Friday, October 15, 2010
Ceramah "Pengurusan Sumber Keluarga" di Taman Bukti
12 Oktober 2010, Seremban: Satu ceramah telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Rasah bertajuk "Pengurusan Sumber Keluarga". Ceramah ini telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (gambar), Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor. Ceramah ini telah berlangsung di Balai Raya Taman Bukti, mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.
.
Di dalam sesi ceramah Sdr Syamsul mengingatkan agar kesemua yang hadir sentiasa peka serta tahu membezakan di antara keinginan dan keperluan. Kerana hanya dengan ini kita mampu menguruskan kewangan keluarga dengan bijak. Tidak hairan jika kita dapat melihat seseorang yang mempunyai sumber kewangan yang tinggi dan mewah tetapi tidak mencukupi, tetapi golongan yang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi malahan masih berupaya menyimpan, ini bermakna segalanya terletak kepada keupayaan kita menguruskan sumber kewangan keluarga kita.
.
Di samping itu, beliau turut memberikan tips-tips untuk semua bagi mewujudkan suasana ceria dan keluarga bahagia. Semuanya ini di sampaikan dalam bentuk bersahaja agar mudah difahami malahan contoh-contoh yang dipetik juga tidak sukar kerana beliau hanya mengambil contoh tips-tips di dalam keluarganya sendiri sedari kecil sehinggalah kepada kehidupan beliau pada hari ini.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment