Monday, October 17, 2011

Berangkatnya Mak & Mak Long ke Tanah Suci Mekah.....

Alhamdulillh, akhirnya saat dan ketika yang dinanti tiba. Ibu saya bersama dengan Mak Long saya akhirnya berjaya menunaikan hasratnya mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah setelah sekian lama membuat persediaan. Pelbagai fasa dan peringkat persediaan dilalui. Dan akhirnya pada 11 Oktober 2011, menerusi penerbangan KT34, jam 1.30 pagi (waktu Malaysia) ibu saya dan Mak Long saya berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Fardhu Haji.

Menjadi tetamu Allah sememangnya menjadi idaman setiap Umat Islam. Saya dengan ini selaku anakanda sulung ibu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang telah sama-sama memberikan sokongan sehingga terlaksananya kenduri doa selamat sebelum berangkatnya ibu dan Mak Long saya ke Tanah Suci. Begitu juga terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah berkesempatan hadir ke majlis kenduri yang telah diadakan pada 8 Oktober 2011 yang lalu.

Saya juga dengan ini tidak terlupa mengucapkan terima kasih buat Ustazah Hjh Rohani yang mengetuai kumpulan Najihatun Najah dan juga sahabat-sahabat ibu saya dan Mak Long saya yang telah menjayakan majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat pada hari yang sama. Terima kasih buat Cik Ton (sahabat karib ibu saya) yang banyak membantu segala persiapan ibu saya dan Mak Long saya, sesungguhnya hanya Allah juga yang dapat membalasnya.

Terima kasih tidak terhingga buat Tuan Hj Shamsudin Awaludin, Imam Masjid Paroi di atas kesudian mengetuai majlis tahlil arwah dan doa selamat dengan didorongi oleh para jemaah yang diketuai oleh En Atan (Nasuludin) Imam Surau An-Nur di dalam majlis berkenaan, dan akhirnya kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan kenduri tempohari.

Akhirnya bersamalah kita mendoakan agar Ibu dan Mak Long saya selamat di sana dan selamat kembali dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah. Semoga mereka beroleh Haji yang mabrur mudah-mudahan, insya Allah.

Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

Sekian dan Wassalam.


Tn Hj Shamsudin (Imam Masjid Paroi) mengetuai majlis tahlil dan doa selamatDi antara jemaah surau An-Nur, Kg. Panchor yang berkesempatan hadirSuasana di luar rumahDi bawah khemah jamuan...Suasana di surau sebelum keberangkatan ke Kompleks Tabung Haji di Kelana JayaSuasana di perkarangan Surau An Nur Sempat bergambar sebelum berlepas ke KLIA daripada Kelana Jaya



Ikhlas Nukilan :


Syamsul Amri bin Hj Ismail (Ketua Penerangan UMNO Panchor)





**** gambar-gambar penuh keseluruhan peristiwa keberangkatan Mak & Mak Long ke Mekah boleh dilihat menerusi www.keluargarais.blogspot.com.

Syukur, Mahkamah Batal Sapina Ke Atas Perdana Menteri


Penulis benar-benar percaya yang Mahkamah di Malaysia memang adil dan tidak mudah termakan dengan agenda politik mainan Pakatan, terutama sekali Anwar Ibrahim. Cukup-cukuplah perbicaraan yang sebegini mudah memakan masa sehingga menjengah 3 tahun untuk saksi pertama memberikan keterangan.


Keadilan itulah yang ditejermahkan dalam keputusan petang tadi bila mana Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk memanggil Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi.


Memang dari awal pun seluruh rakyat Malaysia melihat Anwar sekali lagi cuba bermain politik dengan mensapina Perdana Menteri. Proses sapina yang sepatutnya digunakan untuk mencari keadilan, disalahgunakan oleh Anwar untuk bermain politik busuk yang tak berkesudahan.


Dendam Anwar kepada Perdana Menteri pun bukan suatu rahsia umum. Sudah macam-macam yang cuba dibuat Anwar untuk memalukan Perdana Menteri dengan penciptaan kisah-kisah sensasi yang tidak masuk akal. Dari pembunuhan model Mongolia sehingga kepada pembelian peralatan pertahanan.


Hakim Datuk Zabidi Mohamad Diah memang benar apabila membuat keputusan bahawa Anwar gagal menunjukkan dimana relevannya memanggil Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi.


Hanya sebab pengadu bertemu dengan Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) 2 hari sebelum kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26hb Jun 2008, ia bukanlah satu perkara ’kuat’ kenapa Perdana Menteri perlu memberi keterangan di mahkamah.


Pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar ialah tuduhan meliwat Saiful Bukhari pada tempat dan masa yang disebutkan di dalam pertuduhan. Benda-benda lain itu tidak berkaitan. Bukan Perdana Menteri atau sesiapa yang meletakkan sperma Anwar di dalam dubor Saiful tapi Anwar sendiri, jadi peliknya kenapa nak panggil Perdana Menteri pulak?


Perdana Menteri juga tidak ada kaitan dengan proses tangkapan dan pengesahan forensik ke atas sampel dari dubor Saiful.


Dan fakta paling penting yang kita semua perlu tahu, sebelum 26 Jun 2008, Saiful sudah diliwat Anwar beberapa kali pun. Yang 26hb itu buktinya masih ada lagi dan terpelihara dengan baik, maka itulah tarikh keramat itu saja yang dinyatakan dalam pertuduhan. Takkan itupun Anwar tak boleh nak pertahankan diri kalau benar tak bersalah?


Begtu juga dengan soal-soal lain yang berkaitan. Ada beberapa orang lagi yang ditemui Saiful sebelum lapuran polis dibuat, kenapa Perdana Menteri saja yang dipanggil untuk memberi keterangan?


Penulis jangka, semua inilah faktor-faktor yang mendorong Hakim bicara untuk membatalkan sapina yang dipohon Anwar. Ia langsung tidak ada kaitan dengan takut dan sebagainya sebab memang dari segala segi pun Perdana Menteri dan isteri tidak terlibat dengan perbuatan liwat tersebut.


Sekarang tinggallah Anwar terkonteng-konteng untuk mempertahankan dirinya. Penulis diberitahu yang Karpal Singh sebagai ketua peguam bela pun sudah tidak berapa minat untuk mempertahankan Anwar kerana kenyataannya baru-baru ini yang menyokong hudud Nik Aziz.


Selamat masuk ke Bamboo River…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bajet 2012: Terima Kasih Datuk Seri Najib Dan Kerajaan BN!!


Maaf, maaf, maaf.


Penulis terlewat sedikit menulis berita bajet ini kerana perlu buat banyak analisa dan penelitian tentang input-input yang diberikan Perdana Menteri dalam pembentangan petang tadi (atau semalam semasa artikel ini disiarkan).


Berbeza dengan bajet Pakatan yang tak masuk dek akal, disamping tidak ada merit whatsoever untuk dilaksanakan, bajet nasional yang dibentang Perdana Menteri ini adalah yang realistik dan memberi menafaat sebenar kepada rakyat, bukan janji kosong dan berdegar-degar macam di pihak yang satu lagi.


Paling memeranjatkan penulis ialah kerajaan akan beri bantuan sebanyak RM 500 kepada keluarga berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah dan sudah pasti ini juga melibatkan penyokong Pakatan yang siang malam kerjanya mengutuk kerajaan tapi tang terima bantuan, semua pun sapu dan sanggup buat apa saja.


Betul-betul takde maruah.


Begitu juga halnya dengan harga-harga barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan lain-lain yang diberi peningkatan subsidi oleh kerajaan, semua rakyat pun menikmati. Semua ini adalah tambahan kepada subsidi sedia ada dalam bentuk subsidi petrol yang mencecah RM 16 billion.



Sekolah pun tak payah bayar yuran tahun depan, free. Ini adalah lanjutan daripada buku teks percuma dan sebagainya yang diberikan kerajaan BN sebelum ini. Faedah ini yang paling penting sebab rata-rata pun ada anak bersekolah dan berapa besar punya beban terlepas bila dengar pengumuman ini. Kalau ada yang kondem jugak, memang dasar tuli dan bebal, tak boleh buat apa.


Dalam diam kan, kali ini penulis rasa Perdana Menteri benar-benar buat keputusan yang tepat ke denyut nadi rakyat. Pakatan yang selama hari ini dok main isu, akan ternganga seketika dan merombak semua propaganda sedia ada berkenaan harga barangan ini.


Memang, semua pun wang yang dibelanjakan kerajaan dalam bajet kali ini adalah wang rakyat, termasuklah subsidi air yang diberikan Pakatan di Selangor (yang dibangga-bangga sangat dek para balaci), itupun dibiayai dengan duit rakyat juga.


Tapi yang penting tu bagaimana kerajaan menguruskan duit rakyat ini dengan baik dan memberi semula kepada rakyat dalam bentuk peningkatan subsidi dan faedah-faedah lain yang mampu menjana ekonomi.


Dan kalau dibandingkan dengan bajet bayangan Pakatan, jelas bajet Perdana Menteri lebih menarik disamping boleh dilaksanakan.


Penulis yakin Perdana Menteri sudah punyai formula bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga mendadak barangan keperluan. Termasuk diantaranya ialah mencari duit untuk membiayai semua subsidi ini tanpa membankrapkan kerajaan dalam masa yang sama. Penubuhan kedai 1Malaysia yang menjual barang keperluan lebih murah dari harga pasaran biasa adalah bukti kepada cakap penulis itu.


Banyak sebenarnya ‘hadiah’ dari Perdana Menteri kepada rakyat untuk kita semua menikmatinya. Penulis nak mengulas satu-satu disini pun hanya menambah kepada yang sedia banyak. Yang penting memetik mana yang lebih membantu rakyat dan mengulas dari segi politik.


Yang tidak kurang penting juga, Pakatan seperti biasa dijangka akan mengkondem semua usaha baik kerajaan BN walaupun dalam hal memberi menafaat kepada rakyat. Itu menunjukkan pembangkang di negara juta tiddak matang dari esegala segi. Tak kisahlah berapa berkebajikan pun bajeet itu.


Dalam dia kondem, tidak pula dia menghasut penyokongnya untuk menolak semua pemberian tersebut – macam yang penulis sebut di atas, tidak bermaruah.


Kesimpulan penulis, berapa bilion pun wang, berapa banyak pun projek pembangunan dan berapa ratus juta peruntukkan, soalan yang penting kepada semua rakyat jelata diakhir hari (end of the day) ialah ”Apa yang aku dapat?”, dan dengan pembentangan bajet Perdana Menteri semalam, jelas, semua rakyat menikmati buah tangan yang dijanjikan Perdana Menteri dalam bajet kali ini.


Syukur kepada Tuhan, Terima kasih Datuk Seri, Terima kasih BN, Terima kasih UMNO


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bajet 2012: Penjelasan Mengenai SAR


Bila PAS mula buka mulut, ketahuilah oleh pembaca semua yang 90% daripada sebab dia buka mulut ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan diri mereka lebih Islam dari yang lain. Banyak yang berubah, termasuk dari segi dasar perjuangan tapi konsep propaganda PAS yang satu ini masih tidak berubah, skema macam itu juga.


Bukanlah dia kisah benar dengan isu yang disensasikan itu. Yang penulis maksudkan ialah kecaman PAS ke atas Bajet 2012 sebab ketiadaan peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat.


Tak ke pelik? Dikala berjuta rakyat Malaysia sibuk bercerita di kedai kopi, laman sosial, laman sembang dan sebagainya mengenai pelbagai faedah yang diberikan kerajaan kepada rakyat dalam bajet 2012, PAS memilih untuk mensensasikan isu peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).


Sebab itu penulis kata PAS bukan lagi untuk semua rakyat Malaysia, mereka sudah kembali menjadi milik eksklusif orang Islam saja. Sementara pengurusan PAS ke atas orang Islam tidaklah sebaik mana, mereka sudah semakin hilang sokongan dari orang bukan Islam yang dulunya percaya PAS sudah berubah daripada radikal Islam kepada PAS For All.


Baiklah, kembali kepada isu SAR ini tadi.


Sebelum kita mula mengutuk atau menyokong soal ketiadaan peruntukkan kepada SAR, elok kita faham dari mana dan macam mana SAR boleh menerima peruntukkan dari kerajaan. Secara dasarnya SAR adalah sekolah agama persendirian, bukan dimiliki oleh kerajaan. Guru dan pengurusan mereka adalah dibawah pentadbir yang mereka adakan sendiri.


Kerana Sekolah kebangsaan tidak boleh menumpukan pembelajaran kepada agama Islam semata-mata, maka SAR ini mendapat perhatian ibu bapa yang menjadikannya sebagai tambahan kepada aliran sekolah kebangsaan sedia ada.


Atas kerana hebatnya sambutan orang ramai ke atas SAR ini, maka ramai lagi pengusaha yang melihat SAR bukan setakat medium pendidikkan malah sudah bertukar menjadi medium keuntungan. Akibat terlalu asyik mengejar keuntungan, nasib dan kualiti pelajaran semakin lama semakin berkurangan dan hampir mencapai tahap tidak berkualiti.


Disinilah timbul desakan agar kerajaan membantu institusi ini dari segi kewangan terutamanya bagi memberi peluang kepada anak-anak mendalami ajaran agama Islam dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan aliran sekolah kebangsaan.


Oleh itu, proses kawal selia dan peruntukkan SAR ini diletakkan dibawah Majlis Agama Islam negeri-negeri, bukan peringkat persekutuan. Bila peruntukkan bukan dari persekutuan, maka itu tidak perlu disebut dalam pembentangan bajet nasional.


Soal SAR ini bukan baru ya tuan puan. Kali terakhir ia menjadi sensasi ketika Tun Dr Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi apabila kerajaan menarik balik bantuan kepada SAR kerana ia telah disalah guna PAS untuk memperkasakan partinya dengan wang rakyat!!!!


Tapi kecenderungan memahami separuh fakta telah menyebabkan sebilangan rakyat tidak melihat isu ini dari sudut yang diatas sebaliknya dari sudut kerajaan menekan pengembangan agama Islam dikalangan kanak-kanak melalui sekatan ke atas peruntukkan kerajaan kepada SAR.


Pendeknya beginilah, peruntukkan untuk sekolah agama bantuan penuh kerajaan, sekolah mubaligh dan sebagainya berada dibawah Kementerian Pelajaran, maka itu bajet mengenainya disebut dalam pembentangan bajet 2012. Kalau pun dulu-dulu ia disebut dalam pembentangan Bajet nasional sebab seperti dikata peruntukkan kepada SAR pernah ditarik dan untuk mengembalikannya semula perlulah melalui diumum melalui pembentangan bajet nasional.


Bila dah dikembalikan, terserah kepada negeri-negeri untuk menguruskannya, nak buat apa sebut lagi dalam bajet kebangsaan? Jelas bukan, apa yang susah sangat nak faham? Tapi mengenangkan balaci pembangkang, PAS pula tu, soalan tersebut sudah dijawab dengan sendirinya.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bob Lokman Ditahan Jais, Tiada Tauliah Ajar Agama


Bob Lokman buat hal lagi. Tak habis-habis nak cetus kontroversi. Tidak cukup meninggalkan dunia hiburan yang padanya ‘melalaikan’ ini (sedang dia sendiri ‘kembang’ dengan hasil darinya) untuk menyertai parti PAS (konon nak cari keredhaan tuhan), kini dia ditangkap JAIS kerana mengajar agama tanpa tauliah.


Untuk jadi peguam paling minimum belajar 4 tahun. Untuk jadi doktor, minimum belajar 6 tahun. Tapi berapa lama masa diperlukan mendalami Islam sebelum masyarakat boleh iktiraf seseorang individu itu sebagai ustaz, layak mengajar agama dan sebagainya?


Pada pengamatan penulis lama, makan masa bertahun juga. Yang penting, tak cukup setakat masuk PAS dan ubah cara berpakaian.


Dulu bolehlah. Asal pakai serban dan boleh cakap arab sikit-sikit orang dah panggil ustaz, ber’ana’ dan ber’ente’. Zaman hari ini dah berubah dah. Tahap pendidikkan rakyat semakin tinggi dan tidak mudah tertipu dengan lakonan-lakonan semua ni.


Lebih lagi latar belakang bekas individu popular macam Bob Lokman mudah sangat untuk diperolehi, lagilah tak mudah rakyat nak tertipu. Apa kelayakannya, apa track recordnya, dimana dia mengajar dulu, apa yang diajarnya, semua ini persoalan yang perlu badan pengawal, macam di Selangor JAIS, untuk tentukan. Sebab itu ada surat tauliah.


Setakat nak bagi ceramah politik dan selang-seli dengan nyanyian syok sendiri, itu bolehlah diterima, tapi kalau sampai tahap nak mengajar agama, itu macam melampau sangat.


Sedangkan bekas mufti macam Dr. Maza pun pernah diambil tindakan sebab tidak punya tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Itu bekas mufti tu, apatah lagi Bob Lokman yang tak tahu hujung pangkal kelayakannya dalam bidang agama.


Penulis tak mahu sentuh peribadi Bob Lokman dulu, soal dia bergelumang dengan dunia hiburan dulu (yang kini dianggapnya ‘haram’), gagal mendidik anak dan sebagainya sebab pada penulis manusia hipokrasi macam ini berlambak dalam PAS.


Malah ada orang bahagian pendaftaran keahlian PAS maklumkan pada penulis, kalau individu tu tak hipokrit, tak cukup ‘haul’ untuk jadi ahli PAS (melawak saja).


Nasib baik Anwar tak masuk PAS setelah disingkir dari UMNO pada 1998, kalau tidak buta saja kita panggil dia Ustaz Anwar – tambahan kepada gelaran Syeikh Al-Jubori yang diangugerahkan Mat Sabu setahun sebelumnya. Macam mana nak panggil peliwat sebagai ustaz ya?


Tapi itu memang tarikan PAS zaman berzaman untuk menarik orang menyertai pertubuhannya, janjikan gelaran yang baik-baik sehingga ke tahap jaminan masuk syurga – pedulilah apa pun latar belakang orang tersebut sebelum masuk PAS.


Memang golongan rosak otak, tapi peliknya ramai yang percaya, Bob Lokman tidak terkecuali.


Penulis serahkan kepada pihak berkuasa agama JAIS (yang menang pertarungan dengan kerajaan Selangor dan PAS yang menyokong cubaan murtad orang Islam di DUMC), untuk menentukan tindakan terhadap Bob Lokman. Cuma yang penulis harapkan JAIS perlu dibenar bebas dalam menentukan tindakan, bukan atas campur tangan politik Pakatan, macam kes Mat Sabu ditangkap khalwat lebih 16 tahun dulu.


Dan yang penting, mesej kepada yang bercita-cita menjejaki tindakan Bob Lokman – jangan harap boleh mengajar agama kalau setakat masuk parti PAS.



Dipetik daripada : www. mykmu. net

DUMC: Isunya Bukan Titah Tapi Cubaan Murtad Memang Berlaku


Sebagai mukadimah, gambar diatas petikan twitter Edmund Bon, salah seorang peguam yang mewakili orang Islam yang cuba di murtadkan pihak DUMC dalam satu kejadian pada Ogos lepas – bukti, cubaan murtad memang berlaku dan gereja terbabit mendapat sokongan penuh PAS, DAP dan PKR yang memerintah Selangor (kecuali seorang).


Edmund Bon adalah seorang peguam pro Pakatan dan banyak mengendalikan kes-kes berkaitan pemimpin Pakatan, antaranya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dalam isu penderhakaan kepada Sultan Selangor.


Sengaja penulis sebut tu sebab sat lagi ada pulak kata Edmund Bon dibayar UMNO untuk menulis sedemikian dalam twitternya.


Malah, penulisan hari ini juga berkisar kepada penderhakaan yang bakal berlaku dalam isu DUMC ni lanjutan daripada titah baginda Tuanku sehari dua lepas.


Banyak pihak bagi pandangan berkenaan dengan titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharifuddin berhubung laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan dengan pemeriksaan (bukan serbuan) ke atas sebuah gereja yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam.


Apa pun pandangan, itu adalah hak masing-masing untuk bercakap tapi sebagai Ketua Agama bagi negeri Selangor, baginda Tuanku mempunyai tanggungjawab kepada isu-isu berkaitan Islam dalam negeri Selangor.


Disamping hak untuk menerima atau menolak penemuan yang disebut dalam laporan tersebut dan seperti mana yang semua sudah sedia maklum, baginda berpuas hati bahawa cubaan murtad memang berlaku dan JAIS bertindak betul apabila mengadakan pemeriksaan di gereja tersebut pada Ogos.


Tapi penulis lihat banyak pihak cuba mengalih tumpuan (dan sanggup menerima risiko tindakan undang-undang) apabila mempertikaikan titah Sultan berhubung dengan perkara di atas.


Persoalannya kenapa pihak-pihak ini sanggup menerima risiko besar dengan menolak penemuan yang dibuat (wujudnya cubaan memurtadkan orang Islam) sebaliknya memilih untuk berkonfrantasi dengan Sultan yang memerintah menggunakan medium politik?


Memang titah yang dikeluarkan kebawah duli Sultan mempunyai persoalan undang-undang, tapi jangan lupa, cubaan memurtadkan orang Islam itu lebih besar persoalan undang-undangnya walaupun tidak cukup bukti untuk dibawa ke mahkamah.


Kenapa tidak bahas dan lihat permasalahan itu (cubaan murtad) dari segi undang-undang, kenapa pilih titah?


Penulis simpulkan, manusia laknat seperti Aziz Bari ini sengaja memilih untuk mencabar dan mempersoal titah tuanku kerana nak menutup cubaan nak murtadkan orang Islam tadi. Dengan kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan (PAS antara komponennya) sudah awal-awal memilih untuk menyokong pihak gereja, ia dikhuatiri boleh menjejaskan undi orang Islam kepada komponen Pakatan yang memang sudah sedia terjejas sekarang.


Dari dulu pun Pakatan tidak benar kita bercakap tentang cubaan murtad, yang depa suka nak cakap ialah soal prosedur, soal ceroboh gereja dan sebagainya. Malah ‘pemeriksaan’ pun depa sebut ‘serbuan’. Semuanya sebab apa? Sebab nak tutup isu cubaan murtad oleh pihak gereja ini tadi.


Sekadar nak menyatakan bahawa isu DUMC ini tidak pernah mati seperti mana anggapan banyak pihak. Tidak berbicara mengenainya bukan sebab isu dah mati tapi membiarkan proses sepatutnya berjalan dengan sendiri, bila proses dah berakhir dan siapa patut bercakap dah bercakap, barulah kita pulak masuk.


Ooohhh..percayalah, artikel ini hanyalah permulaan, akan ada banyak lagi yang menyusul dan semuanya memang menjurus kepada sokongan Pakatan kepada murtad. Kalau tak kena gaya, silap-silap dengan Nik Aziz sekali tumbang.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

DUMC: PAS Nak Laksana Hudud Tapi Sokong


Ada banyak versi tentang perlaksanaan hudud sekarang di pihak Pakatan. Asal kata dah setuju tak laksana tapi Nik Aziz berkeras nak laksana, siap adakan road tour seluruh Kelantan untuk explain kepada rakyat mengenai hudud. Terbaru, LGE kata yang penulis quote “Pakatan Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju” dalam soal perlaksanaan hudud.


Apa sekalipun, soalnya nak laksana ke tidak hudud ni? Di pihak PAS, penulis yakin yang hudud akan tetap ‘disebut’ oleh PAS untuk dilaksanakan sementara komponen lain dalam Pakatan akan tetap menentang perlaksanaan hudud. Cuma cara mana menggunakan ayat sajalah, laksananya tidak juga.


Dalam isu cubaan memurtadkan orang Islam di gereja DUMC ini, penulis ada sedikit keliru. Keliru yang penulis maksudkan ialah macam mana PAS nak laksana hudud di Kelantan tapi dalam masa yang sama PAS sokong cubaan murtad di gereja DUMC, terletak dalam negeri Selangor?


Ada satu versi kata bukan cubaan sebaliknya memang kesemua orang melayu Islam dalam gereja tersebut sudah pun murtad dan upacara itu diadakan untuk meraikan kemasukkan mereka ke dalam kristian!!


Mana-mana versi sekalipun, PAS nampaknya bermati-matian menyokong usaha tersebut. Sehingga ke tahap pemimpinnya sendiri pun dibelasah juga kerana mempertahankan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak JAIS.


Tapi isu disini bukan soal pemeriksaan tapi memurtadkan orang Islam yang mana bukan setakat menyalahi agama malah menyalahi perlembagaan Malaysia dalam bab Mengembangkan Agama Lain di Kalangan Orang Islam.


Ini kang jangan ada yang sawan ya, maklum berpuluh tahun zikir perlembagaan penjajah, perlembagaan Lord Reid tapi rupanya perlembagaan inilah yang tidak membenarkan agama lain disebar dikalangan orang Islam….dashyat tu.


Apa yang berlaku di DUMC itu jelas. Murtad atau cubaan memurtad berlaku itu BENAR, PAS menyokong murtad juga BENAR, PAS mengutuk JAIS yang cuba menghalang cubaan memurtadkan orang Islam juga BENAR. Dah semuanya benar, dimana kedudukkan PAS dalam soal nak melaksanakan hudud? Penulis ringkaskan begini sajalah:-


Murtad adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukum hudud.


Hudud di Malaysia ni nak dilaksanakan oleh PAS kalau Pakatan menang pilihanraya besok


Tapi PAS sokong usaha murtadkan orang Islam di DUMC.


Faham ke tu? Sengaja penulis aturkan begitu, kalau tidak sampai kesudah tak fahamnya apa yang cuba nak disampaikan. Sebenarnya hukum hudud itu tidak konfius, yang mengkonfiuskan ini ialah PAS dan Pakatan.


Ketika penulis mula-mula menceburi politik dulu, tak pernah dengar bahawa hudud boleh ditangguhkan perlaksanaannya kalau boleh mendatangkan mudarat (seperti mana ustaz-ustaz upahan PAS cuba dakyahkan kepada masyarakat). Semua ini baru sekarang saja kedengaran, dulu tak pernah ada pun. Ketika dan masa itu siapa tak laksana hudud, hukumnya kafir dan murtad – tidak ada dakwa dakwi lagi dah.


Tapi hari ini berbeza. PAS yang nak sangat laksana hudud di Kelantan itu sebaliknya menyokong tindakan memurtadkan orang Islam di Selangor.


Siapa bijak pandai dalam ni yang boleh terangkan kepada penulis, bagaimana PAS nak laksanakan hudud sedangkan murtad di Selangor dapat sokongan penuh PAS?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Gambar Palsu: Sah, Video Seks Anwar Betul


Agaknya apa kaitan gambar palsu Perdana Menteri, Paus dan salib dengan video seks Anwar Ibrahim ya? Satu gambar, satu video, tang mana berkaitan? Ha, ini yang penulis nak cakap hari ini nih, dimana berkaitan kedua perkara yang tak nampak berkaitan itu.


Maaf katalah, penulis dah lama dalam politik, lama tak lamalah tapi lamalah juga.


Sepanjang masa itu penulis belajar satu tentang pembangkang, yang mereka akan guna semua kelemahan yang ada untuk memusnahkan reputasi kerajaan Barisan Nasional. Kalau tidak ada, mereka akan cipta sendiri. Itu sifat-sifat wajib ada dikalangan pembangkang di Malaysia dalam berhadapan dengan kekuatan BN dan UMNO.


Dalam konteks hari ini, pembangkang itu, Pakatanlah.


Petunjuknya mudah saja. Kalau mereka dakwa ada video mengenai salah laku seks pemimpin Barisan Nasional tetapi mereka tidak mahu mendedahkannya kerana konon taknak main politik kotor, itu bermaksud mereka tidak ada video tersebut.


Kalau semua masih ingat, tidak lama selepas skandal videol seks Anwar tersebar, Chegubard dan Sam ketot masing-masing keluar kenyataan konon ada video tentang hubungan Khairy Jamaludin dengan isteri seorang pemimpin kanan kerajaan. Taknak dedah kerana konon Pakatan hati mulia tidak mahu guna isu peribadi dalam pertarungan politik.


Soalnya benarkah video itu wujud?


Pada penulis. kalau video itu ada, nescaya tak cukup ruang dalam media mereka bercakap tentang perkara tersebut, bertahun-tahun kalau tak berkurun lamanya. Alangkah yang tidak ada video pun mereka masih mampu bercakap tanpa ada sedikit malu pun kerana gagal mengemukakan bukti, ini pulak yang ada terakam.


Macam dalam kes Altantunya, Ziana Zain dan sebagainya, mana dia gambar, mana dia video, malah mana dia saksi? Tidak ada, tapi percayalah, dari 10 penyokong Pakatan hari ini, 11 percaya semua fitnah yang dilemparkan itu. Itu menunjukkan apa? Itu menunjukkan bahawa penyokong Pakatan adalah lebih terdorong untuk mencipta, menyebar dan mempercayai fitnah.


Betul punya tolol!!!


Dalam komponen Pakatan, yang rajin buat gambar dan cerita fitnah ni hanyalah PAS dan PKR, DAP kurang sikit, dia lebih kepada berbelit macam peguam, eh silap, ular. Kebetulan atau apa, memang ramai ular, silap lagi, peguam yang menganggotai DAP.


Jadi bila balaci Pakatan begitu terdesak mencipta dan mengedarkan gambar yang diatas, itu menunjukkan bahawa video seks Anwar itu memang cerita betul. Untuk mengimbanginya atau mengurangkan kesan daripada pembongkaran video tersebut, perlu dicipta satu isu dan gambar bodoh tersebut menjadi pilihan.


Modus operandi sama pernah digunakan Tien Chua dalam kes Altantunya apabila dia mengedarkan gambar superimpose (level paling bawah) kononnya mendiang duduk bersama Perdana Menteri dalam satu majlis. Hairannya, itupun ada juga balaci yang percaya, mengucap panjang penulis.


Kalau tak keji, apa lagi perkataan sesuai yang nak kita gambarkan tindakan pembangkang ni? Cuba tuan puan cadangkan kepada penulis, ayat menunjuk perangai buruk mana yang tertinggal dalam perbendaharaan kata kita yang belum pernah disebutkan lagi untuk menggambarkan tindakan keji Pakatan Rakyat ini?


Gambar ihsan blog MIM


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anwar Liwat: Putar Belit Fakta Badan Bengkok


Dimana otak balaci bila dengan mudah saja menerima fakta palsu kononnya mustahil Anwar boleh meliwat Saiful kerana tidak mampu untuk membengkok badannya. Sekarang ini siapa liwat siapa? Anwar yang kena liwat dengan Saiful ke sehingga dia perlu membengkokkan badannya?


Jenis bodoh tak sudah macam ini le.


Sebagai peliwat (dalam kes paksa pula tu), Anwar tidak perlu membengkok badannya untuk meliwat. Penulis tidak mahu mengulas dengan lebih panjang, sat lagi dituduh cuba membuat cerita lucah pula (walaupun kes ini memang kes kelucahan melampau).


Bayangkan sajalah cara masing-masing bersama dengan isteri atau suami tapi sesuaikan dengan keadaan jantan dengan jantan – lebih kurang. Siapa boleh bayangkan itu, memang mudah saja untuk menolak mentah-mentah alasan doktor upahan Anwar yang cuba menafikan Anwar boleh meliwat Saiful kerana tidak boleh membengkokkan badannya.


Itu kalau betul tak boleh bengkok, masalahnya sekarang memang Anwar boleh bengkok badannya. Himpunan gambar-gambar dibawah adalah buktinya.



Anwar semakin tersepit dengan permainannya sendiri. Karektornya yang bercakap separuh betul dan separuh tipu sudah semakin memakan diri. Betul, dia memang ada sejarah sakit tulang belakang, tak betul, taklah sampai tak boleh bengkok badan. Taktik ini bukan setakat diguna dalam kes liwat saja malah dalam banyak hal – Depan dia cakap betul, belakang dia cakap bohong.


Cuba tanya diri kita balik, sejak bila Anwar guna alasan tak boleh bengkok badan atau apa jenis alasan kesihatann untuk mengatakan yang dia tidak boleh meliwat Saiful?


Dari mula, alasan Anwar untuk menafikan kes liwat ini berlaku ialah konon dia ada alibi, konon ada konspirasi, konon Saiful dibayar dan sebagainya, tak pernah sekali pun terkeluar dari mulutnya yang liwat itu mustahil sebab dia tak boleh bengkok badan!!!


Dalam kes video seks pun begitu juga, Anwar bukan setakat membengkok, malah beberapa posisi yang biasanya mustahil untuk orang yang benar-benar ada masalah tulang belakang.


Jadi alasan tidak boleh bengkok badan ini adalah sebenarnya alasan nak membodohkan rakyat. Anwar memang suka membodohkan rakyat dalam banyak hal. Dia ingat kita rakyat ni bangang sangat ke sampai tak boleh nak membezakan yang mana hak dan yang mana bathil?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anwar Liwat: Sampai Kesudah Tiada Saksi Alibi


Awal-awal cerita dulu modal Anwar untuk menafikan dirinya terlibat meliwat Saiful ialah alibi. Kaum keluarganya semua pun mengatakan bahawa Anwar bersama mereka dibilik sebelah ketika kejadian liwat yang didakwa berlaku. Kalau tak silap ada rakaman youtube Nurul Izzah mengesahkan Anwar bersama mereka.


Ada video tu penulis ingat, cuma puas mencari tak jumpa, kalau jumpa nanti penulis masukkan linknya ya.


Tapi tidak mengapalah, yang penting itu sekarang kita semua tahu, selepas 3 tahun berlalu bukti alibi itu ternyata palsu. Nama-nama yang disebutkan kononnya sebagai saksi alibi Anwar tidak langsung dipanggil sebagai saksi. Peguam Anwar terutama ketua pasukan pembelanya, agak kurang bersemangat hendak membela Anwar.


Mungkin memang sudah tiada jalan lain atau ada udang disebalik mee.


Lagipun Anwar beri keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh, situ saja 3 suku kes sudah tidak memihak kepadanya.


Sepanjang minggu lepas penulis beberapa kali menulis tentang Anwar yang sebenarnya cuba menipu rakyat berulang kali. Dari pembentangan bajet bayangan sehinggalah kepada tidak boleh meliwat kerana kononnya tidak boleh membengkok dan sebagainya.


Sekarang kita semua tahu yang Anwar sekali lagi menipu rakyat Malaysia dengan konon ada alibi, rupanya tiada. Sebaliknya saksi kurang penting seperti Mohd Najwan Halimi pulak yang dipanggil untuk memusnahkan kredebiliti saksi utama, Saiful Bukhari. Saksi alibinya sampai kesudah tiada juga.


Kenapa Azizah, Nurul Izzah tidak dipanggil sebagai saksi walaupun namanya sudah disenaraikan sebagai saksi alibi? Memang itu hak Anwar untuk memilih tapi terlanjur cakap dengan banyak pihak kata ada saksi alibi, persoalannya kenapa tidak dikeetengahkan.


Kalau Anwar boleh terfikir untuk memanggil Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi, kenapa yang berkaitan tidak pulak dipanggil. Ini kalau tak membohong, apa lagi nak kata ya?


Mana rakyat yang masih percaya kepada Anwar, inilah masanya untuk menilai kembali sokongan anda. Sudah terang lagi bersuluh.


Penulis berpendapat, Anwar sudah hilang semua usaha untuk menggagalkan proses keadilan yang sedang berlangsung kepadanya. Hujung-hujung kes pembelaan yang sepatutnya memberikan impak yang lebih, nampak tidak meninggalkan kesan yang sebegitu. Rakyat semakin yakin yang Anwar meliwat Saiful pada masa dan tarikh yang disebut dalam pertuduhan.


Semua usaha Anwar untuk menunjukkan bahawa pendakwaan ke atasnya adalah konspirasi politik sudah gagal. Pembaca semua perlu menilai banyak kata-kata Anwar sebelum ini yang tidak selari dengan apa berlaku/dilakukannya sepanjang masa kes ini berjalan. Kemudian nilaikanlah orang ini, layak mana nak diangkat jadi Perdana Menteri.


Dipetik daripada : www. mykmu. net