Sunday, May 31, 2015

Kerajaan Komited Bantu Wanita Berjaya Dalam Bidang Keusahawanan – Najib

31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Kerajaan akan terus membantu dan membimbing golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
http://mole.my/wp-content/uploads/2015/04/Najib-Tun-Razak1.jpg
Beliau berkata komitmen kerajaan itu telah diterjemahkan melalui pelbagai polisi pembangunan negara seperti dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei lepas.

Katanya, antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam bidang korporat mencapai 30 peratus, dan di sektor awam, wanita yang berpangkat Jusa C ke atas telah melepasi 35 peratus.

“Kita akan terus bantu wanita kerana wanita penting untuk masa depan negara kita,” katanya semasa merasmikan Pasarnita di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib, yang menyifatkan usahawan wanita sebagai golongan yang tekun dan beramanah, dan untuk itu bimbingan dan galakan harus diberikan bagi melonjakkan mereka ke kejayaan yang lebih tinggi.

Beliau juga turut menggesa usahawan wanita untuk mengoptima kecanggihan kemudahan teknologi maklumat untuk memajukan perniagaan mereka, termasuk menebusi pasaran di luar negara.

Mengambil contoh seorang usahawan rumpai air wanita di Semporna, Sabah yang sebelum ini hanya menperoleh beberapa ratus ringgit sebulan, tetapi kini mampu meraih RM30,000 sebulan setelah memasarkan produknya dalam talian, katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan tapak kekal khusus untuk usahawan Pasarnita berniaga yang akan terletak di tempat letak kereta Bukit Nenas di Jalan Ampang di sini.

Tapak itu akan menyediakan platform kepada golongan usahawan wanita bagi mempamer dan menjual produk-produk mereka, di samping melebarkan jaringan perniagaan masing-masing.

“Ini merupakan tapak pertama dan banyak lagi tempat seperti ‘foodcourts’ (medan selera) dapat disediakan sebagai tempat untuk wanita berniaga.

“Malah saya dapat bayangkan stesyen MRT bila siap nanti, kita akan sediakan tempat. Malah terminal rel berkelajuan tinggi pun, mesti ada sudut untuk wanita berniaga.

“Inilah harapan saya supaya kita boleh bantu wanita berjaya,” katanya.

Pada majlis tersebut, Najib turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara wakil Pasarnita dan Persekutuan Rantaian Runcit Francais (ARFF) ASEAN dengan Pasarnita yang diwakili pengerusinya, Datin Paduka Datuk Nor Hayati Tan Sri Onn dan wakil persekutuan itu, Prof Datuk Dr Jayles Yeoh.

Selain itu, beberapa wakil Pasarnita juga turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Global Network Sdn. Bhd., CNL Global Network Sdn. Bhd., dan Malaysia South Asia Chamber of Commerce.

Pasarnita merupakan inisiatif Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Wanita (KIW) dan diwujudkan tahun lepas bagi menyediakan platform untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan wanita.

Pada mulanya, Pasarnita menggunakan konsep ‘car boot sale’ di mana para usahawan hanya perlu menggunakan kenderaan mereka untuk mempamerkan hasil jualan.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan, penganjur membuat keputusan untuk menjadikan pusat-pusat beli-belah terkemuka sebagai tempat sementara tapak perniagaan.

Antara barang-barang yang sering menjadi bahan jualan ialah produk kecantikan, pakaian, barang perhiasan, hinggalah ke produk makanan seperti kuih-muih.

Pasarnita kali ini, diadakan di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini selama tiga hari berakhir hari ini.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

Shafie Afdal Tidak Lagi Sokong Najib ?

31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga merupakan Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Afdal enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sekadar menjawab “tak baik cakap yang itu, no need to comment on that”.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/12/shafie-afdal.jpg
Sehingga sekarang Shafie Afdal masih belum membuat sebarang kenyataan yang beliau menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga sudah berkali-kali mengulas tentang 1MDB di mana beliau sendiri katanya mahukan jawapan sebenar tentang 1MDB walaupun Kabinet telah memberi penerangan secukupnya sejak bulan February lalu kepada seluruh ahli kabinet.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Anwar Najis Berdarah: Skrip Sama, ‘Sakitnya’ Saja Berbeza

anwar_najis
EDITOR MENULIS...
31 MEI 2015

Saya tidak terkejut bila Anwar mengadu mengalami pelbagai masalah kesihatan ketika di tahan di penjara Sungai Buloh.  Dia memang macam itu dari dulu pun.  Dulu sakit belakang, kena racun Arsenik dan sebagainya, hari ini najis berdarah, berat badan turun dan entah apa lagi selepas ini.

Jenis ‘penderitaan’ berbeza tapi plot ceritanya itu juga.

Ini bukti, dalam banyak benda yang berubah, Anwar tetap tak berubah.  

Dia lebih gemar dengan cara lama, cara yang dia tahu dulu berjaya tarik simpati rakyat.  

Yang Anwar tak tahu atau pura-pura tak tahu, rakyat sudah cerdik, bukan macam dulu.

Dia boleh bodohkan rakyat dalam soal pengundi hantu bangla 40 ribu, blackout dan sebagainya masa PRU13 tempoh hari sebab itu semua penipuan bentuk baru ketika ia bermula, orang belum dengar lagi, sebab itu ramai yang percaya.

Lagipun waktu itu,  orang sedang cari alasan macam mana nak benci kerajaan, itu saja.

Sedangkan soal Anwar ‘menderita’ pelbagai penyakit semasa dalam penjara ini, memang cerita lama.  Macam yang penulis sebutkanlah, dulu pun pernah terjadi.  Tambah pulak umur pun bukan muda, 68 tahun dah, apa nak hairan macam-macam benda datang?

Saya juga berpendapat ini adalah balasan tuhan kepada Anwar, karma lebih kurang.  

Yelah, dia liwat orang sampai mungkin ada yang berdarah dubor, sekarang Tuhan bayar cash pada dia, rasa pulak berdarah kat dubor macam mana.  Dulu kau buat orang, sekarang ambiklah bahagian.

Orang putih kata, whats goes around, comes around.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Jangan Putar Belit Keadaan 1MDB – Arul Kanda

https://lh5.ggpht.com/89AaazLZtR9I0TlJSM1Q9oP9yH36U-2hoYqHBdPoTp02F2K7AQ-Id7F4_mtB8V3mjU96nWZUPN6txHuHR5Md
31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda, mengeluarkan kenyataan akhbar lewat malam tadi menjelaskan bayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diterima daripada International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi bukan pinjaman. 

Arul Kanda, berkata bayaran berkenaan adalah transaksi perniagaan, bukan pinjaman atau tindakan menyelamat. 

“Ia adalah pembayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian meluas untuk menyelesaikan secara menyeluruh pelbagai transaksi aset dan liabiliti kewangan antara IPIC, Aabar dan 1MDB. 

“Maklumat lanjut berhubung transaksi berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini awal pagi ini. 

Beliau merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan kelmarin berhubung pembayaran AS$1 bilion yang akan diterima 1MDB pada atau sebelum 4 Jun ini. 

Syarikat pembangunan strategik kerajaan itu akan menggunakan dana berkenaan untuk melunaskan lebih awal hutang RM3.5 bilion kepada satu sindiket bank peminjam antarabangsa. 

Susulan daripada kenyataan itu, Arul berkata, pihaknya bimbang dengan dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa pembayaran AS$1 bilion itu adalah pinjaman yang menyebabkan 1MDB menanggung hutang tambahan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya kelmarin menyebut, 1MDB akan menerima bayaran AS$1 bilion selepas memeterai perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar). Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemerolehan dana itu menandakan satu langkah penting ke arah mengurangkan kadar hutang keseluruhan 1MDB. 

“Ia adalah antara aspek penting dalam pelan rasionalisasi yang saya bentangkan sebelum ini kepada Kabinet, yang mana kami jangka akan dilaksana sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya. Ahmad Husni berkata, beliau juga membentangkan pelan rasionalisasi kepada Kabinet hasil rumusan kajian strategik 1MDB yang diumumkan pada Februari lalu. 

Pelan rasionalisasi itu antara lain akan menyaksikan komponen perniagaan 1MDB dipecahkan kepada tiga syarikat iaitu Edra Energy, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, dengan autonomi dan akauntabiliti terhadap prestasi kewangan masing-masing.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan akan kekal sebagai pemegang saham utama TRX dan Bandar Malaysia, yang mana ekuiti akan ditingkatkan melalui pelabur pihak ketiga.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Wowww..Calon Presiden PAS Tidak Kisah Dituduh Proksi DAP

ahmad awang proksi dap 
EDITOR MENULIS...
29 Mei 2015

Samada tuduhan atau sekadar persepsi, adalah lebih bijak bagi seseorang individu itu memberi penerangan lantas menafikan sekiranya ianya tidak benar.

Apatah lagi, jika tuduhan tersebut bersifat “direct”, serta tidak memerlukan sebarang penyiasatan, atau audit yang terperinci bagi membuktikan dirinya tidak terbabit.

Namun, apa yang sedang berlaku ke atas Ahmad Awang cukup aneh, apabila beliau sendiri tidak kisah digelar “proksi DAP” di dalam PAS. Tidak kisah bermakna ada kebenaran tuduhan tersebut. Adakah begitu?

Saya sendiri terkejut dengan kenyataan beliau di dalam sebuah portal, yang secara tidak langsung seolah-olah bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di kalangan penyokong PAS.

Berdasarkan cerita-cerita politik, Ahmad Awang didakwa individu yang menentang keras pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak pada 2008. Jika ianya benar sekalipun, rasanya ia bukan asas yang kuat untuk melabel beliau sebagai “proksi DAP” di dalam PAS.

Walau bagaimanapun, mana mungkin pokok bergoyang, andaikan tiada angin, kan?

Hakikatnya, kebelakangan ini Ahmad Awang kerap muncul di media-media untuk membuat kenyataan yang dilihat “menentang” kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang. Antaranya ialah berkenaan isu hudud.

Dari pemerhatian saya, isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Awang mempunyai kecenderungan yang hampir sama dengan isu yang dilontarkan oleh pimpinan DAP. 

Nada dan irama yang sama, dibantu “pitching” dan “falseto” dalam “key-note” yang sama, menjadikan tuduhan atau persepsi ke atas dirinya seolah-olah hakikat sebuah kebenaran.

Ia disokong dengan kenyataan empunya badan, bahawa dia tidak kisah jika dilabel sebagai “proksi DAP”. Hebat!

Suratan atau kebetulan, bukanlah perkara utama. Yang penting, apakah PAS akan mengorak langkah drastik dengan meminggirkan prinsip dan perjuangan yang sekian lama menjadi kiblat politik mereka, lantas mengangkat Ahmad Awang sebagai Presiden yang baru.

Segalanya akan terungkai apabila Muktamar PAS ke 61 melabuhkan tirainya hujung minggu hadapan.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Hadi Hanya Pandai Pidato Tapi Tak Boleh Tawan Terengganu - Mat Sabu

31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Krisis politik melibatkan dua pemimpin utama Pas sema­kin meruncing, apabila Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN, di Tumpat semalam.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/02/Mat-Sabu_abdul-hadi-awang_300.jpg
kegagalan Presiden Pas itu menawan Terengganu dan menyindir Ahli Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut dilihat menyindir Abdul Hadi yang diakui seorang tokoh politik dan agama yang cukup hebat di Terengganu, namun kekuatan serta kelebihan tersebut masih belum cukup membantu Pas merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

“Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramah, kuliahnya di Rusila kereta ‘parking’ berbatu… jadi macam pekan hari, tapi bila pilihan raya tetap tidak boleh ambil Terengganu daripada BN.

“Sehinggalah pada tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa?

Kita kena berpakat,” katanya ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN di sini malam tadi.

Yang turut sama calon Presi­den Pas, Ahmad Awang dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

Abdul Hadi sebelum ini membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya ba­kal terjawab selepas Muktamar Tahunan parti itu yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Krisis antara Pas de­ngan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Malah pemimpin-pemimpin DAP terutama Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Hishammuddin: Kod tata laku cara terbaik urus tuntutan di Laut China Selatan

29 Mei 2015, Kuala Lumpur : Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan dan oleh itu menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan, kata Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.
http://esscom.gov.my/wp-content/uploads/2014/02/hishammuddinhussein400px_31.jpg
Beliau memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau keburukan.

Sambil menyifatkan isu itu seperti ‘bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru’, Hishammuddin berkata: “Isu Laut China Selatan adalah satu masalah lama.

“Ia melibatkan maruah serta ‘air muka’ negara terbabit. Jika kita tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah.”

Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 – Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

“Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.

“Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.

“Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian,” katanya.

Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.

Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.

Hishammuddin seterusnya berkata: “Kita perlu berwaspada dengan kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di perairan berkenaan.

“Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara.

“Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat kita bersama, kita boleh maju ke hadapan.”

Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku mereka.

“Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.

Dipetik daripada sumber : Bernama

JPP Jentera Transformasi Sosial Di Bandar – Najib

29 Mei 2015, Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang dilancarkan hari ini memainkan peranan sebagai jentera perubahan transformasi sosial yang bermakna kepada negara di kawasan bandar.

Beliau berkata JPP, yang dianggotai wakil masyarakat setempat dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan menyebabkan berlakunya satu ledakan evolusi pentadbiran negara dengan masyarakat mencerminkan negara maju.

Katanya negara maju tidak akan lengkap jika penduduk bandar tiada kepimpinan yang mencerminkan masyarakat yang mahu perubahan, dinamik dan mahu satu impian yang hebat untuk negara.

“Hubungan emosi (antara kerajaan dan penduduk bandar) longgar. Jadi ia boleh diperbetulkan melalui kepimpinan JPP,” katanya ketika melancarkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk peringkat Kebangsaan yang dihadiri 4,000 anggota jawatankuasa JPP di sini.

JPP, yang diilhamkan Najib, berperanan menjadi pemudah cara antara agensi kerajaan persekutuan dan rakyat bagi mewujudkan bandar yang sejahtera.

Najib berkata JPP perlu memainkan peranan sebagai jentera yang penting seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di luar bandar.

Beliau berkata penubuhan JPP merupakan satu inisiatif kerajaan persekutuan bagi melaksanakan transformasi pengurusan bandar memandangkan kini hampir 70 peratus penduduk negara ini tinggal di bandar.

“Angka ini akan terus meningkat kepada 75 hingga 80 peratus menjelang 2020,” katanya.
Selain transformasi ekonomi dan kerajaan, Najib berkata transformasi sosial mesti berlaku khususnya di kawasan bandar yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang kompleks serta harapan penduduk bandar yang lebih tinggi.

“Kalau jalan ada lubang atau parit tersumbat, harapan masyarakat bandar ialah kerajaan ada jalan penyelesaiaan dan tindakan segera. Jangalah sampai berbulan-bulan lubang itu tidak dikambus dan parit sampai tersekat aliran.

“Tapi masalah di bandar bukan setakat itu sahaja, isu keselamatan jenayah tidak boleh serah kepada polis sahaja. JPP mestilah memainkan peranan wujudkan konsep bandar selamat dan membuat rondaan dan mengalakkan masyarakat membuat sesuatu menjaga kawasan masing-masing,” kata Najib.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata JPP dibentuk untuk menjadi jambatan merapatkan hubungan emosi yang renggang antara kerajaan dengan rakyat di bandar dan membolehkan kerajaan menjadi ‘telinga pertama’ mendengar permasalahan rakyat.

“Peranan kerajaan persekutuan tidak dirasai di kawasan bandar walaupun lebih 70 peratus perkhidmatan yang diberi seperti kesihatan dan keselamatan datang daripada agensi persekutuan,” katanya.
http://www.hotkelate.tv/wp-content/uploads/2015/04/najib-tun-razak.jpg
JPP memberi peluang dan menggalakkan penyertaan penduduk dalam program-program dan pembangunan di kawasan bandar bagi kemampanan kejiranan.

Penduduk juga akan berpeluang mengemukakan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh kerajaan.

Sebanyak 2,288 JPP diwujudkan di 98 PBT di seluruh negara kecuali di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman serta Sabah dan Sarawak.

Setiap PBT dipecahkan kepada 24 zon JPP dan bilangannya boleh diubah suai berdasarkan kepadatan penduduk serta isu berbangkit di PBT terbabit.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

Rafizi Menipu, Kutip Dana Awam Tidak Sah – Ramesh Rao

rafizi-ramesh
28 Mei 2015, Kuala Lumpur : (Malaysian Gazette) – “Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB.

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

“National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif.”

“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”

“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

“Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Friday, May 29, 2015

Mahu Percaya Fakta Atau Persepsi? Bergantung Pada Agenda Pihak Terbabit

29 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setiap penerangan dan penjelasan yang telah diberikan oleh kerajaan ia akan menjadi suatu fakta atau persepsi adalah bersandarkan kepada niat seseorang individu itu untuk menerimanya, jelas penganalisis politik, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam.
RAMLAHHHH
Menurut beliau, segala persoalan yang timbul sama ada daripada persepsi awal atau kekeliruan perlulah individu itu mendasari dengan tindakan yang rasional dengan mempertimbangkannya apabila telah dibuat penjelasan, begitu juga dengan pencerahan yang telah dibuat oleh kerajaan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau penerangan itu memang disertakan dengan bukti-bukti perkara yang munasabah maka kita harus menerimanyalah.

“Jadi bagi saya, apa sahaja yang diterangkan dan banyak perkara yang telah diyakinkan, dengan penubuhan satu jawatankuasa mengkaji 1MDB pelaksanaan dan sebagainya, dan lepas itu kita dapati audit negara juga membuat pemeriksaan atas isu ini.

“Jadi bagi saya, sebagai orang yang munasabah atau rasional akan menerima itu sebagai perkara yang positiflah tindakan-tindakan itu dan kita nantilah laporan-laporan dan sebagainya,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Tetapi wujud juga di dalam pemikiran dan jiwa sesorang itu masih ragu dan sememangnya tidak mahu perkara itu dijawab supaya membiarkan perkara itu salah, walhal penerangan-penerangan telah diberi untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman mereka, tambahnya lagi.

“Memberi mereka maklumat tetapi ada setengah orang boleh terima sebab dia memang hendak tahu, itu jenis orang yang munasabah maknanya rasional.

“Masih meragui nantilah laporan, tapi kalau laporan pun masih tidak boleh diterima, masih lagi nak mengatakan laporan itu salah, atau Perdana Menteri (PM) salah, Barisan Nasional (BN) salah, maka memang kamu takkan terima,” tegasnya lagi.

Justeru itu juga, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) itu berpandangan bahawa ia bergantung kepada niat yang sebenarnya, sama ada mahu menerima setiap penjelasan ataupun menafikannya bahkan ada yang bukan sahaja tidak menerima malahan mengalihkan kepada isu yang lain pula.

“Jadi persepsi ini bergantung kepada niat dia dan dia punya agenda, bagi saya pembangkang tiada agenda untuk menerima kebenaran daripada BN, kerajaan mahupun PM.

“Mereka memang suka besarkan perkara-perkara itu sebab memang itu agenda mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN, hendak burukkan kerajaan.

“Sepatutnya mereka terima macam dia terima penerangan perkara-perkara lain, kenapa boleh terima penerangan yang lain misalnya tetapi tidak boleh terima penerangan 1MDB?,” soal beliau.

Beliau seterusnya berkata sememangnya tugas kerajaan untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan tidak perlu takut kepada isu-isu yang timbul kerana sememangnya pembangkang bergantung kepada isu-isu yang menyalahkan kerajaan.

“Kerajaan tidak menyembunyikan apabila sesuatu ditimbulkan, kerajaan menjawab kerana kerajaan telus dan terbuka,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan kehairanan mengenai penerimaan segelintir masyarakat yang lebih percaya bulat-bulat kepada isu-isu negatif yang menyentuh kerajaan terutama yang dipersembahkan di media sosial tanpa menyelidiki dan menyiasat, tidak seperti penerimaan sesuatu perkara apabila menyentuh individu itu sendiri yang serta-merta diminta bukti.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Wednesday, May 27, 2015

Pembangkang Diselar Kritik RMK-11 Tiada Langsung Kebaikan

27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setelah puas mendengar pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dilontarkan pihak pembangkang, seorang anggota Parlimen kerajaan hari ini bertindak menempelak mereka yang disifatkan hanya pandai mengkritik. 
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/07/06/015580860.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyelar tindakan anggota-anggota Parlimen pembangkang yang dikatakan berbahas seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam perancangan lima tahun kerajaan itu.

“Saya mendengar hujah dalam dua tiga hari ini, nampaknya tiada pun dalam enam teras RMK11 ini boleh diterima pembangkang, saya hairan di negara lain pun ada pembangkang tapi tiada yang macam ini, mereka menyokong dasar kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Tetapi pembangkang di negara kita ini, kerjanya bangkang terus, sama ada kerajaan buat betul, dia kata salah, buat salah lagilah salah,” katanya ketika membahaskan usul RMK11 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bung Moktar berkata sewajarnya, walaupun berada di pihak pembangkang, namun mereka sepatutnya menyokong dasar-dasar yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara, sekali gus bersama-sama menjayakan agenda pembangunan Malaysia.

Sindirian Bung Moktar mengundang reaksi bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); G. Manivannan (PKR-Kapar) dan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mempertikaikan kaitan kenyataan itu dengan RMK11. 

Bung Moktar kemudian menjelaskan kepada dewan bahawa dalam melaksanakan RMK11, negara perlu mempunyai kekuatan dan kestabilan politik yang secara tidak langsung akan membawa kepada kekuatan ekonomi. 

Beliau berkata kerajaan sememangnya mempunyai kelemahan, namun ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam menjayakan setiap perancangan. 

“Lautan mana tidak bergelora, hati mana yang tidak terluka, tetapi kita tidak seperti pembangkang, tidak tuding menuding, kita bahas dan kita kemukakan pandangan,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Pulang Sahaja Dari Timur Tengah, Kini DAP Mampu Tarbiyah PAS

hudud dap 
EDITOR MENULIS...
28 Mei 2015

Beberapa bulan yang lalu, DAP telah mengorak langkah dengan mula memasuki blok-blok pengundi baru, yang selalunya cukup dominan kepada PAS iaitu Timur Tengah.

Berbekalkan alasan lawatan muhibbah, DAP kini mempunyai akses untuk mempengaruhi blok-blok bakal pengundi dan pemimpin masa hadapan untuk PAS. Saya percaya, DAP mensasarkan 2 perkara pokok. Pertama, samada meraih sokongan mereka untuk bersama-sama DAP sekaligus bakal ditawarkan jawatan di dalam parti itu. Kedua, mereka boleh menyertai PAS yang kemudiannya akan dibantu untuk menduduki kerusi kepimpinan, sekaligus membantu DAP “menguasai” sekutu mereka itu.

Perancangan masa hadapan ini sangat penting kepada cita-cita DAP, dan penetapan “kunjungan muhibbah” ini bakal dijadikan modus operandi mereka setiap tahun. Percayalah.

Merangkakan strategi ampuh, DAP tidak memerlukan penerimaan secara besar-besaran, cukup dengan sekelumit ruang untuk “menyuntik jarum berbisa” mereka kepada blok-blok yang selama ini dikuasai oleh PAS.

Lim Kiat Siang berucap di Kelantan menyanggah hudud, sementara Zairil Khir Johari berhujah tentang ketidaksesuaian perlaksanaan hudud di Kelantan setelah pulang dari “lawatan muhibbah di Timur Tengah”.

Apakah ahli PAS fikir, antara peluang yang diperolehi oleh Kit Siang, dan kenyataan Zairil itu adalah bersifat kebetulan?

DAP kini berbangga-bangga dalam soal hudud, kononnya hujah mereka adalah berpaksikan lawatan ke atas 2 negara di Timur tengah, lantas meletakkan isu hudud sebagai isu politik, dan bukannya isu agama.

Tentunya ini merupakan sesuatu yang perlu diperlu dijawab oleh PAS memandangkan isu Hudud antara isu yang lama diperjuangkan oleh PAS. Apatah lagi kini sekutu mereka itu menggambarkan seolah-olah lebih memahami Islam berbanding PAS.

Bukankah PAS yang harus mentarbiyah DAP?

PAS perlu ingat, bagaimana mereka mengkafirkan UMNO dalam skala yang besar, yang akhirnya mengakibatkan perpecahan yang serius di kalangan umat Islam. Salah satu puncanya adalah isu Hudud itu sendiri.

Lim Kit Siang menyanggah hudud di Kelantan, kubu kuat PAS. Zairil memecah tembok pengkaderan PAS di Timur Tengah, dan tiba-tiba pula Mat Sabu mengeluarkan kenyataan agar budaya kafir mengkafir perlu diberhentikan.

Bukanlah saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu itu, tetapi sekadar menarik perhatian pembaca kepada masa dan ketika isu ini dimainkan menjelang Muktamar PAS ke 61 yang bakal berlangsung bulan depan.

Seperti satu kempen dengan strategi yang cukup licik.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Keluarga Kit Siang Mahu Praktik Gaya Kuku Besi Ke Atas Rakan Sekutu Mereka

28 Mei 2015, Kluang : Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata, Dap kini dilihat bukan berusaha untuk memulihkan pakatan pembangkang yang kini retak menanti belah tetapi adalah untuk mengukuhkan kuasa bagi mengawal rakan sekutu mereka.

Jelasnya, kerana itulah tanpa berselindung Dap terus-terusan menyerang pemimpin ulama di dalam Pas dengan harapan mereka dapat mengawal parti itu yang dilihat semakin lemah.

“Ramai yang mengetahui bahawa Dap adalah sebuah parti yang dominan. Walaupun Dap, Pas dan PKR bergabung namun sebenarnya Dap ingin menguasai Pas dan PKR agar kuasa mereka kukuh.

Secara halus mereka cuba pecah-belahkan Pas dan PKR.

“Pas kini telah terbahagi kepada dua iaitu ulama dan liberal di mana golongan liberal ini menyebelahi Dap. PKR juga telah terbahagi kepada penyokong Wan Azizah dan Azmin Ali.
LIM_KIT_SIANG_241114_TMINAZIRSUFARI_02 
“Maka Dap mengambil kesempatan ini untuk menyusun penyokong mereka dalam Pas dan PKR agar mereka lebih berkuasa. Malangnya penyokong Pas tidak melihat akan perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, tindak tanduk Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng tidak lebih menunjukkan betapa kedua-dua anak beranak ini mempunyai sifat pemerintah yang mencengkam.

“Bagaimana kedua-dua mereka mencengkam Dap begitulah yang mereka mahu lakukan terhadap kedua-dua parti pakatan mereka.

“Kalau boleh mereka mahu semuanya tunduk dengan kehendak mereka. Kita boleh lihat sahaja bekas-bekas pemimpin Dap yang telah keluar dari parti itu.  Hampir semuanya bertindak keluar atas faktor betapa kedua-dua anak beranak ini mentadbir parti secara kuku besi”, ujarnya.

Justeru jelas beliau lagi, sekiranya Pas tidak mahu perjuangan azali mereka berkubur maka mereka harus sedar dan penyokong Pas juga harus menilai apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Jika perkara sebegini berlarutan, maka tidak mustahil Pas hanya akan tinggal nama, katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Lagi Jawapan Kritikan Terhadap GST, Dakwaan Dr Mahathir

27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan, dengan memberi fokus kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan dakwaan yang disuarakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib berkata: “Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini.”

Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan serta respons beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu Altantuya dan 1MDB.

Dalam respons beliau mengenai kritikan terhadap GST, Najib berkata: “Saya faham bahawa beberapa kebimbangan disuarakan mengenai GST yang diperkenalkan.

“Bagaimanapun, sebagai perdana menteri, adalah tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang betul bagi seluruh rakyat Malaysia, walaupun ia mungkin kelihatan sukar ketika ini.
KUALA LUMPUR, 27 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) bergambar kenangan bersama-sama Ketua Pemerintah Bupati Kota Cirebon Indonesia Drs H. Sunjaya Purwadi Sastra (tiga, kanan) selepas menerima kunjungan hormat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.?Sunjaya dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia yang berakhir hari ini.?Turut hadir Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua, kiri)  dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua, kanan).?--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
“Kini, hanya seorang dalam setiap 10 orang rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan oleh itu, adalah penting bagi kami meluaskan asas percukaian demi kebaikan ekonomi untuk jangka panjang.

“Lagi pun, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa 23 peratus daripada hasil kerajaan ketika ini datangnya daripada minyak dan gas.

“Seperti yang dapat kita saksikan daripada kejatuhan teruk harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak mampu mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan aliran hasil itu semata-mata.

“Inilah sebabnya kami mengumumkan satu pembaharuan terhadap sistem percukaian, dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

“Pengenalan GST akan membantu kita dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih lestari dan telus: Ia akan mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan menolong memacu ke hadapan pembangunan negara kita.

“Malangnya, daripada berusaha untuk memahami rasional dari segi ekonomi dan manfaat jangka panjang yang akan dibawanya kepada rakyat, sesetengah ahli politik sebaliknya menyerang pengenalan GST, dengan menggambarkannya sebagai suatu langkah luar biasa dan tidak perlu bagi sebuah negara seperti Malaysia.

“Sebenarnya, GST bukanlah suatu fenomena baharu. Lebih 160 negara sudah melaksanakannya dan di ASEAN, dalam kalangan jiran-jiran kita, Malaysia adalah negara kelapan yang memperkenalkan cukai ini.

“Di samping itu, kadar enam peratus yang dikenakan di Malaysia sebenarnya adalah antara yang paling rendah di dunia. Secara perbandingan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semuanya mengenakan kadar GST sebanyak 10 peratus.

“Namun demikian, saya dapati, sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab, kecil dan besar, dengan licik cuba mengambil kesempatan daripada pengenalan GST untuk menaikkan harga lebih daripada kadar enam peratus. Ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sudah mengarahkan jabatan berkenaan supaya meningkatkan langkah penguatkuasaan bagi memastikan sebarang kenaikan yang dikenakan pekedai dan pemilik perniagaan mestilah sejajar dengan kadar GST sebanyak enam peratus dan sebarang perbuatan menyalahgunakan sistem ini, yang memberi kesan negatif kepada pengguna, perlulah dihentikan.

Mengenai tuduhan Tun Dr Mahathir, Najib berkata: “Saya menerima kritikan dengan fikiran terbuka dan akan terus menangani kebimbangan serta maklum balas yang tidak berasas. Kita juga mestilah sentiasa menghormati orang tua-tua kita yang telah banyak berjasa kepada Malaysia.

“Namun demikian, saya tahu ramai yang percaya bahawa kini sudah tiba masanya mereka membiarkan generasi terkemudian untuk mentadbir negara ini dan ini termasuk mengatasi sendiri masalah serta cabaran yang ada.

“Malaysia adalah negara demokrasi. Saya dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Jadi, saya mendapat mandat daripada mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti serta rakyat, bukan kepada mana-mana individu.

“Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, anggota parti dan rakyat boleh menggunakan hak demokarsi mereka melalui peti undi.

“Di samping itu, banyak kritikan Tun adalah tidak adil atau mengelirukan: beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua ahli ekonomi berwibawa percaya bahawa meluaskan asas ekonomi kita merupakan perkara yang betul untuk dilakukan.

Hasilnya akan digunakan untuk kebajikan rakyat juga. Sebenarnya, idea ini pertama kali disuarakan semasa pentadbiran beliau.

“Tun mengulangi khabar angin jahat pembangkang tentang isteri dan keluarga saya.

“Sebagai contoh, ketika berucap di Ipoh baru-baru ini, beliau menyebut tentang kenyataan rekaan yang dijaja pembangkang melalui penggunaan sebuah artikel Utusan (Malaysia) yang dipinda.

“Beliau juga mengulangi tuduhan jahat yang dimulakan pembangkang semasa pilihan raya umum lepas kononnya isteri saya memiliki cincin berharga RM24 juta.

“Itu adalah suatu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin itu menjelaskan secara terperinci ketika itu bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Adalah dikesali apabila seseorang yang berkedudukan seperti Tun tergamak menyampaikan fitnah seperti itu kepada rakyat.

“Beliau juga mengulangi perbuatan pembangkang yang menimbulkan isu berkaitan pembelian sebuah jet gantian oleh kerajaan dengan mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet itu, dan menggelarkan saya sebagai pembohong. Ini juga tidak benar – malah, baginda merupakan penumpang VIP pertama yang menggunakan jet yang baru diterima itu untuk penerbangan ke Langkawi, dan  baginda akan terus menggunakannya.

Tun menjadikan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang saya.

“Memang benar, 1MDB kini berdepan dengan cabaran, tetapi bukanlah hingga ke tahap seperti yang dituduh itu. Hakikatnya, sesetengah tuduhan yang dibuat itu tidak mempunyai asas, sebagai contoh dakwaan Tun bahawa saya bertanggungjawab bagi kerugian sebanyak RM42 bilion yang terkandung dalam lembaran imbangan 1MDB.

“Nampaknya, ini merupakan suatu perbuatan yang sengaja memutarbelitkan fakta kerana 1MDB tidak mengalami kerugian sebanyak itu. Ini adalah jumlah hutangnya; hutang yang jauh lebih kurang daripada aset syarikat itu yang bernilai RM51 bilion, seperti yang diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

“Kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai kadar hutang yang tinggi, jadi ini bukanlah suatu perkara luar biasa.

“Beliau juga mendakwa saya tidak menjawab isu-isu yang menyelubungi 1MDB, tetapi saya telah pergi lebih jauh daripada itu – dan mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan audit terhadap 1MDB, yang hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan.

“Tun sering mendakwa beliau melakukan sesuatu itu kerana itulah apa yang diberitahu oleh rakyat kepada beliau apabila mereka datang berjumpa beliau.

Tetapi, beliau perlulah selidik dahulu sama ada tuduhan seperti itu mempunyai bukti dan kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tentu sedar bahawa kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dahulu.

“Dan, selalunya, jawapan Tun ialah: “Mana buktinya?” Beliau patut melakukan ujian serupa terhadap apa yang beliau dengar itu.

“Walaupun begitu banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, tetapi semua kemajuan yang dicapai negara kita dan BN (Barisan Nasional) tidak diendahkan kerana lebih suka kepada tuduhan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang.

“Kebanyakan perkara yang dikatakan oleh Tun tidak mempunyai objektiviti dan tidak betul sama sekali.

“Soalannya ialah – apakah yang menggerakkan Tun memilih saat ini untuk mengulangi tuduhan jahat yang direka kumpulan pembangkang yang sebelum ini beliau sendiri kecam sebagai pembohong itu?

“Sepanjang 22 tahun beliau berkuasa, Tun selalu mendesak agar anggota parti perlu menyokong kepimpinan dan saya menyokong beliau ketika susah dan senang.

“Saya berbuat demikian kerana ketika itu, dan malah, hingga kini pun, saya percaya bahawa perpaduan parti merupakan prasyarat bagi apa yang ingin kita capai untuk negara ini. Majoriti besar anggota UMNO masih mengakui bahawa kesetiaan sebenar bererti bekerjasama untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Adalah sesuatu yang tidak betul sekiranya Tun dan mana-mana juga anggota parti bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana keinginan peribadi mereka tidak dipenuhi.

Kepentingan rakyat dan parti adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

“Saya dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan oleh kerana saya diberi mandat, maka saya akan sempurnakan penggal saya sebagai presiden parti dan perdana menteri.

“Keutamaan saya ialah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 serta transformasi ekonomi, kerajaan dan politik untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO