Tuesday, November 11, 2014

1MDB: Ahmad Maslan Jawab Rafizi dan Tony Pua

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I 
12 NOVEMBER 2014 
ISU 1MDB

Kenyataan Akhbar ini disediakan untuk menjelaskan lagi kenyataan saya sebelum ini berkaitan 1MDB semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 (Khamis).

1. Saya mendapat maklum mengenai usul YB Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan.

Ia dibangkitkan berdasarkan kenyataan saya semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar untuk Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti berikut :

Petikan Hansard 6 November 2014
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM36.25 bilion.”
“ Itu sahaja yang dijamin oleh kerajaan, tidak ada lebih daripada itu. Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain, hanya RM5.8 bilion yang menerima jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia. Satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada.”

2. Kenyataan letter of support itu sebenarnya tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion.

3. Saya masih berpegang kepada kenyataan tersebut sebagai benar dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 8 November 2014 (Sabtu) seperti berikut :

“Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 6 November 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yang membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu. Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain RM5.8 bilion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon USD3 bilion.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.

Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan.”

4. Saya juga memahami bahawa terdapat satu letter of support yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk bon yang berjumlah USD3 bilion. Walau bagaimanapun ia bukan memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia.

5. Surat sokongan (letter of support) itu membawa maksud bahawa sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman yang berjumlah USD3 bilion tersebut, maka 1MDB perlulah menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut.

Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan kesemua asetnya sehingga habis (fully exhaust) yang berjumlah RM51 bilion untuk membayar hutang yang bernilai USD3 bilion. Mengikut rekod setakat hari ini, 1MDB tidak pernah gagal dalam menjelaskan hutangnya mengikut jadual pembayaran balik. Kerajaan hanya akan membantu sekiranya ada lagi tanggungan bagi hutang tersebut yang perlu dijelaskan oleh 1MDB sekiranya ke semua langkah seperti di atas telah pun diambil oleh 1MDB.

6. Saya ingin menjelaskan bahawa jaminan explicit adalah terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman ( Pertubuhan Perbadanan ) 1965. Syarikat yang diberi jaminan perlu diwartakan sebagai Pertubuhan Perbadanan manakala surat sokongan yang dikeluarkan dalam isu 1MDB kepada pihak berkaitan tidak terikat di bawah akta tersebut dan tidak perlu diwartakan.

7. 1MDB adalah sebuah syarikat dengan izin “going concern” yang berdaya saing dan maju. Ini bermakna 1MDB akan sentiasa berkembang dan nilai syarikatnya akan sentiasa meningkat. Ini dibuktikan dengan peningkatan pendapatannya sebanyak 64% bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

8. Perkara yang saya nyatakan pada 6 November 2014, dengan jelas menunjukan bahawa jaminan Kerajaan adalah kepada pinjaman yang berjumlah RM5.8 bilion sahaja. Jaminan ini terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Justeru itu, hanya jumlah RM5.8 bilion sahaja yang termasuk dalam contingent liability Kerajaan dan bukannya ditambah dengan USD3 bilion.

Sekian, terima kasih.

(DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN)
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I
12 NOVEMBER 2014

Rang Undang-Undang Tambah Kerusi Tiada Kaitan Perebutan, Pembahagian Kerusi BN di Sarawak.

12 November 2014 - Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Kompoisi Keahlian) 2014 bagi menambah bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82 tiada kaitan dengan masalah perebutan dan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya menurut Speaker DUN Datuk Amar Asfia Awang Nassar, ia bertujuan menampung pertambahan populasi penduduk yang semakin ramai sepanjang tempoh lapan tahun ini.

Katanya di bawah artikel 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, selepas tempoh lapan tahun, kerajaan negeri boleh meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula dan menambah bilangan kerusi.

“Perkara ini adalah tidak benar. Pindaan ke atas rang undang-undang ini bagi membolehkan bilangan kerusi DUN ditambah bukan bertujuan untuk menyelesaikan perebutan dan pembahagian kerusi yang berlaku antara parti-parti komponen BN.

“Seperti yang telah saya jelaskan, kerajaan negeri boleh meminta SPR mengkaji semula pertambahan bilangan kerusi DUN yang mana kemudiannya memerlukan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pra-Persidangan DUN di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sumber : Utusan Borneo

Jangan ‘apologetik’ dalam perbahas usul PAU 2014-Hishammuddin

12 November 2014 - Pembahas-pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) yang akan berlangsung pada hujung bulan ini diingatkan jangan bersifat ‘apologetik’ dalam perbahasan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi PAU 2014 mahu agar-usul yang dikemukakan pada perhimpunan nanti mengutamakan suara akar umbi dan denyut nadi rakyat.

“Tanpa kebijaksanaan UMNO dan ketokohan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tak mungkin pelbagai masalah termasuk MH17 dapat diselesaikan. Jadi kenapa kita hendak apologetik sangat.

“Sebab itu saya mahu bahawa usul-usul kita mempunyai kandungan yang betul-betul dapat dijiwai oleh mereka di bawah. Saya mahu usul yang bersifat inklusif,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi Perhimpunan Agung UMNO di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Persidangan meja bulat selama sehari ini dihadiri oleh 130 individu yang pakar dan arif dalam bidang masing-masing.

Mereka terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, para pensyarah dan cendikiawan, persatuan belia, tokoh-tokoh korporat, pihak swasta, pentadbir agensi, pihak berkepentingan Melayu yang memahami suara akar umbi dan denyut nadi rakyat.

Hishammuddin berkata, UMNO mesti terus kehadapan bagi memastikan kelangsungan agama, bangsa dan tanah air.

Tambah beliau, isu-isu sensitif boleh diterima jika dibahaskan secara teguran tak bersifat emosi. Antara yang bakal disentuh oleh pembahas nanti melibatkan isu sekolah aliran jenis kebangsaan.

Untuk nota Jawatankuasa Usul melibatkan draf usul ucapan Dasar Presiden dipengerusikan oleh Hishammuddin sendiri.

Draf usul ekonomi dipengerusikan oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis, draf usul agama dipengerusikan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan draf usul pendidikan dipengerusikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh.

Ibu pejabat UMNO telahpun menerima 638 Usul Untuk Rujukan dengan 81 usul berkaitan pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 lain-lain usul.

Utusan.

Kerajaan dan Petronas Bayar RM 1.6 Bilion kepada TNB Elak Kenaikan Tarif Elektrik

5 November 2014 - Kerajaan dan Petronas bersetuju untuk membayar RM1.6 bilion kos pengeluaran tenaga, untuk mengelak Tenaga Nasional Bhd mengenakannya ke atas pengguna.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan akan menyerap sekitar RM840 juta. Petronas pula akan menyerap RM830 juta lagi dengan tidak menaikkan harga gas yang dibekalkan kepada IPP.

Kadar tarif elektrik sepatutnya dinaikkan pada bulan Julai 2014, dan keputusan kerajaan itu mengelak pengguna dikenakan tambahan 3.11 sen per kilowatt, katanya.

Ongkili berkata kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelak rakyat merasai kesan daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan.

Katanya, ia merupakan jumlah penjimatan selepas rundingan semula dengan generasi pertama Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Tindakan ini membolehkan kadar elektrik kekal sehingga JUN 2015 sebelum dipertimbangkan semula kerajaan.

Oleh itu, katanya, semua perniagaan juga boleh mempersiapkan diri mereka dengan mengetahui bahawa tidak akan ada kenaikan tarif elektrik bagi 12 bulan yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengguna dan industri perlu bersedia untuk berdepan dengan perubahan tarif itu selepas Jun 2015 kerana baki simpanan daripada rundingan semula dengan IPP tidak cukup untuk menyerap satu pusingan lagi ICPT (Imbalance Cost Pass Through).

ICPT berlaku setiap enam bulan dan melibatkan kajian semula harga harga tenaga dan kenaikan tarif.

Sehubungan itu, Ongkili merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk terus menjimatkan tenaga dengan menggunakannya secara bijak dan mengelak pembaziran.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

JAKIM Ajak Tiga Lelaki Berpakaian Wanita Menjalani Program Pemulihan

11 November 2014 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput tiga lelaki yang berpakaian wanita dan terlibat di dalam kes mahkamah baru-baru ini menyertai program pemulihan yang dianjurkan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah merangka program kepada golongan yang mengalami masalah kecelaruan gender khasnya golongan transgender ini semenjak tahun 2010.

“Melalui program ini kita telah mendekati lebih 1,000 orang golongan sasaran melalui program yang kita namakan sebagai mukhayam (camping) yang berteraskan pengukuhan diri, kerohanian dan pemulihan,” katanya.

Othman mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang membenarkan rayuan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.

Ujar Othman, peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Suka saya menekankan bahawa peruntukan tersebut khusus kepada umat Islam dan tidak terpakai kepada mereka yang bukan beragama lain.

“Namun, kita tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang/promosi melalui laman Facebook untuk mereka menyertai program yang kita anjurkan,” ujarnya.

Katanya, dari program berkenaan, mereka yang terlibat akan menawarkan diri untuk menyertai program kami atas dasar kesedaran dan kerelaan sendiri.

Sumber :  Awani

Rakyat Hakim Negara : Apakah Anwar dan Macai Akan Menerima Keputusan Rakyat Ini?


10 November 2014 - Acapkali kes perbicaraannya, maka diheretlah sekelian rakyat turun untuk berdemo dan memenuhi ruang mahkamah, juga sekitarnya. Tujuannya terserah kepada anda untuk mentafsir, kerana banyak sekali manipulasi yang boleh dilakukan samada ke atas hakim, mahkamah mahupun media apabila berjaya mengumpulkan sejumlah hadirin.

Terbaru, slogan “#RakyatHakimNegara” telah digunapakai sebagai satu propaganda untuk melipatgandakan jumlah bilangan penyokong  yang turun berdemo deminya.

Politweet.Org, sebuah organisasi “non-partisan”, dalam analisanya menyatakan bahawa hashtag #RakyatHakimNegara tidak berada di dalam senarai 5 “hashtag” popular sehingga jam 1 petang tadi. Pemeriksaan penulis ke atas 3 kolum; “Politicians”, “Barisan Nasional” dan “Pakatan Rakyat” menunjukkan hashtag #Justice4Saiful menduduki senarai teratas.

Sila rujuk kepada 3 “print screen” di bawah:

#justice4saifulpoliticians



#justice4saifulBN

#justice4saifulpakatan

Jangankan di kolum “Politicians” atau “Barisan Nasional”, malah #Justice4Saiful turut menduduki tempat teratas di dalam kolum “Pakatan Rakyat” seperti diatas.

Suratan atau kebetulan, jumlah rakyat yang mahukan keadilan untuk Saiful saban hari meningkat mengunjungi Istana Kehakiman berbanding penyokong Anwar yang dilihat semakin lesu dan longlai.

Najitahnya, baik di alam nyata, mahupun di alam maya, segalanya tampak sudah tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim. Secara jujur, penulis tidak tahu apa yang sedang berlaku di pihak Anwar kerana pada hari-hari terawal, kumpulan pro Anwar ini dilihat menguasai segenap penjuru perkarangan Istana Kehakiman. Mengapa “kedatangan” atau “kehadiran” penyokong si peliwat semakin lembab? Mungkin anda ada jawapannya.

Jika kedua-dua trend ini (alam nyata dan alam maya) diambilkira, apakah sudah boleh kita menafsirkan, bahawa rakyat, yang dinobatkan sebagai hakim negara oleh penyokong Anwar, bersetuju sebulat suara bahawa Sungai Buloh adalah sebaik-baik tempat untuk peliwat bernama Anwar Ibrahim?

Natijahnya, sehingga jam 1 petang tadi, #RakyatHakimNegara telah memilih #Justice4Saiful mengikut Politweet.Org.

Tanyakan pada sekelian rakyat a.k.a hakim negara, apakah hukuman sudah boleh dijalankan?

Hahahahaha…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pakatan Rakyat Cuba Desak Hadi Letak Jawatan?




pakatan rakyat1














Kuala Lumpur, 10 NovKonflik dalaman pakatan rakyat makin meruncing. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat sebagai “batu penghalang” dalam perancangan “kotor” pakatan rakyat. Dengan erti kata lain fahaman dan pendirian pakatan rakyat terlalu jauh berbeza dengan parti PAS. 

Sememangnya DAP , PKR dan PAS tidak pernah sehaluan melainkan mahu menumbangkan Barisan Nasional. Mereka tidak mungkin dapat bergabung sehati sejiwa untuk memerintah Malaysia.

Sebenarnya sikap pakatan rakyat itu sendiri yang dilihat tidak pernah menghormati prinsip dan pendirian PAS merupakan punya utama PAS jauh hati dari pakatan rakyat atau dengan lebih tepat lagi Haji Hadi Awang tahu bahawa beliau dan PAS telah dihina dengan begitu teruk sehingga menjejaskan maruah diri, keluarga dan parti PAS.

Isu yang timbul sejak kebelakangan ini telah benar-benar menghakis kepercayaan ahli tegar PAS sendiri terhadap parti mereka. Namun begitu, mereka tahu bahawa wujud gerakan yang secara halus membawa masuk ahli PAS yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Haji Hadi Awang dan Nik Aziz. Mereka ini digelar Anwarinas ataupun PASMA. Dengan itu pihak pakatan rakyat akan menggunakan “orang-orang” Anwarinas atau PASMA ini untuk mendesak kepimpinan tertinggi PAS untuk “menurut” kata mereka.

Baru-baru ini agak kecoh di kalangan ahli PAS kononnya Haji Hadi Awang telah dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan menggunakan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Hadi Awang untuk terus memimpin PAS.

Orang-orang suruhan pakatan rakyat ini juga turut menggunakan alasan kononnya dengan pengunduran Haji Hadi Awang maka PAS akan boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu ekoran krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Pakatan rakyat perlu tahu bahawa rakyat tidak “buta”. Mereka tahu bahawa pakatan rakyat hanya cuba mempergunakan PAS sesuka hati mereka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah PAS. Sikap menghalalcarakan apa sahaja demi matlamat kerakusan kuasa tanpa batasan bakal menjadi “kain kapan” pakatan rakyat itu sendiri.

Mereka lupa bahawa Malaysia masih lagi mengekalkan nilai ketimuran dan kelembitan dalam berpolitik. Sikap terlalu agresif dan melampau pakatan rakyat akan membuatkan rakyat makin meluat dengan agenda politik mereka. Semakin kuat mereka menganiaya Haji Hadi Awang maka semakin jauh lah sokongan ahli PAS dan orang Melayu terhadap pakatan rakyat.

Selain daripada itu, pakatan rakyat turut menggunakan alasan Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas. Tambahan pula kesihatan Hadi juga tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Percanggahan pendapat yang makin ketara diantara pakatan rakyat dan Hadi Awang lah merupakan sebab utama mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan beliau. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen. Oleh itu mereka dilihat mahu menukar pemimpin tertinggi PAS sebagai cara untuk terus menguasai parti itu. Oleh itu ahli PAS sendiri lah yang perlu menyelamatkan PAS dari terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Nasib mereka di dalam tangan mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pemuda PAS Mahu SIS Diharamkan !!

31 Oktober 2014 - Pemuda PAS menyelar kebiadaban NGO Sister in Islam yang didakwa mencabar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan kumpulan yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme.

Timbalannya Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa tindakan NGO itu mencabar institusi Raja Melayu dan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. 

Dalam kenyataanya, beliau juga mendakwa NGO itu menyebarkan Islam secara terpesong tanpa sumber-sumber hukum yang nyata.

“Tindakan SIS itu mencabar institusi Raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan Negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Pemuda PAS menyokong dan berdiri teguh bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam keputusan ini dan merasa kesal atas keengganan SIS untuk akur dengan keputusan tersebut seterusnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan,” katanya.

Khalil mengulas laporan media berhubung tindakan SIS yang memfailkan permohonan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencabar fatwa yang mengharamkan pihak yang “mengakui berfahaman liberalisme arau pluralisme agama.”

Anak lelaki kepada presiden PAS itu berkata parti itu tegas menolak liberalisme dan pluralisme apabila muktamar pada 2009 meluluskan usul PAS Shah Alam yang meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan NGO itu.

Khalid berkata tindakan SIS mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam.

“Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat.

“Kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat supaya berwaspada dengan agenda pihak tersebut yang didakwanya sewenang-wenang mentafsir dan membentuk amalan bertentangan Islam.

“Sentiasalah merujuk para alim ulama dalam perkara ini kerana kita tidak hanya akan hidup di dunia,” katanya.

Dipetik daripada – Malaysiakini.com

"Orang UMNO Takkan Faham Tahaluf Siyasi Kami", PAS


stupid brain 

11 November 2014 - Kata-Kata ... “Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami” – itu adalah ungkapan yang penulis terbaca di dalam applikasi Whatsapps yang dianggotai oleh rakan-rakan sekolah penulis. Tidak perlulah penulis lebarkan kisah perdebatan ini. Cukuplah untuk kita sama-sama fikirkan, agar kita dapat memahami apa itu tahaluf siyasi cernaan PAS.

PAS kerusi terbesar di DUN Selangor, tetapi PKR yang menduduki kerusi menteri besar.

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

2 ADUN PAS ingkar dengan keputusan Majlis Syura PAS demi Wan Azizah. 

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Iszuree Ibrahim telah dipecat oleh Lim Guan Eng daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang akibat mengkritik dasar kerajaan negeri yang enggan menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang. 

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Lim Guan Eng telah menyaman Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Tantawi kerana mendedahkan tentang penyelewengan serta pembohongan dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Karpal Singh, pada 2013 pernah meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu. PAS bagaimana? 

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

“Solidariti4Presiden” telah dikecam oleh sekutu PAS melalui laman-laman media sosial

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Lim Guan Eng dakwa wujud “parti cakap tak serupa bikin”. 

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

PAS tidak pertahan kalimah Allah

“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Apa yang penulis nyatakan diatas adalah sebahagian daripada perincian terhadap peristiwa-peristiwa di dalam kalendar politik sebelum kita memuktamadkan pengertian tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh PAS.

Dan sesungguhnya penulis sudah jelas, terang dan nyata akan pengertian maksud berpandukan perincian-perincian tersebut. Memang sukar untuk memahaminya, tak tercapai dek akal. Perghhh….

Anda dibenarkan untuk menambah perincian lain, dan jangan lupa untuk membuat kesimpulan apa yang anda faham tentang tahaluf siyasi ala PAS ini.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

RMK-10: Sabah dapat RM11.115b – Shafie Apdal


SHAFIE APDAL 

KUALA LUMPUR 28 Okt.Sabah adalah antara negeri yang paling banyak mendapat peruntukan pembangunan prasarana iaitu sebanyak RM11.115 bilion telah disalurkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sehingga RMK-10.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Parlimen Libaran merupakan antara kawasan yang mendapat limpahan peruntukan iaitu sebanyak 274 projek telah dibangunkan dengan menelan belanja RM149.48 juta.


Menurut beliau, program pembangunan tersebut melibatkan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa dan projek pembangunan bekalan air di pedalaman.

“Senarai projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah melalui proses konsultansi dengan kementerian.

“Kementerian sentiasa komited dalam menyediakan prasarana yang lengkap bagi memberikan kehidupan yang sempurna kepada penduduk-penduduk di luar bandar,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shafie berkata, tumpuan pembangunan Kerajaan Pusat di Sabah turut meliputi program memperkasa modal insan contohnya pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan kos RM87.3 juta serta pusat GiatMara membabitkan perbelanjaan RM3.1 juta di Libaran.

“Bagi tempoh pelaksanaan program-program prasarana asas luar bandar yang bermula tahun 2010 sehingga kini, satu majlis hari terbuka yang telah dihadiri pemimpin-pemimpin Pusat dan Sabah telah diadakan pada 21 hingga 22 Januari 2010 di Kota Kinabalu.

“Majlis ini bertujuan memaklumkan kepada umum akan perancangan, pelaksanaan projek-projek yang sedang dan akan dibuat khusus untuk negeri Sabah,” katanya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Jentayu Danaraksa Perlu Dedah Pelan Selamatkan AS Kepada Umum


11 November 2014 - Agak mengejutkan apabila sebuah syarikat swasta, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, yang baru didaftarkan pada September 2014, tiba-tiba begitu berani menyuarakan hasrat untuk mengambil alih beberapa jabatan yang dikenal pasti sebagai “profit maker”.

Jabatan dan kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), syarikat penerbangan Firefly, MAS Engineering dan beberapa transaksi penting yang lain mahu diambil alih oleh syarikat berkenaan di atas nama “kerjasama”?

“Kerjasama” atau “menangguk di air yang keruh”?

Dalam satu kenyataan di akhbar baru-baru ini, syarikat berkenaan dikatakan menghantar satu cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAS template
 
Syarikat berkenaan mendakwa mereka mampu “menghidupkan” MAS kembali gagah di persada dunia dan lebih mengejutkan, mereka mendakwa mampu “menyelamatkan” semua 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu yang akan diberhentikan.

Sedangkan, perancangan Khazanah sebelum ini pun ada menekan dan mengambilkira kesinambungan kebajikan secara holistic kepada 6,000 pekerja ini.

Sekali dengar, ianya bagaikan sebuah cerita “fairytale”. Segalanya indah dan mudah-mudah belaka. Apatah lagi syarikat berkenaan mendakwa bekas CEO pertama MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kini bersama Jentayu Danaraksa.

Saya mengucapkan terima kasih dan agak “kagum” dengan cita-cita besar syarikat swasta itu. Cuma pada pandangan saya, syarikat berkenaan perlu “cermin diri dulu” sebelum mengambil alih sebuah syarikat yang membawa maruah negara di serata dunia selama ini.

Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Ogos 2014 dan didaftarkan pada September 2014, yang baru berusia dalam sekitar dua bulan lebih , tiba-tiba mendakwa mampu “menyelamatkan” sebuah syarikat multibilion seperti MAS?

Dalam status yang masih “bayi” yang mentah berumur “dua bulan lebih”, apakah syarikat berkenaan mempunyai “track record” atau pengalaman yang meyakinkan rakyat Malaysia untuk “menyelamatkan” MAS?

Umpamanya, sebuah sampan baharu yang dikemudikan oleh beberapa orang jurumudi berpengalaman, apakah ia mampu menyelamatkan sebuah “cruise” yang memuatkan 10,000 orang dalam keadaan berlubang di sana-sini dari karam ke dasar lautan?

Soalnya, Khazanah sebelum ini telah mengambil langkah berani dengan mendedahkan rancangan penstrukturan semula MAS yang mendapat sokongan dari Perdana Menteri, Kerajaan, pakar-pakar industri penerbangan dan termasuk kesatuan-kesatuan kakitangan MAS.

Jadi, kenapa tidak syarikat berkenaan berkongsi cadangan dan bentangkan pelan pemulihan mereka yang kononnya lebih “cantik dan indah” itu? Mengapa pula bila ditanya media, syarikat berkenaan memberi alasan “masih awal untuk didedahkan?

Pada pandangan saya, MAS atau khazanah tiada masa untuk menunggu alasan “masih terlalu awal” memandangkan syarikat penerbangan itu sedang “nazak” dan tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkannya.

Lagipun, berapa modal yang syarikat itu ada untuk “selamatkan” MAS dari terus rugi? Perlu diingat, operasi MAS sekarang khabarnya menelan belanja hampir RM5 juta sehari, perlu bertahan lama, maju dan kembali mencatat keuntungan semula dalam tempoh 3 tahun. Boleh?

Bercakap memang mudah. Merancang diatas kertas sahaja, budak sekolah rendah pun mampu tulis dalam folio mereka. Namun perlu diingat, sebuah syarikat penerbangan yang menjadi “duta” kebanggaan negara tidak wajar diperjudikan sedemikian rupa.

Saya memandang tinggi niat Jentayu Danaraksa. Namun tolonglah dedahkan perancangan dan pelan syarikat itu untuk memulihkan MAS kepada umum. Lagipun, Khazanah telah menyatakan mereka berlapang dada untuk mendengar sebarang cadangan yang lebih baik seandainya ada, bukan?

Cuma saranan saya, pastikan pelan pemulihan itu lebih baik dan benar-benar meyakinkan. Risau juga jika nanti Kerajaan pula sekali lagi terpaksa campurtangan untuk selamatkan MAS sekiranya pelan “lebih baik” itu tidak berhasil, bukan?

Peribahasa pisang tidak berbuah dua kali memang tidak lagi laku dalam usaha menyelamatkan MAS.

Bukan apa, sudah tentu rakyat Malaysia risau jika pelan pemulihan syarikat swasta itu hanya “indah khabar dari rupa”. Kalau gagal nanti, dibuatnya mereka jual syarikat penerbangan negara itu pada Singapore Airlines, di mana mahu diletak maruah negara ketika itu?

Setahu saya, syarikat swasta selalunya “profit oriented” saja, kan? Takkanlah syarikat itu bersifat “kebajikan” pula, kan? Wajarnya, dedahlah rancangan yang hebat itu pada umum, berani?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

DAP Yang Mahu Hadi Diundurkan



mat-sabu
 
11 November 2014 - KATANYA sekarang ada usaha untuk menyingkirkan Presiden PAS, Hadi Awang dari jawatannya itu kerana kononnya dek sebabkan dia, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tak berapa nak elok. 
 
Melihat kepada banyak kenyataan kebelakangan ini, nampaknya yang tak suka sangat Hadi dalam PAS ini adalah DAP – merujuk kepada kenyataan Guan Eng dan beberapa orang yang lain. Malah PAS Perak kelmarin mengalu-ngalukan kewujudan parti serpihan PAS, PasMA dan yakin PasMA mampu ganti PAS dalam Pakatan.

Jadi bolehlah disimpulkan disini bahawa DAP sudah sampai ke tahap boleh menentukan siapa akan jadi Presiden PAS atau tidak, bahaya betul tu. Jelaslah disni siapa sebenarnya tuan dan siapa sebenarnya hamba.

Penulis minat nak tau apa agaknya komen balaci-balaci PAS, suka ke hangpa semua jadi balaci DAP? Hari ini Presiden dia tentukan siapa patut duduk jawatan itu, besok, siapa jadi Mursyidul Am, siapa duduk Majlis Syura pun DAP akan tentukan juga.

Atau PAS disingkirkan dari Pakatan, macamlah Pakatan ini pertubuhan rasmi.

Perkara ini nampaknya bercanggahan dengan janji menubuhkan Pakatan dulu untuk tidak masuk campur dalam urusan parti-parti komponen. DAP nampaknya sudah jadi terlalu besar dan PAS yang paling kecil antara 3 parti ini, perlu menurut, ke tahap menyingkirkan Presiden mereka sendiri.

Begitupun, penulis rasa DAP sengaja taknak faham organisasi PAS. Kuasa sebenar dalam parti ini bukannya Presiden tapi Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama dimana Mat Sabu tidak layak mendudukinya kerana fahaman mazhab berbeza.

Ganti Hadi belum tentu selesaikan masalah selagi Majlis Syura Ulama berkuasa.

Agak-agaknya bilakah akan sampai masa sehinggga DAP sampai ke tahap itu – menentukan siapa yang wajar duduk dalam Majlis Syura atau paling dahsyat, membubarkan Majlis Syura, cukup dengan Jawatankuasa PAS Pusat menjadi badan tunggal tertinggi dalam parti itu.

Begitupun isunya sekarang, DAP sudah sampai ke tahap boleh menentukan siapa patut jadi Presiden PAS, dahsyat tak dahsyat. Lama cakap dah, penyokong PAS ni bukan cerdik pun.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Relevankah Lagi Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan

10 November 2014 - BEBERAPA perkembangan dalam negara berkaitan Islam mutakhir ini menimbulkan persoalan, apakah status Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan negara kita masih relevan? 

Kalau lelaki Islam berpakaian dan berperwatakan seperti wanita pun dianggap bukan kesalahan (walhal jelas berlawanan dengan Islam), penulis rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan negara kita, dimana-mana. Penulis tak rasa perlembagaan kita bermasalah, tapi orang yang menafsirkannya.

Menurut sumber, enakmen melarang lelaki berpakaian dan berperwatakan seperti wanita ini bukan sahaja menepati hukum tapi lebih pentng lagi, praktikal untuk dilaksanakan serta dikuatkuasakan. Sama seperti lelaki memakai emas juga, hukumnya salah, tapi dari segi penguatkuasaannya, sukar, berbanding jantan yang pakai bra dan gaun untuk tujuan yang entah apa.

Lagipun menurut sumber berkenaan, takde sebab untuk lelaki memakai pakaian wanita seperti bra. Untuk apa lelaki pakai bra, bukan ada apa yang nak ditampung kat dada nun.

Kata sumber berkenaan lagi, dari segi penguatkuasaan ia sama seperti yang lain, bergantung kepada laporan. Tidak ada laporan bermaksud, tidak ada kes yang boleh dibawa ke Mahkamah. Ini menjawab persoalan kenapa pelakon lelaki berpakaian seperti wanita di TV tidak dikenakan tindakan undang-undang,

Apa pun, pengajaran dari kejadian ini ialah, apa pun sistem dalam negara ini perlu diperkemaskan dan penjawat jawatan terbabit perlu dipastikan bersih dari pengaruh politik terutama sekali politik pembangkang. Kalau dalam sejarahnya pernah jadi calon pilihanraya parti pembangkang, janganlah diambil dia memegang jawatan itu.

Kalau dah terambil, dipastikan agar dia tidak memegang jawatan tinggi sehingga ke tahap dianggap boleh mencemarkan kesucian Islam dalam perlembagaan kita.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kiri Kanan Dihentam Tapi PAS Masih Berharap

9 November 2014 - KEBELAKANGAN ini banyak betul bukti yang menunjukkan bahawa PAS sebenarnya sudah disisih dari Pakatan Rakyat. 

(Nak kata dikeluarkan secara rasmi tidak boleh sebab Pakatan itu sendiri pertubuhan haram (tak berdaftar). Dia macam tandas awam juga, suka hati keluar dan masuk.)

Umpamanya, kenyataan Lim Guan Eng yang mempersoalkan Hadi Awang, tindakan memutuskan hubungan dengan PAS oleh DAP Sarawak serta ketiadaan PAS sepanjang kes Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Kalau dulu ada juga bayang-bayang Mat Sabu, sekarang ni, kelibatnya pun dah tak nampak lagi. Ada takde pun, kehadiran 3 ahli parlimen mewakili Lajnah ‘anak tuhan’ dalam parti itu menyokong kumpulan liberal SIS – ketika yang lain tidak berbunyi sepatah haram pun ke arah itu (menyokong SIS).
 
Setakat itu saja lah penglibatan PAS dalam event yang selamat dikatakan sebagai melibatkan Pakatan Rakyat, selainnya, PAS macam tak wujud dalam gabungan politik haram itu.

Tak tahulah kalau dalam sambutan Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan bagi meraikan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang mengatakan undang-undang syariah melarang lelaki berpakaian seperti perempuan sebagai berlawanan dengan perlembagaan, PAS akan turut serta.

Begitupun, secara umumnya penulis lihat penyokong bodoh – bodoh dibawah ini masih menyangka mereka sebahagian dari Pakatan. Walhal banyak yang berlaku menunjukkan PAS sudah disingkirkan dari Pakatan.

Menunjukkan, PAS sudah tidak ada kekuatan sendiri. Apa yang mereka ada hari ini, semuanya hasil kerjasama dengan PKR dan DAP walaupun ramai tak setuju dengan hakikat ini. Mungkin mereka tak sedar bahawa sumbangan PAS dalam Pakatan setakat meramaikan dan buat benda bodoh dalam perhimpunan haram anjuran Pakatan Rakyat saja, tak lebih dari itu.

Sebab itulah agaknya,  di sebalik segala apa yang berlaku, PAS nampaknya masih berharap. Tak tahulah sampai bila semua ini kepura-puraan ini akan berterusan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Mentafsir dan Memahami Pemikiran Melayu DAP

2 November 2014 - Kritikan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang luar biasa atau asing. Mana-mana Perdana Menteri Malaysia berhadapan dalam situasi yang sama kerana manusia lebih percaya kepada kritikan yang buruk daripada pujian yang baik. 

Setiap kritikan sudah tentu berhak dianalisis dan dicabar kerana tidak semestinya apa yang ditulis oleh pengkritik dianggap sebagai sesuatu yang muktabar biarpun pengkritik mungkin mempunyai pendidikan bidang kritikan dan berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat. 

Dalam konteks inilah saya melihat tulisan Ahli Parlimen Raub (DAP) mengenai kepimpinan Mohd Najib dan Ekonomi Malaysia sebagai satu catatan karut marut berasaskan kepentingan partinya dan dendam tidak terpilih sebagai wakil rakyat BN bagi penggal kedua.

Dalam bahagian pertama tulisannya, Leadership and the Malaysian eCONomy-part 1, Mohd Ariff Sabri hanya melontarkan frasa-frasa retorik bagi memberi imej buruk kepada Mohd Najib tanpa sebarang pembentangan fakta.

I hope not everyone-and I further hope, not the majority of us are mesmerised by Najb’s PR gimmicks. His presentation of the yearly budget is fast becoming a yearly singsong. He is repeating some same stuff over and over again.

The more important issues like income distribution, the worsening level of education, the deterioration of domestic and external security, the scourge of corruption were hardly mentioned. He took time to sound silly by prodding the opposition. His budget speech is one boring rendition of some economists extended essay.

Dalam dua para pertama tulisan beliau bukan sahaja tidak menjustifikasikan kesimpulan yang dibuat, malah menunjukkan beliau langsung tidak mendengar ucapan, atau membaca teks, pembentangan Bajet 2015.

Dalam Bajet 2015, Mohd Najib jelas menggaris isu-isu melibatkan pendapatan rakyat, peningkatan kualiti pendidikan dan hal ehwal ketelusan.

Sekadar contoh, Bajet 2015 jelas memberi tumpuan kepada keselesaan rakyat apabila mengumumkan golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan manakala kumpulan berpendapatan rendah akan menerima subsidi secara langsung. 

Dalam bidang pendidikan, memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk pembinaan 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh. Dari peruntukan tersebut, RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik. 

Apakah ini bukan usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara? Lebih jauh kita boleh mempertikaikan apakah ukuran dan tanda aras yang digunakan oleh Mohd Ariff apabila mnegatakan sistem pendidikan kita berada dalam kedaaan nazak?

Saya tidak berniat mengulas setiap satu para tulisan Mohd Ariff kerana jelas beliau tidak menulis berasaskan fakta tetapi kerana niat jahat mahu memburukkan kerajaan sedia ada sahaja. 

Rakyat boleh menilai sendiri pandangan ahli Parlimen DAP ini dengan kandungan Bajet 2015

Mohd Ariff juga membuat kenyataan tidak benar apabila menulis 

He is now compared to president Jokowi of Indonesia and is seen as inadequate. That’s humbling to us Malaysians. Jokowi was a furniture trader. Najib is a scion of an aristocratic family, the product of British education, yet pales in comparison with wak Jokowi?

There you are- all this time one compares him with the milieu composed of pedestrian village folks, or people coming from less privileged family background who are crude in mannerisms, less cosmopolitan- he on the other hand coming from a pedigreed background; that alone made him appear ‘special’. But once he is compared among equals, not linked to the same cultural background, the real Najib stands out. Ineffectual, intellectually less rigorous, muddled thinker.

Saya belum berjumpa mana-mana iklan mahu pun kenyataan propaganda cuba menyamakan Mohd Najib dan Jokowi. Oleh kerana Mohd Sabri sendiri tidak mempunyai sebarang bukti kecuali menulis secara merepek mengenai isu ini maka sukar untuk kita menerima idea beliau ini.

Mohd Najib tidak memerlukan imej Jokowi kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai imej tersendiri. Sebelum Jokowi muncul lagi Mohd Najib sudah menjadi pemimpin politik penting negara ini. Yang saya lihat terhegeh-hegeh berbaju batik ala Jokowi sekarang ini berada naik turun Mahkamah Persekutuan.

Dalam bahagian pertama tulisannya juga Mohd Ariff yang kononnya lulusan ekonomi Universiti Malaya langsung tidak memberi sebarang indikator keruntuhan ekonomi negara seperti yang mahu beliau yakinkan kita.

Mohd Ariff juga mendakwa,
After 5 years, the country has not transformed into what the various acronyms promised. The country is divided along racial, religious, and social lines; the security of this country breached so many times. We have millions of foreign paid security workers guarding our housing estates and commercial premises; the economy has grown at non extraordinary rates, public debt has risen, household debt has grown to astronomical levels, religious bigotry and pettiness are on the rise. What has Najib done?

Sekali lagi kita tertanya-tanya, apakah indikator atau ukuran kegagalan Mohd Najib. Memang benar dakwa Mohd Ariff negara ini terpecah oleh arus perkauman, agama dan garis sosial. Soalnya mengapa ia jadi sedemikian? Adakah kerana salah Mohd Najib atau salah Melayu seperti beliau yang “menjual agama dan bangsa” dengan menyertai DAP?

Mohd Ariff hilang arah apabila mendakwa kewujudan jutaan pekerja asing bagi sektor pekerja keselamatan di kawasan perumahan dan komersial tanda kelemahan ekonomi Mohd Najib. Ini merupakan tafsiran songsang dan tidak realistik. 

Ini kerana saya juga berhak mentafsirkan bahawa kewujudan ramai pekerja asing dalam sektor bawahan seperti ini bermakna rakyat Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik di sektor lain dengan imbuhan yang lebih tinggi. Ini disokong oleh fakta pengangguran Malaysia sekarang ialah pada kadar 2.7% sahaja. 

Sudah tentu sebagai bekas graduan ekonomi Mohd Sabri mengetahui bahawa pada kadar pengangguran seperti ini merupakan satu “syurga pekerjaan” kepada rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai “full employment” atau “zero unemployment” dalam konsep ekonomi.

kadarpengangguran
Negara yang mempunyai kadar pengangguran sekitar 3-4% telah dianggap sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang baik atau sihat. Bayangkan Malaysia melebihi kadar ekonomi sihat ini. Dalam kadar pengangguran sekitar 2.7% ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu bekerja boleh bekerja. Pengangguran di Malaysia adalah pilihan bukan kerana terpaksa.

Justeru saya berasa teramat hairan bagaimana orang yang kononnya lulusan ekonomi boleh menyatakan ekonomi kerajaan pimpinan Mohd Najib berada dalam keadaan nazak dan teruk?

Begitu panjang beliau menulis, hakikatnya semua perkara yang dilontarkan tidak lebih daripada “smear campaign” dan “character assination” ke atas Mohd Najib tanpa sebarang penjelasan yang logik mahupun bersandarkan fakta yang boleh diterima.

Mohd Ariff juga mengemukakan idea yang bertentangan satu sama lain apabila menyatakan 

“So? So he can’t grasp the bigger picture of nation building which requires more democracy where it is needed, order when it is appropriately required, corruption free civil service, the absence of which has created a group of government-rich coterie. Ever wonder how some ex high civil servants after retirement can own houses costing RM7-8 million?

Some tough measures are needed to tackle things like open defiance of the supremacy of the nation’s laws. For example when JAKIM people refused order from our civil laws which stemmed from the supreme laws of this nation, Najib should have these people arrested. Not doing so, has created uncertainty over the laws of this nation. This is not an Islamic state- I am sorry to say this to my Muslim brothers in Malaysia.

Pada satu ketika beliau menyarankan Mohd Najib memperomosi demokrasi yang lebih luas, namun pada para seterusnya beliau menyarankan Mohd Najib patut menangkap pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang enggan menerima arahan daripada Mahkamah Sivil.

Bukankah saranan Mohd Ariff agar Mohd Najib seorang Perdana Menteri campur tangan dalam pertikaian Mahkamah Sivil dan Syariah dan menangkap orang tertentu melanggar batas demokrasi negara ini yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman?

Mohd Ariff juga mahu Mohd Najib mengambil tindakan ke atas pelbagai pihak yang tidak selari dengan pandangan liberal Melayu seperti beliau dan rakan-rakan dalam DAP. Mungkin bagi DAP, demokrasi bermaksud mereka bebas berkata apa sahaja dan orang lain yang harus disekat.

Mohd Ariff sendiri gagal menentukan batas-batas kritikan sebelum menulis kritikan menyebabkan tulisan beliau tidak lebih daripada leteran politik kosong semata-mata.
Harapan kita supaya Mohd Ariff hentikanlah menjual maruah agama dan bangsa kepada DAP!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tahap Pemikiran Sampah dan Sikap Mahasiswa UM Berbanding Mahasiswa di Thailand

26 Oktober 2014 - Pagi ini ada gambaran menarik yang menumpukan fokus saya terhadap laporan berita mengenai kegiatan mahasiswa. Satu kisah di Thailand, satu lagi di Malaysia. Kedua-keduanya bersifat perjuangan atas perkara yang berbeza.

Di Thailand ratusan pelajar Muslim berkumpul di masjid utama di Pattani semalam bagi memperingati ulangtahun ke-10 peritiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai.

TAK_BAI_ANNIVERSARY_THAILANG_AFP_251014-653x463
Pada 25 Oktober 2004, kira-kira 2000 orang mengadakan berkumpul di hadapan balai Polis Tak Bai membantah penahanan enam orang lelaki yang dikatakan pemimpin gerakan pemisah.

Dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan, 85 orang terbunuh, sebahagian besarnya ketika sudah berada dalam tahanan tentera.
The detainees were then stacked atop one another in trucks and transported to Inkayut Military Camp in Pattani Province. The drive took five hours, and by the time the trucks arrived at the destination, 78 detainees had died from suffocation or organ collapse.

Konflik tersebut mengorbankan 6,000 nyawa dalam sedekad di kawasan majoriti Muslim selatan, di mana pihak pemisah sedang berjuang untuk autonomi daripada kerajaan Thai.

um_student_leader_fahmi_zainol_5
Di Universiti Malaya, Malaysia Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sedang berhadapan dengan kemungkinan tersingkir dari universiti apabila beliau mahu meneruskan program haram bagi menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat.

Themalaysianinsider.com memetik Fahmi sebagai berkata “Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.

“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.”

Ketika saya menghormati dan mengkagumi mahasiswa Islam di Selatan mengadakan himpunan aman mengingati peristiwa kematian lebih 85 orang tersebut, perkara yang sama sukar saya terjemahkan dalam memahami pemikiran pemimpin mahasiswa “alma mater” saya ini.

Saya fikir ada sesuatu yang janggal dan luar biasa dengan Universiti Malaya jika selepas puluhan tahun menjadi universiti terkemuka negara, para pimpinan mahasiswanya masih gagal memahami perbezaan antara kebebasan bersuara dengan usaha mencampuri urusan keadilan dan Mahakamah.

Apa yang mahu dianjurkan bukan satu majlis diskusi akademik yang terbuka, telus dan bebas seiring dengan wacana keilmuan menara gading. Sebaliknya, Mahasiswa cuba mengadakan majlis untuk mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.

Apa yang mahu dianjukan bukan program bersifat mencari ilmu, tapi penganjur telah menyatakan Mahkamah negara ini tidak adil dan memanggi orang yang dituduh mempertahankan dirinya secara sebelah pihak tanpa mengambil kira bukti, saksi dan fakta kes. Apakah ini bentuk kebebasan akademik yang dilaung-laungkan?

Bayangkan adakah majikan yang mahu mengambil graduan Universiti Malaya bekerja pada masa hadapan jika pemikiran Fahmi ini menjadi tanda aras kebolehan berfikir mereka?
Saya percaya ramai yang bijak pandai dan matang di dalam Universiti Malaya ini.

Malangnya mereka telah melantik “sampah” sebagai pemimpin, maka stigma tersebut mungkin memberi kesan kepada mereka suatu hari nanti.

Buat masa ini itulah perbezaan pemikiran besar mahasiswa kecil di Pattani dengan pemikiran sampah mahasiswa dari universiti terkemuka Malaysia.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini

20 Oktober 2014 - Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.

Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu itu.

Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini. 

peganganjing 
Yang menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami. 

Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing sesuka hati. 

Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.

Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing bagi mengubah tabiat buruk orang Islam. 

Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing sama ada secara fizikal atau mental.

Justeru apakah tujuan kempen ini?
 
Alasan kempen ini kononnya untuk mendidik orang Islam megenai cara menyayangi anjing sebagai binatang ciptaan Allah adalah alasan dangkal yang diterima bulat-bulat oleh pentadbir MAIS.

Kempen ini bukan mahu memberitahu orang Islam mengenai anjing, tetapi lebih kepada mahu meruntuhkan sempadan moral orang Islam di negara ini. 

Satu demi satu sempadan moral dan akal orang Islam di negara ini diruntuhkan seperti mana mereka mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam bible bahasa Melayu, dan menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin nombor satu (lihat penyertaan Melayu bertudung dalam DAP) dan kebebasan menukar agama Islam kepada agama lain sesuka hati adalah hak asasi. 

Apabila menonton sandiwara “I want to touch a dog” semalam, ia menunjukkan betapa mudahnya Melayu Islam di negara ini, termasuk ustaz-ustaz di Mais, dimanpulasi dan ditipu oleh orang lain semata-mata kerana mahu menunjukkan Islam itu agama yang “cool”. 

Berselindung di sebalik slogan “Islam itu mudah”, “Islam itu sayang semua binatang”, “semua binatang itu ciptaan Allah”, kumpulan ini berjaya meruntuhkan satu lagi sempadan moral orang Islam di negara ini.

Kejayaan mereka menjadikan sebahagian orang bertudung seumpama zombie dan memeluk anjing secara terbuka untuk diambil gambar oleh kaum Cina wajar diberi tabik hormat. Di Selangor hari ini lebih mudah memegang dan memeluk anjing dari berpoligami. Itulah makna Islam di Malaysia hari ini.

Jika benar MAIS merestui program ini, maka MAIS hari ini pilihlah sama ada mahu menjadi “anjing tiada bercawat ekor” (sesuatu yang hina dan tiada berguna) atau membuang diri menjadi seperti “anjing bercawat ekor” (Pergi atau menghindar kerana malu dan terhina).

anjingsakit

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bila Lawak Zahid Dianggap Serius, Ambiga Pun Jadi Bodoh


25 Mei 2014 - Mendengar kenyataan bekas pengerusi bersama BERSIH, Ambiga Sreenevasan, malam tadi bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya menimbulkan belas kasihan penulis kepada wanita ini. Setelah berpuluh tahun tinggal di Malaysia beliau tidak boleh memahami bahasa Melayu dengan baik dan gagal mengerti lenggok ucapan dalam bahasa Melayu.

Semalam Ambiga bertanya, “bagaimana Zahid tahu mengenai undian? Undian sepatutnya rahsia. Saya boleh beritahu berapa banyak kesalahan yang telah zahid lakukan, tapi apakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan bertindak?”
["How can he (Zahid) know about the votes? Votes are supposed to be a secret. I can tell you many offences were committed today (Saturday), but will the EC act?]
Ternyata Ambiga tidak faham lenggok jenaka dan sindiran dalam ucapan Zahid kepada pasukan RELA dua hari lalu yang menyatakan:
“saya tahu siapa yang mengundi dan siapa yang tidak mengundi.”
Semua orang yang mendengar gelak ketawa sahaja bukanya terus menjadi takut atau berubah air muka. 

Namun jika Ambiga mahu mengatakan ia merupakan ugutan serius dari Zahid, kita mahu bertanya di mana salah mengethaui siapa yang mengundi dan siapa yang tidak mengundi? Yang rahsia adalah undi siapa bukan pergi mengundi. 

Sesiapa yang keluar mengundi bukan rahsia kerana pegawai Pilihan Raya di tempat mengundi perlu memotong nama dan mengumumkan secara kuat di hadapan wakil calon atau wakil parti bertanding setiap kali seseorang masuk mendaftar mengambil kertas undi.

Jadi akta kesalahan pilihan raya yang mana yang Zahid lakukan bila bercakapa demikian?
Jangan percaya kenyataan saya bahawa Zahid bercakap dalam nada bergurau. Lihat laporan Malaysiakini.com di bawah. Mereka sendiri menganggap Zahid berjenaka.:
“Jangan main-main dengan saya. Saya tahu siapa yang mengundi dan siapa yang tak mengundi,” katanya berjenaka sewaktu berucap di sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan.

Janji Zahid, sekiranya calon BN, Datuk Mah Siew Keong menang di Teluk Intan, semua anggota RELA yang belum dapat pakaian seragam baru akan diberikan seragam itu dengan segera.

“Kalau Datuk Mah Siew Keong menang di Teluk Intan, saya bagi dengan segera pakaian celoreng ini.

“Kalau kalah, beli sendiri,” kata beliau disambut hilai tawa dari kira-kira 2,000 hadirin yang sebahagian besarnya hadir dengan uniform RELA.
Sekali lagi kita cabar Ambiga beritahu di mana kesalahan Ahmad Zahid dalam ucapan tersebut. Sebagai peguam kita tertanya-tanya, Ambiga ini bodoh atau memang penyebar fitnah dan tukang pecah belah rakyat?

Dipetik daripada : www. mykmu. net