Persoalan mengenai siapa yang bawa Rahimi ke Ibu Pejabat PKR, ini jawapan Rahimi:
“Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.
“Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi,” kata bekas pembantu Anwar itu.”
Persoalan Musatafa mengenai mengapa Rahimi begitu beriya-iya memadamkan nama DS Najib dan Isteri di dalam aku janjinya dahulu sedangkan Perdana Menteri dan isterinya terus membisu. Begini pula jawapan Rahimi:
“Saya bukannya beria-ia untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ianya dalam siasatan polis.
“Biarlah polis buat kerja,” katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan “kurang perhatian” daripada bosnya sendiri.
Lagipun, menurut Rahimi lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai ‘kapten’ yang mengemudi Malaysia.”
Rahimi meminta Mustafa berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan baginya semua persoalan Musatfa boleh ditangkis dengan mudah.
Nasihat Rahimi pada Mustafa agar jangan menunjuk-nunjuk mahu membela orang atasan PKR sedangkan orang atasan terus memberi tekanan pada Mustafa tambahan Mustafa mahu bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR yang sudah diempukkan oleh Anwar untuk Azmin Ali.
Rahimi menyelar Mustafa yang sengaja mencari populariti di kalangan ahli tetapi hakikatnya dia dipandang rendah sahaja oleh orang atasan PKR.
Bagi penulis, baik Rahimi atau Musatafa, 2×5 sahaja. Kebodohan mereka bersama PKR sudah membuktikan merekalah orang yang tidak berfikir kerana terus dibuai bau busuk ketiak Anwar yang di sangkaan mereka wangi semerbak kasturi.
Wallahhualam.
Oleh : KPMU.net
No comments:
Post a Comment