Tuesday, November 11, 2014
Jentayu Danaraksa Perlu Dedah Pelan Selamatkan AS Kepada Umum
11 November 2014 - Agak mengejutkan
apabila sebuah syarikat swasta, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, yang baru
didaftarkan pada September 2014, tiba-tiba begitu berani menyuarakan
hasrat untuk mengambil alih beberapa jabatan yang dikenal pasti sebagai
“profit maker”.
Jabatan dan kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB),
syarikat penerbangan Firefly, MAS Engineering dan beberapa transaksi
penting yang lain mahu diambil alih oleh syarikat berkenaan di atas nama
“kerjasama”?
“Kerjasama” atau “menangguk di air yang keruh”?
Dalam satu kenyataan di akhbar baru-baru ini, syarikat berkenaan
dikatakan menghantar satu cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Syarikat berkenaan mendakwa mereka mampu “menghidupkan” MAS kembali
gagah di persada dunia dan lebih mengejutkan, mereka mendakwa mampu
“menyelamatkan” semua 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu yang akan
diberhentikan.
Sedangkan, perancangan Khazanah sebelum ini pun ada menekan dan
mengambilkira kesinambungan kebajikan secara holistic kepada 6,000
pekerja ini.
Sekali dengar, ianya bagaikan sebuah cerita “fairytale”. Segalanya indah
dan mudah-mudah belaka. Apatah lagi syarikat berkenaan mendakwa bekas
CEO pertama MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kini bersama Jentayu
Danaraksa.
Saya mengucapkan terima kasih dan agak “kagum” dengan cita-cita besar
syarikat swasta itu. Cuma pada pandangan saya, syarikat berkenaan perlu
“cermin diri dulu” sebelum mengambil alih sebuah syarikat yang membawa
maruah negara di serata dunia selama ini.
Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Ogos 2014 dan
didaftarkan pada September 2014, yang baru berusia dalam sekitar dua
bulan lebih , tiba-tiba mendakwa mampu “menyelamatkan” sebuah syarikat
multibilion seperti MAS?
Dalam status yang masih “bayi” yang mentah berumur “dua bulan lebih”,
apakah syarikat berkenaan mempunyai “track record” atau pengalaman yang
meyakinkan rakyat Malaysia untuk “menyelamatkan” MAS?
Umpamanya, sebuah sampan baharu yang dikemudikan oleh beberapa orang
jurumudi berpengalaman, apakah ia mampu menyelamatkan sebuah “cruise”
yang memuatkan 10,000 orang dalam keadaan berlubang di sana-sini dari
karam ke dasar lautan?
Soalnya, Khazanah sebelum ini telah mengambil langkah berani dengan
mendedahkan rancangan penstrukturan semula MAS yang mendapat sokongan
dari Perdana Menteri, Kerajaan, pakar-pakar industri penerbangan dan
termasuk kesatuan-kesatuan kakitangan MAS.
Jadi, kenapa tidak syarikat berkenaan berkongsi cadangan dan bentangkan
pelan pemulihan mereka yang kononnya lebih “cantik dan indah” itu?
Mengapa pula bila ditanya media, syarikat berkenaan memberi alasan
“masih awal untuk didedahkan?
Pada pandangan saya, MAS atau khazanah tiada masa untuk menunggu alasan
“masih terlalu awal” memandangkan syarikat penerbangan itu sedang
“nazak” dan tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkannya.
Lagipun, berapa modal yang syarikat itu ada untuk “selamatkan” MAS dari
terus rugi? Perlu diingat, operasi MAS sekarang khabarnya menelan
belanja hampir RM5 juta sehari, perlu bertahan lama, maju dan kembali
mencatat keuntungan semula dalam tempoh 3 tahun. Boleh?
Bercakap memang mudah. Merancang diatas kertas sahaja, budak sekolah
rendah pun mampu tulis dalam folio mereka. Namun perlu diingat, sebuah
syarikat penerbangan yang menjadi “duta” kebanggaan negara tidak wajar
diperjudikan sedemikian rupa.
Saya memandang tinggi niat Jentayu Danaraksa. Namun tolonglah dedahkan
perancangan dan pelan syarikat itu untuk memulihkan MAS kepada umum.
Lagipun, Khazanah telah menyatakan mereka berlapang dada untuk mendengar
sebarang cadangan yang lebih baik seandainya ada, bukan?
Cuma saranan saya, pastikan pelan pemulihan itu lebih baik dan
benar-benar meyakinkan. Risau juga jika nanti Kerajaan pula sekali lagi
terpaksa campurtangan untuk selamatkan MAS sekiranya pelan “lebih baik”
itu tidak berhasil, bukan?
Peribahasa pisang tidak berbuah dua kali memang tidak lagi laku dalam usaha menyelamatkan MAS.
Bukan apa, sudah tentu rakyat Malaysia risau jika pelan pemulihan
syarikat swasta itu hanya “indah khabar dari rupa”. Kalau gagal nanti,
dibuatnya mereka jual syarikat penerbangan negara itu pada Singapore
Airlines, di mana mahu diletak maruah negara ketika itu?
Setahu saya, syarikat swasta selalunya “profit oriented” saja, kan?
Takkanlah syarikat itu bersifat “kebajikan” pula, kan? Wajarnya,
dedahlah rancangan yang hebat itu pada umum, berani?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment