Thursday, October 14, 2010

Semua janji BN di Manik Urai ditunai – Bekas calon BN

GUA MUSANG 14 Okt. – Bekas calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat yang tewas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Manik Urai Julai tahun lepas, kecewa dengan dakwaan Pas kononnya BN tidak menunaikan janji kepada penduduk kawasan itu.

“BN bukan sahaja telah melaksanakan segala janji di Manik Urai malah yang tidak dijanjikan sekalipun turut dilaksanakan demi faedah rakyat di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semasa kempen pilihan raya kecil Manik Urai, kerajaan pusat telah berjanji membina jambatan di Kampung Manik Urai Lama membabitkan kos RM10 juta, menaik taraf Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah dengan kos RM1.5 juta dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor berharga RM300,000.

Bagaimanapun, menurut Tuan Aziz, pembinaan jambatan itu belum dapat dilaksanakan akibat masalah pengambilan tanah, dan ini telah dijadikan isu oleh Pas dengan mendakwa BN tidak menunaikan janji.

Katanya, jambatan itu akan tetap dibina walaupun kosnya telah mencecah RM17.

“Yang lain sebut apa yang kami tidak tunaikan. Masjid Temalir hampir siap sepenuhnya, begitu juga gelanggang sukan di Kampung Manjor yang sedang dalam fasa terakhir pengambilan tanah dan kerja pembinaan akan berjalan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, lebih 500 rumah penduduk miskin sudah siap dibaiki manakala jalan-jalan kampung yang rosak juga dinaik taraf sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil itu.

Oleh : KPMU.net

No comments:

Post a Comment