Friday, October 15, 2010

DAP, PKR, SAPP Mula Berebut Letak Calon Di Batu Sapi?

KUALA LUMPUR, 15 OKT – Kemelut penentuan soal parti mana yang bertanding di kalangan parti pembangkang dijangka akan menyulitkan hasrat mereka untuk mencuba nasib di negeri Sabah pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang bakal diadakan di dalam tempoh terdekat.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Azman Ruslan berkata desas-desus yang mula bertiup di negeri itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi berkenaan, malah menunjukkan kepada umum bahawa DAP, PKR Dan Parti Maju Sabah hanya mengejar kuasa bukan untuk membela rakyat.

“Kita difahamkan DAP ada menyatakan minat dan PKR pula mempertahankan kawasan Parlimen Batu Sapi adalah kerusi mereka dan SAPP pula dikatakan mahu mencuba nasib selepas keluar daripada komponen BN baru-baru ini.

“Namun kita tidak melihat perkara itu sebagai alasan untuk Pemuda Sabah mengambil sikap sambil lewa sebaliknya melihat perkembangan tersebut sebagai masalah pembangkang dan akan terus melipatgandakan gerakan nanti agar bukan sahaja kemenangan dapat dikekalkan, malah majoriti kemenangan bertambah,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebaga mengulas mengenai perancangan pergerakan itu bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang kosong selepas kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, Sabtu lalu.

Edmund yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Coastal Tanjung Aru-Kota Kinabalu di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan Pilihan Raya kecil berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Edmund yang juga Ketua PBS Elopura, menang kerusi Parlimen tersebut setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Beliau memperoleh 9,479 undi manakala Kwong Wing mendapat 5,771 undi.

Azman yang juga Ketua Pemuda Keningau seterusnya berkata pihaknya telh pun turun ke Batu Sapi bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu diselaraskan bersama Pemuda parti-parti komponen yang lain.

“Kita mengadakan perbincangan bersama-sama Pemuda parti komponen BN bagi menyelaraskan segala perancangan yang akan dilaksanakan sejurus pihak SPR mengumumkan tarikh penamaan dan hari pengundian kelak.

“Ini penting bagi memastikan gerakan kita tidak bertindih antara satu sama lain dan jentera di akar umbi dapat bergerak dalam satu barisan yang mantap untuk memastikan kemenangan BN kelak,” katanya.

Oleh : KPMU.net

No comments:

Post a Comment