid Ibrahim selaku menteri besar, Azmin seharusnya sudah mengenalpasti masalah, punca dan solusi ke atas isu bekalan air bersih di Selangor.

Bukan cuba berhelah dengan alasan lama!

Mujur beliau Azmin Ali. Kalau Azmin Ahmad atau Azmin Atan, penulis pasti beliau akan dimaki oleh Azwan Ali di laman sosial Twitter gara-gara masih gagal menyelesaikan air yang sudah lama berlarutan di Selangor.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ahmad Maslan Difitnah Lagi, Kali Ini Hal KFC

matmaslan-kfc 
Nampaknya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad bin Maslan berterusan menjadi mangsa fitnah pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan imej Kerajaan dan Ketua Penerangan UMNO itu sendiri.

Terbaru sedang tersebar luas (viral) di media sosial ialah petikan akaun Facebook Ahmad Maslan yang PALSU menyatakan “Minyak naik RM 0.10 tapi KFC Ramai juga orang, dimana bebannya.”.

Petikan ini sedang menjadi kemarahan pengguna media sosial yang menerima bulat-bulat yang disebarkan tanpa menyemak kebenarannya.

Bagaimanapun Ahmad Maslan menafikan beliau menulis demikian.

“Ini tweet palsu kerja org tak betul & fitnah.1/6 saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa.”

Sebenarnya apa yang disebarkan ialah dari akaun Facebook bukan Twitter. Malahan tarikh 1 Jun 2015 menunjukkan tulisan tersebut bulan lalu dan ia bukan akaun rasmi Ahmad Maslan.

Mei lalu Ahmad Maslan terpaksa menafikan kenyataan tentang mana-mana individu yang mempersoalkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan disaman serta ‘duduk di bulan’ jika tidak mampu membayar GST adalah daripadanya seperti yang tersebar di kebanyakan laman sosial, blog, portal dan sistem pesanan WhatsApp. Ahmad-maslan-Difitnah-isu-gst
Tegasnya, tindakan menyebar kenyataan palsu itu merupakan “fitnah dan kerja bodoh” pihak yang terdesak untuk melihat kegagalan sistem cukai yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang itu.

“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tidak pernah cakap dua perkara itu. Orang yang suka memfitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya awal pagi ini.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Ambil Peduli Kesihatan Anwar, Mulianya Najib

najib_snippet_fb
Untuk makluman, hari ini 1 Julai 2015 dan Perdana Menteri negara kita masih orang yang sama iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.  Nampaknya rancangan  para konspirator nak mengundurkan beliau yang disasarkan pada bulan Jun lepas, tidak menjadi – Tuhan tak kasi.

Mungkinkah ada tarikh baru selepas ini, macam Anwar menganjakkan pengumuman jadi Perdana Menteri setelah sketsa penipuan 16 September 2008 dulu tak menjadi, penulis tidak tahu dan tidak akan peduli.

Oh ya, cakap pasal Anwar, Perdana Menteri dalam status Facebooknya semalam memaklumkan akan kepedulian beliau terhadap tahap kesihatan Anwar dan mahu pihak yang berkenaan mempastikan rawatan yang sewajarnya untuk musuh politiknya itu.

Anwar yang meninggalkan bukti sejauh 4cm dalam satu kejadian liwat, kini dikatakan ada ketumbuhan sebesar 4cm juga  di buah pinggangnya.

4cm atau tidak, bukan kita kisah, lantak le.  Dengan duit dan harta yang dia ada, membedah buah pinggang untuk meletakkan ketumbuhan palsu bukanlah suatu yang mustahil dilakukan.  Ini Anwar kita cakap ni, magician politik nombor 1.  Bangla 40k entah datang mana mengundi pun kita tak tahu, tapi Anwar boleh ‘wujud’kan macam itu saja, apa sangat ‘ketumbuhan’?

Yang kita kagum dan harukan sekarang ialah keprihatinan Perdana Menteri itu.

Orang ini (Anwar) sudah buat macam-macam ke atas beliau.  Apa yang buruk pasal Perdana Menteri yang Anwar tak pernah sebut, apa benda yang dia dan macainya tidak fitnah Perdana Menteri? Bunuh orang, zalim, penipu, penindas dan sebagainya, semua ada.

Tapi ketika Anwar ‘sakit’ semasa dipenjara, Perdana Menteri mengambil peduli tentang perkara tersebut, oh mulianya hati.

Ini saja menunjukkan Perdana Menteri bukan biasa-biasa, tapi istimewa orangnya.  Kalau penulis jadi beliau – dengan apa yang Anwar pernah lakukan terhadapnya, lantaklah apa nak jadi kat kau dalam penjara tu.

Kesimpulannya, inilah bukti pemimpin yang baik dan prihatin, walaupun terhadap musuh politiknya sendiri.  Tak hairan kenapa Tuhan masih kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri kita semua hari ini dan untuk satu jangka masa yang panjang juga Insya Allah.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Pemangkin Transformasi Hidup Rakyat – Najib

1 Julai 2015, Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di negeri itu. 

Perdana menteri berkata ia juga dapat merealisasikan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak, memandangkan lebuh raya berkenaan merupakan penghubung bandar-bandar utama di negeri itu dan seterusnya bertemu dengan lebuh raya di Sabah. 
http://borneo.adsenterprise.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2015/04/pan-borneo.jpg
“Impian saya untuk melihat pembangunan sama rata dan pengurangan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin menjadi kenyataan. 

“Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan projek ini bersama,” katanya dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini. 

Semalam, perdana menteri menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) di Putrajaya. 

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LBU Tan Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen. 

Turut hadir menyaksikan majlis menandantangani perjanjian itu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fasa pertama pembinaan lebuhraya itu melibatkan jajaran sepanjang 773 kilometer yang dijangka dimulakan pada September ini.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Menurut Najib, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah membuka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, perkara sama boleh dicapai melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo melibatkan kos keseluruhan RM27 bilion dan dijangka siap pada tahun 2020.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Peguam Anwar Cuba Tukar Hukuman Kepada Tahanan Kediaman

Petaling Jaya : Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.

Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya," kata Sivarasa, sambil menambah Anwar telah kehilangan 6kg sejak dia ditahan.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Komen PM Terhadap Dakwaan Anwar Sakit Dalam Penjara....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Selasa memberitahu beliau ambil maklum kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya pada tahun 2008.

Menurut facebooknya, Najib berkata beliau mahu pihak berkenaan mempastikan Anwar terima rawatan sewajarnya.

Sebelum ini keluarga Anwar pernah mendakwa beliau sakit dan cuba melakukan tekanan politik kepada kerajaan, bagaimanapun Anwar yang dirawat beberapa hari di Hospital Besar Kuala Lumpur didapati tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa keluarga dan peguamnya.

Pagi Selasa, salah seorang peguamnya R. Sivarasa mahu Anwar ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.

Beliau Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya," kata Sivarasa dalam satu kenyataan media.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Jangan 'Syok Sendiri' Tumpu Masalah Dalaman Parti

Naib Presiden PAS Pusat yang baru dilantik Datuk iskandar Samad mengingatkan barisan pimpinan baru parti itu tidak 'syok sendiri' dan tidak hanya menumpukan urusan dalaman parti sahaja.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata pemimpin parti itu harus 'terjun' ke dalam masyarakat agar mereka peka pada masalah dan keperitan yang dihadapi golongan itu.

Jika tidak PAS hanya akan terkenal dengan jumlah ahli yang ramai tetapi pemimpinnya tidak mendapat sambutan di kalangan ahlinya, ujar Iskandar.

"Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli teramat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.

"Program-program yang khusus untuk rakyat perlu sentiasa dianjurkan. Atau program-program yang inklusif yang membolehkan masyarakat turut bersama," tulisnya dilaman sosial Facebooknya, Selasa.

Iskandar berkata PAS adalah parti dakwah, justeru pemimpinnya harus menyasarkan semua rakyat dan bukannya hanya fokus kepada ahlinya semata-mata.

"PAS adalah juga parti dakwah. Dakwah bukan hanya kepada ahli-ahli tetapi kepada seluruh rakyat.

Islam adalah rahmat untuk semua.

"PAS juga mesti menjadi rahmat untuk semua. Bukan sahaja untuk orang PAS dan orang Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," ujarnya.

Pimpinan baru PAS yang dipilih pada pemilihan parti 4 Jun lalu kerap kali dikritik kumpulan G-18 sebagai tidak mampu membawa parti ke satu tahap lebih tinggi. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pertemuan Azmin-Tony Pua Pasal Selangor…Habuk Pun Tarak Lagi

Ramai yang tertunggu-tunggu pada kemungkinan ada berita besar dari pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Pengerusi DAP Selangor ,Tony Pua mengenai isu kedudukan kerajaan negeri ekoran krisis PAS-DAP.

Namun tiada apa-apa keputusan dicapai dalam pertemuan selama 30 minit di pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam itu.

Tony Pua yang ditemui wartawan selepas pertemuan itu kata beliau dan Azmin akan adakan pertemuan lanjut selepas Hari Raya nanti.

Katanya mereka ada sentuh mengenai PAS dalam pertemuan itu  tetapi tiada keputusan dibuat.

Tony Pua kata DAP tiada masalah Azmin sebagai Menteri Besar.

Beliau menjelaskan perbincangan hari ini tiada kena mengena dengan status jawatan exco.

Katanya ia lebih fokus kepada kerajaan negeri.

PKR ada 13 kerusi DUN,PAS 15 dan DAP 15.

PAS kini ada tiga Exco,PKR empat dan DAP tiga.

DAP dikatakan mahu komposisi Exco ini diubah setelah isytihar Pakatan sudah mati kerana usul Dewan Ulama PAS mahu putus hubungan dengan DAP. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Cara-Cara Nak Elakkan Invitation Game Dan Benda Lucah Bagai Dalam FB...Sebarkan




BIADAP DAN KURANG AJAR!!! ADUN DAP Ni Sengaja Cari Masalah!!!

“Anda dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel".

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi tidak berbogel”.

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pemimpin Yang Tidak Berkaliber ! Menyusahkan Rakyat Terutama Di Selangor.

Eloklah mantan MB Selangor suruh 'Berundur' kerana tiada tindakan Pro Aktif bagi menangani pelbagai isu di Selangor.

Rakyat di Selangor menanggung derita ketiadaan air akibat 'Kesombongan' MB yang tidak bertindak menyelesaikan isu ini.

Krisis air yang telah lama berlarutan tetapi pemimpin hanya sibuk
agenda politik yang tidak berkesudahan.

Inilah wawasan Pakatan Rakyat Kononnya 'Berkhidmat untuk Rakyat' ! Bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid yang juga merupakan 'sahabat' Azmin lantang bersuara supaya Azmin meletakkan jawatan kerana tidak menyelesaikan permasalahan air di Selangor. Perkara WAJIB tetapi diremehkan oleh Azmin.

Kepada penyokong PR, Bersabarlah.....sokongan kamu dihargai ! 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

1MDB Beri Respons Kepada Soalan Sama Berhubung Dana Hilang

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini memberi respons kepada pelbagai tuduhan terhadap syarikat itu susulan soalan sama dibangkitkan dan dakwaan dananya ‘hilang’ atau ‘tidak dapat dikesan’.

Dalam kenyataan, 1MDB menegaskan kedudukan yang dinyatakan sebelum ini, bahawa jika terdapat mana-mana salah laku, maka tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa yang sah, mengikut proses dan undang-undang negara.

Ia juga berkata syarikat terus komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasinya.

Dengan merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1MDB berkata, bekas Perdana Menteri itu terus mengulangi soalan sama dan tuduhan tidak berasas bahawa dana 1MDB ‘hilang’ atau ‘tidak dapat dikesan’, tanpa memberikan sebarang bukti.

Katanya tuduhan masih dibuat walaupun penjelasan telah diberikan oleh 1MDB dan hakikat bahawa KPMG dan Deloitte berpegang teguh kepada keputusan audit mereka pada prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini, dan siasatan yang sedang dijalankan terhadap perkara ini oleh pihak berkuasa yang sah.

1MDB berkata tuduhan dan kenyataan yang mengelirukan oleh Dr. Mahathir dan beberapa ahli politik pembangkang ternyata memberi kesan kepada keupayaan 1MDB, syarikat milik penuh kerajaan, untuk terus menjalankan perniagaannya dan menyebabkan kerosakan kepada ekonomi yang lebih luas.

Selain itu, tuduhan sedemikian memberi kesan negatif kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB yang diumumkan pada 29 Mei, 2015, yang bertujuan mengurangkan paras hutangnya dan memastikan nilai maksimum dijana untuk kerajaan.

Kenyataan itu menegaskan bahawa, 1MDB merupakan subjek kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC – jawatankuasa Parlimen dwipartisan.

“PAC merupakan pihak berkuasa yang sah untuk mengesahkan sama ada RM42 bilion telah ‘hilang’ daripada 1MDB, berikutan ia mempunyai akses kepada semua maklumat. 1MDB percaya anggota PAC akan meneliti secara khusus kepada dakwaan ini dan memberi keputusan mereka untuk menyelesaikan perkara ini dengan muktamad,” katanya.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

15 Ribu Unit Kediaman Warga PDRM Akan Dibina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini me­ngumumkan pertambahan sejumlah 15,000 unit kediaman warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang akan dibina tidak lama lagi.

Menurut beliau, pertambahan bilangan rumah itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada polis yang berkhidmat untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Saya dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri tentang penambahan inisiatif sebanyak 15,000 rumah untuk anggota polis demi keselesaan semua yang bertugas.

“Sebab apa kerajaan lakukan ini… sebab anda semua berhak,” katanya ketika berucap dalam Maj­lis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadan anjuran PDRM Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ke­tua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut menyua­rakan rasa penghargaan kepada PDRM dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara khususnya daripada ancaman keganasan militan.

“Alhamdulillah tiada kejadian keganasan membabitkan militan Negara Islam (IS) lagi setakat ini. Perkara itu berlaku sejak dasar transformasi negara ditubuhkan dan pengurangan kadar jenayah diberikan keutamaan.

“Ini dibuktikan apabila 40 peratus kadar jenayah berkurangan sejak lima tahun kebelakangan ini serta 20 peratus pengurangan jenayah melibatkan kecurian kereta. Jika anda tidak percaya tanyalah kepada syarikat-syarikat insurans,”ujarnya.

Menyentuh soal nilai murni, Najib turut menyeru orang ramai supaya mengambil berkat di bulan Ramadan dengan berbaik sesama sendiri.

“Antara intipati dalam ajaran islam adalah mengukuhkan hubu­ngan silaturahim selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga harus ditekankan supaya kita dapat hidup dalam suasana yang rukun, aman dan damai.

“Islam merupakan agama yang menjurus kepada kedamaian dan bukan ganas kerana Islam mengajar jalan kesederhanaan iaitu wasatiyah yang tidak ekstrem dan tidak terlalu longgar,” katanya.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 108 anak yatim dan balu polis. Beliau turut mengumumkan peruntukkan RM1 juta untuk masjid PDRM.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Azmin Gila Pangkat Atau PAS Dan DAP Gila Talak?

Perjumpaan pertama kali antara DAP dan Azmin Ali selepas Pakatan Rakyat diistiharkan mati tidak memberikan sebarang keputusan yang konkrit.

Sebelum perjumpaan tersebut berlangsung, DAP dilihat cukup berkobar-kobar mahu menentukan untung nasib PAS. Namun nampaknya itu semua sekadar sandiwara “gertakan manja” DAP dan PKR semata-mata.
Mereka gagal mencapai keputusan yang membabitkan PAS di Selangor. Alasan bahawa DAP akan bertemu semula dengan Azmin selepas raya bagi membincangkan mengenai masa depan kerajaan negeri dilihat sekadar tindakan melengah-lengahkan keputusan.

Dalam masa yang sama, rakyat Selangor melihat tindakan melengah-lengahkan masa ini sebagai proses untuk DAP dan PAS berbaik-baik semula demi terus memastikan Azmin Ali tetap menjadi Menteri Besar Selangor.

Tambahan pula, jelas Azmin Ali terhutang budi pada PAS yang membolehkan beliau memegang jawatan tersebut apabila PAS menolak pencalonan Wan Azizah seterusnya menyingkirkan musuh tradisi Azmin iaitu Khalid Ibrahim.

Demi memastikan DAP dapat berkuasa di Selangor, DAP “redha” menerima Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Beberapa hari yang lepas DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari PAS. Mereka hanya beri tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan tersebut, DAP akan bertindak keluar daripada pentadbiran Negeri Selangor. Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Walaubagaimanapun kita sebenarnya dapat meneka bahawa akhirnya DAP, PKR dan PAS akan tetap bersama untuk meneruskan cita-cita politik mereka yang cukup rakus. Segala perbezaan yang langsung tidak boleh diterima pun akhirnya akan dikorbankan.

Dengan kata lain penyokong DAP dan PAS akan dipermainkan lagi demi kerakusan politik pemimpin mereka. Apa yang perlu kita hairankan? Selama ini PAS sememangnya mempergunakan agama demi politik peribadi. Begitu juga, penyokong DAP diperbodohkan demi kepentingan Dinasti Lim Kit Siang.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kepakaran Perubatan Malaysia Setanding dan Murah

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding dan adakalanya lebih baik berbanding kebanyakan negara barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa pada awal tahun ini, sistem penjagaan kesihatan negara mendapat skor tertinggi daripada 25 negara yang dibuat tinjauan oleh sebuah penerbitan Amerika, mengatasi Sepanyol, Perancis, Ireland dab New Zealand.

“Kita patut berbangga dengan pengiktirafan itu dan saya mengucapkan tahniah kepada anggota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) atas kerja keras mereka menjadikan Malaysa satu daripada sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia.

“Ini bukan suatu pencapaian yang kecil,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘Malaysan Medical Association Fifty Five Years 1959-2014′ di sini hari ini.

Najib berkata kecemerlangan juga terserlah melalui jumlah warga asing yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan prosedur perubatan.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

PAS Masih Bermimpi Macam Gila Talak?

PAS bakal menjadi bahan lawak “of the year” apabila masih lagi terkebelakang dalam isu kewujudan Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan PKR mereka telah membuat keputusan dan menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur.
lim Kit Siang pasma
Namun Majlis Syura PAS pula masih gagal menerima hakikat walaupun secara zahirnya mereka sendiri yang telah memutuskan hubungan tersebut apabila berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Baru-baru ini PAS telah membuat kenyataan bahawa mereka dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti. Dengan menggunakan alasan bahawa ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap tindakan mereka dilihat sebagai cubaan menanggguhkan atau mungkin juga membatalkan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
“Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
“Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di sini hari ini.
Berlainan pula bagi kepimpinan DAP Selangor yang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR, buat kali pertama hari ini. Fokus utama pertemuan mereka adalah mengenai masa depan kerajaan negeri memandangkan pentadbiran PR perlu diteruskan walaupun dalam keadaan berkonflik dengan PAS.

Selain daripada itu juga, beberapa isu lain akan turut dibincangkan. Salah satunya mengenai hubungan antara DAP dan PKR, di samping mengenai status PAS dalam kerajaan Selangor. Adakah PAS akan disingkirkan dari barisan Exco Selangor?

Sebelum ini Penolong Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, mereka masih lagi mengekalkan semangat sama seperti pada awal pembentukan PR, namun kerangka kerjasama dahulu tidak lagi bermakna kerana pengkhianatan oleh PAS.

Dalam isu ini, Azmin bersama PKR dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam membuat keputusan sama ada memilih PAS atau DAP untuk bekerjasama dalam pentadbirannya. Azmin berjaya menjadi Menteri Besar Selangor selepas Presiden PAS membantah keputusan DAP dan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan tersebut.

DAP dan PKR telah muktamat berkenaan pembubaran Pakatan Rakyat, manakala PAS pula dilihat sebagai pihak yang “gila talak” apabila gagal menerima kenyataan tersebut. Bahangnya akan makin hangat apabila selesai pertemuan DAP dan Azmin Ali hari ini. 

Sama-sama lah kita tunggu keputusan mereka.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Padan Mukanya....PKR Kecam DAP Dan Tony Phua!!

30 Jun 2015, Petaling Jaya : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor mengecam DAP khususnya Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kerana memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Ahli PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan kelantangan Tony Pua memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau Pas bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Adalah difahamkan kecaman ahli PKR terhadap Tony Pua dibuat dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Selangor di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Sabtu lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Kata dua oleh Tony Pua itu merupakan antara pilihan yang dicadangkan oleh DAP bagi menyelesaikan kemelut yang melanda tiga parti yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Kata dua itu adalah pilihan terakhir DAP jika cadangan supaya Selangor ditadbir secara ‘kerajaan negeri gabungan’ tidak diterima.

Sementara itu akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan Azmin berkata, Mesyuarat PKR Selangor pada Sabtu lalu itu tidak membincangkan penubuhan gabungan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan 2.0.

Azmin dipetik berkata, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

Kenyataan Azmin itu berbeza dengan pendirian DAP dan pimpinan PKR lain.

DAP telah mengumumkan PR sudah tidak wujud begitu juga dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah umumkan PR secara rasmi tidak berfungsi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, walaupun PR sudah tidak wujud, kerja sama antara tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan diteruskan.

Anwar berkata, pakatan pembangkang akan muncul semula dengan lebih kuat dan kukuh.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok pula baru-baru ini membayangkan penubuhan Pakatan 2.0 bagi menggantikan PR dengan penubuhan parti baru menggantikan Pas. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Khalid Sudah Pandai Kritik Partinya.....Trend Eksklusif Dalam PAS Menjejaskan Parti

30 Jun 2015, Shah Alam : Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad memberi amaran parti Islam itu akan menjadi teokratik dan autokratik jika ia terus menjadi eksklusif dengan merekrut ahli daripada kalangan graduan pengajian agama sahaja.

Dalam post blog terbarunya, pemimpin yang dilonggokkan dalam kumpulan profesional PAS itu mengingatkan trend eksklusif yang menolak ahli bukan ulama itu akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan, lapor Malaysiakini.

Katanya, ini berlawanan dengan ajaran dan sikap yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menekankan kerjasama rapat ulama serta profesional dalam parti.

Khalid berkata, sikap eksklusif itu akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.

Akibatnya, PAS akan gagal dalam tanggung jawabnya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya bersikap terbuka serta adil terhadap semua pihak, tambahnya.

“Ini bukan apa yang disaran oleh Islam ataupun parti,” katanya sambil menambah PAS patut menerima ahli tanpa mengira latar belakang pendidikan agama mereka.

Khalid berkata, kerjasama di antara puak profesional dan ulama berhenti selepas 2008 dan ia diganti oleh sentiment pro-ulama atau anti-ulama.

Katanya, ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan puak ulama dalam parti serta meraih jawatan tetapi amalan ini sebenarnya memberi kesan buruk kerana mereka dilihat menggunakan pengetahuan agama untuk memperoleh jawatan.

Ahad lalu, seorang bekas pemimpin PAS berkata kepimpinan parti kini tidak mencerminkan sebuah parti politik sebenarnya dan kadang kala ia memalukan agama.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, keadaan ini disebabkan oleh tingkah laku pemimpin parti. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kebakaran Bateri Lithium-Ion Dikatakan Punca MH370 Terhempas

30 Jun 2015, Kuala Lumpur : Dianggap sebagai antara teori terbaru mengenai MH370, seorang juruterbang Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan berkata, asap toksik kebakaran yang disebabkan bateri litium-ion ketika penerbangan berkemungkinan menyebabkan pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Dalam analisis terkini yang disiarkan melalui laman webnya, www.mh370site.com, Bruce Robertson, berkata bateri mencetuskan kebakaran dalam kargo, menyebabkan ruang kabin pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu dipenuhi dengan karbon monoksida.

Ini menyebabkan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid terpaksa membawa pesawat berkenaan berlegar-legar di ruang udara dan berada pada kedudukan rendah untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Bagaimanapun, Robertson mengandaikan Fariq terpaksa tunduk akibat asap kebakaran, menyebabkan pesawat terus terbang secara autopilot selama beberapa jam.

Beliau berkata, pesawat itu kemungkinan mengambil selekoh kiri pada radius yang besar sebelum terhempas ke laut, barat Exmouth di negeri Australia Barat, kira-kira 21 darjah ke selatan dan 103 darjah ke timur.

Robertson berkata, pasukan mencari memeriksa di lokasi yang salah apabila zon carian terkini menjangkau ke kawasan barat daya, ke barat Perth.

"Terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan pada pencarian yang sia-sia," katanya.

Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing apabila ia hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

Tiada kesan ditemui walaupun operasi mencari paling luas dalam sejarah penerbangan. Semua 227 penumpang dan 12 anak kapal dianggap meninggal dunia selepas pengisytiharan rasmi kerajaan Malaysia pada 29 Januari, mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa.

Pada 24 Jun, Go Phoenix satu daripada tiga kapal yang terbabit dalam pencarian MH370 menghentikan operasi selepas kontraknya berakhir.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelia operasi carian berkata, dua kapal lagi, Fugro Discovery dan Fugro Equator, akan kembali ke kawasan carian selepas menambah bekalan.

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata fasa pertama misi carian akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

"Jika kita masih tidak menemui sebarang kesan, Malaysia komited untuk teruskan fasa kedua bulan depan bersama JACC, sebuah badan induk yang ditubuhkan bersama oleh Malaysia, China dan Australia," katanya. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Azmin Tidak Layan Tuntutan Penduduk Kampung Di Puchong!

Biasalah rakyat selangor sendiri yang memilih PR kenalah terima kenyataan...bukan 1 penggal saja sudah termasuk 2 penggal.Kerajaan PR bagi Diskaun Air pun sudah kata cukup Gah lah...satu selangor kecoh.

Mengapa UMNO-PAS Perlu Bekerjasama?

British menjajah Semenanjung Tanah Melayu daripada orang Melayu.

Orang Cina dan India datang dengan ramainya, mula-mula untuk mencari kekayaan dan pulang ke negera asal, tetapi akhirnya terus tinggal di Tanah Melayu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan Union, ancaman pengganas komunis dan menuntut “kemerdekaan tanah air”.

Orang bukan Melayu menyertai pergerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka nampak kemerdekaan akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka selepas Merdeka.

Pas ditubuh apabila Haji Ahmad Fuad Hassan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra, mulanya sebagai satu cabang UMNO tetapi kemudiannya bertanding dalam PRU-1955.

Semasa Perlembagaan Persekutuan sedang digubal, Pas menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan “Negeri Melayu” (bersultan) untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Parti Komunis Malaya (majoriti orang Cina) mengangkat senjata untuk menubuh sebuah kerajaan Komunis ala-China.

Parti Buruh (majoriti orang Cina) menuntut supaya “Negeri-Negeri Melayu” dihapuskan untuk mengelak “Malaya” yang merdeka menjadi sebuah “Negara Feudal”.

Orang Cina mahukan dua warganegara (dual-citizenship), Malaya dan China dengan warganegara China sebagai warganegara utama. Ada satu kumpulan orang Cina di Pulau Pinang yang tidak mahu Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu. Mereka mahu kekal di bawah jajahan British seperti Hong Kong.

Oleh sebab British menjajah Tanah Melayu daripada orang Melayu, logiknya ia dipulangkan kepada orang Melayu (seperti Brunei). Tetapi, orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Hasil tolak ansur persetujuan dicapai. Kandungannya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, kerakyatan diberi kepada orang bukan Melayu.

Beberapa perkara yang dituntut oleh orang Melayu seperti, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, jaminan mengenai “hak keistimewaan orang Melayu” (Perkara 153), Regimen Askar Melayu dan Tanah Simpanan Melayu juga dipersetujui dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam PRU 1955, kawasan majoriti pengundi Melayu diberi kepada calon bukan Melayu daripada parti komponen Perikatan untuk bertanding bagi melebihkan bilangan ahli Parlimen bukan Melayu. Amalan ini berterusan untuk memastikan mereka mencapai kemenangan, sebab jika mereka bertanding dalam kawasan majoriti bukan Melayu (Cina), mereka akan kalah.

Sebaliknya, Perikatan atau Barisan Nasional tidak pernah meletak calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu, sebab pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi calon Melayu. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu merdeka.

Pada malam itu warganegara bertambah sekali ganda, akibat orang bukan Melayu menjadi warganegara mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya, jika dalam Pilihan Raya Umum 1955, pengundi Melayu adalah sebanyak 84.2 peratus, dalam Pilihan Raya Umum 1959, hanya dua tahun selepas merdeka, pengundi Melayu jatuh kepada 57.1 peratus.

Pas menentang penubuhan Malaysia, apatah lagi Singapura, kerana khuatir akan menjejas hak orang Melayu dan kududukan agama Islam. Selama lebih kurang tiga dekad selepas penubuhannya, Pas telah memainkan peranan yang berfaedah kepada bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Pas tidak terlalu besar untuk menjadi ancaman kepada UMNO di peringkat Persekutuan. Pengaruhnya tertumpu di Pantai Timur. Tidak ada perbezaan kepada orang Melayu dan agama Islam sama ada UMNO atau Pas memerintah Kelantan. Lagi pula, adanya Pas menyebabkan UMNO lebih berhati-hati berkenaan isu Melayu dan Islam.

Selama lebih kurang lima dekad semenjak merdeka, kecuali dalam 1969, tidak ada cabaran serius terhadap hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Sebabnya, sebilangan besar orang Melayu menyokong UMNO, kerajaan Persekutuan teguh di bawah Barisan Nasional dan UMNO dapat mengawal parti-parti sekutunya daripada membuat tuntutan-tuntutan yang melampau.

Negara aman dan makmur. Semua orang menikmati taraf kehidupan (standard of living) yang lebih tinggi.Keadaan berubah dalam masa lebih kurang sepuluh tahun kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah tiga.

Melihat keadaan itu, orang Cina yang memang pandai membuat perkiraan dan pakatan, bersatu di belakang DAP. PKR dan Pas setuju bekerjsama dengan DAP. Akibatnya, pengundi bukan Melayu menjadi suara penentu dalam pilhan raya.

Merasai mereka telah kuat, orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina, mula membuat tuntutan-tuntutan yang melampau dan mencabar hal-hal mengenai agama Islam, termasuklah khutbah Jumaat.

Mereka tidak puas hati dengan “keistimewaan” yang dinikmati oleh orang Melayu. Mereka mahu semuanya dibahagikan secara “sama rata”. Mereka tahu jika dibuat demikian, merekalah yang akan membolot segala-galanya kerana mereka mengawal ekonomi, kaya dan lebih maju dalam semua bidang. Sebenarnya mereka mahu hak orang Melayu tanpa mengorbankan hak mereka.

Jika Pakatan Rakyat (termasuk Pas) dapat menubuh kerajaan di peringkat Persekutuan, DAP yang akan menjadi parti dominan. PKR tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipandang serius oleh DAP.

Pas lagilah tidak akan “didengar” oleh DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Orang Cina bersatu di belakang DAP kerana DAP menjanjikan sesuatu yang lebih dan kerana mereka mahu lebih daripada yang mereka peroleh di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Dari mana bahagian “yang lebih” itu akan datang? Semestinya daripada bahagian orang Melayu.

Mungkin mereka tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja (di mana diperlukan) untuk meminda Perlembagaan. Sambil itu kita mesti waspada tentang kemungkinan mereka akan melakukan perubahan kepada kawasan Parlimen dengan menambah bilangan kerusi di kawasan Cina yang padat penduduknya.

Namun demikian, perlu diingat bahawa hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam boleh dihakiskan secara pentadbiran sahaja.

Sebagai misalan, peruntukan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan hanya memberi manfaat jika dan apabila kerajaan yang memerintah melakukan sesuatu untuk meletakkan agama Islam di tempat yang sesuai dengan kedudukan itu.

Apa yang kita lihat hari ini, baik universiti-universiti, institusi-institusi dan jabatan-jabatan Islam; institusi-institusi kewangan Islam dan pembangunan perbankan dan kewangan Islam; pengajaran mata pelajaran agama Islam dari tadika hingga ke universiti, masjid-masjid, rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio dan serta lain-lain adalah hasil daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selama ini. Jika tidak dilakukan, tidak akan ada apa-apa, hanya peruntukan dalam Perlembagaan.

Manfaat

Demikian juga dengan peruntukan mengenai hak-hak orang Melayu. Jika kerajaan yang memerintah tidak berbuat apa-apa, tidak ada apa yang akan dinikmati oleh orang Melayu.

Kita menikmati faedahnya hari ini kerana kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan pelbagai badan seperti Permodalan Nasional Berhad, Skim Amanah Saham Nasional, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Mara, Felda, RISDA, Felcra, UDA, Pernas, DARA, Jengka, Ketengah, Kesedar dan lain-lain.

Kerajaan juga telah menetap dan melaksanakan dasar mengenai pemberian biasiswa, pengambilan pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Tanpa ini semua, peruntukan-peruntukan itu tidak bermakna.

Semenjak merdeka, melalui dasar dan tindakan kerajaan Perikatan dan, kemudiannya Barisan Nasional, orang Melayu/Islam telah menikmati faedah peruntukan-peruntukan itu. Saya tidak fikir kerajaan Pakatan Rakyat akan atau akan dapat melakukan perkara yang sama.

Ertinya, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam akan terhakis jika kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tumbang.

Demi mengelak perkara itu berlaku, kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan mestilah dipertahankan. Pada pendapat saya cara yang paling mudah ialah: Jika selepas PRU-14, didapati kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan akan tumbang, Pas hendaklah menyertai kerajaan Barisan Nasional, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya.

Pas mesti sedar bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Pas perlu sedar bahawa, dalam konteks Malaysia, apa yang menguntungkan orang Melayu akan menguntungkan umat Islam dan apa yang merugikan orang Melayu akan merugikan umat Islam. Demikian juga, apa yang menguntungkan umat Islam akan menguntungkan orang Melayu dan apa yang merugikan umat Islam akan merugikan orang Melayu,

Sebenarnya, pada masa ini, antara UMNO dan Pas sudah tidak ada apa-apa perbezaan ideologi lagi untuk menghalang kerjasama itu. Yang menjadi penghalang hanyalah kekhuatiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong masing-masing jika kerjasama itu akan menggugat kepentingan diri mereka.

Selain daripada itu adalah isu-isu yang dipolitikkan kerana mudah, murah dan popular untuk membezakan UMNO dengan Pas dan memancing undi, misalnya assabiah dan hudud.

Pas telah memerintah Kelantan selama lebih kurang 40 tahun. Apa bezanya Kelantan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia? Undang-undang yang dipakai di Mahkkamah Syariah di Kelantan seperti Enakmen Acara Mal, Enakmen Acara Sivil dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional dan saya menjadi Penasihat Undang-Undangnya.

Memang ia telah diganti tetapi, dari segi isi kandungannya, itu hanya pengemaskinian yang dilakukan untuk menyelaraskan dengan undang-undang yang dipakai di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Jika Kelantan “lebih Islam” daripada negeri-negeri lain dan orang Kelantan mahu berada dalam sebuah “negara Islam”, mengapa orang Kelantan yang paling banyak berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari makan?

UMNO juga perlu menangani masalah persepsi rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpinnya, faktor utama mengapa orang Melayu “bencikan” UMNO, sama ada persepsi itu betul atau tidak.

Maka, pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas yang sama-sama Melayu dan Islam, yang sama-sama untung dan rugi, perlulah menumpukan perhatian kepada ancaman besar yang berada di hadapan mereka, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka patutlah mengetepikan dahulu perbezaan yang diada-adakan untuk tujuan politik dan menumpukan usaha untuk menyelamatkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Dengan cara yang saya cadangkan ini, UMNO dan Pas masing-masing boleh kekal seperti sekarang sebagai parti politik yang berasingan. (Saya tidak nampak kemungkinan Pas menyertai Barisan Nasional dalam masa yang terdekat.) Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, Pas patut keluar dari Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat merugikan orang Melayu dan umat Islam. Di peringkat negeri, Pas boleh bertanding bersendirian. Pas boleh memerintah negeri-negeri yang dimenanginya secara bersendirian.

Tetapi, untuk mengelak sesebuah negeri terjatuh kepada DAP dan PKR, misalnya Perak, Pas patut bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menubuh kerajaan campuran. Di peringkat Persekutuan, Pas boleh memilih untuk menyertai Kabinet dan duduk bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di Parlimen.

Atau, mereka tidak menyertai Kabinet dan duduk berasingan di Parlimen seperti ahli-ahli “bebas” tetapi, dalam isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, mereka akan menyokong kerajaan Barisan Nasiona.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN