Friday, October 15, 2010

Ceramah "Pembentukan Keluarga Bahagia" di Labu

14 Oktober 2010, Labu : Satu Kursus Pemakanan & Kesihatan telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Rasah bertempat di Rumah Rakyat Batu 10, Labu. Kursus pada kali ini menyediakan kelas bimbingan dan cara-cara menghasilkan resepi Laksa Johor serta resepi pembikinan Air Timun 'Punch'. Resipi ini telah diajar oleh pengajar yang berpengalaman sebagai pengusaha syarikat katering.
.
Kursus ini telah diilhamkan oleh usaha KEMAS Parlimen Rasah yang diketuai oleh Pn Zaharah Husin, Penyelia KEMAS Parlimen Rasah. Turut hadir ke majlis ini adalah Tn Hj Mohd Jaal, Pengerusi JKKK Rumah Rakyat Batu 10.
.
Di sebelah petangnya telah berlangsung satu ceramah bertajuk "Pembentukan Keluarga Bahagia". Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor. Ceramah telah disampaikan mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang bertempat di Balai Raya Rumah Rakyat Batu 10, Labu.
.
Sebaik sahaja selesai ceramah, Pn Zaharah telah menyampaikan cenderahati kepada Sdr Syamsul sebelum semua dijemput menikmati hidangan Laksa Johor dan Air Timun 'Punch' yang dihasilkan oleh para peserta kursus.
.
Para peserta yang hadir ketika mendengar ceramah yang disampaikan
Mendengar dengan fokus dan teliti setiap isikandungan yang disampaikan
Ketawa mendengar jenaka yang dikongsi bersama oleh penceramah
Suasana sentiasa ceria ketika ceramah dijalankan
Penceramah yang tidak asing lagi Sdr Syamsul Amri
Menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga
Ada sahaja cerita yang mencuit hati!
Semua tips-tips adalah berkaitan dengan 'Pembentukan Keluarga Bahagia'
Semua sentiasa fokus mendengar sehingga ke akhir ceramah
Masih lagi ketawa dan ceria
Kelihatan beberapa peserta sedang menyiapkan hidangan sebelum berakhirnya ceramah
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pn Zaharah sambil diperhatikan Tn Hj Mohd Jaal
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment