Sunday, October 17, 2010

Lawatan Sambil Belajar KEMAS Pancor

Pada 3 November 2010, telah berlangsungnya program lawatan sambil belajar oleh Tabika KEMAS Pancor. Siri lawatan ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan dimulakan lawatan ke Balai Bomba Port Dickson. Sebaik sahaja selesai lawatan di Balai Bomba Port Dickson ahli rombongan telah dibawa pula melawat Muzium Tentera di Port Dickson..
.
Sebaik sahaja selesai, kesemua ahli rombongan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tabika KEMAS, Guru, dan beberapa ibu bapa dibawa menuju ke Seremban City Park di Seremban 2 bagi menikmati jamuan makan tengahari.
.
Selepas itu perjalanan diteruskan ke Perpustakaan Negeri di Seremban. Lawatan kali ini berlangsung bermula pada jam 2.00 petang hingga ke jam 3.00 petang. Lawatan ke Perpustakaan Negeri ini turut disertai oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KEMAS Pancor.
.
Selepas itu kesemua ahli rombongan berangkat pulang semula ke Pancor pada jam 3.00 petang.
. Mendengar taklimat yang disampaikan
Semua mendengar dengan teliti

Pelbagai perkara diterangkan
Murid-murid mendengar penerangan daripada salah seorang daripada Pegawai BOMBA Port Dickson
Pelbagai aspek kebombaan dikongsi bersama
Danish mencuba pakaian bomba
Comel tak?
Memang comel!! Murid-murid cuba memakai pakaian seragam Bomba


Menaiki lori bombaCeria di dalam loriMacam-macam yang diperhatikan dari dalam loriMacam-macam yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini...

Bersedia untuk demonstrasi pancutan air

Diberi taklimat terlebih dahulu


Mencuba seorang demi seorang

Danish pun turut tidak melepaskan peluang mencuba
Giliran Misha mencuba
En Mohd Nor (Timb Pengerusi KEMAS) Mengalu-alukan kehadiran pegawai


Sesi bergambar
Bergambar kenangan bersama petugas Balai Bomba Port Dickson
Ini pula gambar kenangan di Muzium Tentera di Port Dickson
Suasana pengunjung yang sedang belajar di Perpustakaan Negeri Suasana kanak-kanak bermain di bilik gerakan
Kanak-kanak diatur
Danish Amri iaitu anak Sdr. Pengerusi
Pn Fatimah, Setiausaha KEMAS yang juga merupakan kakitangan Perpustakaan Negeri
Kanak-kanak berbaris menerima makanan yang disumbangkan oleh pihak Perpustakaan Negeri

Leka membelek buku

Suasana ketika menikmati makanan

Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati kepada pihak Perpustakaan Negeri

Bergambar bersama para pegawai Perpustakaan Negeri

Bersalaman sebelum pulang
Sempat merakamkan gambar kenangan


Suasana ketika menaiki bas untuk pulang
Berebut-rebut tak sabar nak naik bas
Danish berlari menuju ke Bas
Sempat bergambar sebelum menaiki bas

Giliran ibu-ibu yang turut serta dalam rombongan untuk menaiki basCikgu Maimunah yang terakhir sekali menaiki bas Suasana ceria di dalam bas Semua melambai keriangan sebelum bertolak pulang ke Pancor
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR