Friday, February 27, 2015

Boleh Ampun Ke Kalau Tak Bersalah?

27 Februari 2015 : Kejadian pelik tapi benar, bagaimana seorang pesalah nak diampunkan jika keluarga yang mohon keampunan dari YDP Agong mengatakan si pesalah yang didapati bersalah itu benar-benar tidak bersalah?

Fuhh.. berbelit rasanya. Korang yang baca faham tak?

Memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong untuk lepaskan si bapanya yang disabitkan kesalahan meliwat. Tapi atas alasan, si bapa mereka yang meliwat tu tak bersalah dan patut dilepaskan, kononnya bapa mereka itu tahanan politik.

Sejak bila dalam politik dibenarkan meliwat? Sejak bila juga, meliwat merupakan kerja-kerja politik?

Makin pening dan tak faham penulis dengan keluarga politik ’69’. Rupanya mereka ini berpolitik dari bapak sampailah ke anak. Buat cerita berbelit-belit hingga kita sendiri pun pening.

Sepatutnya, bila mereka meminta pengampunan daripada YDP Agong, itu bermakna mereka dah mengaku bapak mereka tu bersalah, tapi dalam kenyataan media anak pada bapak yang salah meliwat tu kata, bapaknya tak bersalah.

Kalau tak bersalah buat apa nak minta pengampunan?

Itu bermakna, mereka ini menghina keputusan mahkamah, menghina undang-undang Malaysia, sekaligus menghina pentadbiran Malaysia dan juga Yang Dipertuan Agong. Kalau tak percaya pentadbiran negara, kenapa nak merayu pada YDP Agong?

Kita manusia biasa mungkin tak mampu nak memahami apa yang mereka fikir. Tapi bagi keluarga ’69’ ni, perkara tak mustahil macam ni, sebenarnya biasa. Tiada yang pelik dalam keluarga mereka, kalau tidak takkanlah maknya yang ‘baik sangat’ tu boleh biarkan perangai buruk bapak mereka meliwat lelaki muda.

Kalau ‘hukum alam’ pun boleh diterbalik dan dibelitkan. Apa sangat dengan kes pengampunan pada manusia yang kononnya tak bersalah ni betul tak?

Disediakan oleh : EDITOR

Wartawan ‘Kena Kencing’ Sidang Media Mahfuz Omar Batal

27 Februari 2015, Kuala Lumpur : Puluhan petugas media merasa ‘dipermainkan’ apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar gagal menunaikan janjinya sebelum ini untuk mengadakan sidang media hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dikatakan akan membawa ibu kepada Sirul, Piah Ahmad daripada Taiping, Perak sebagai percubaannya untuk membuat pendedahan berhubung kes pembunuhan warga Monglia, Altantuya Shaaribuu.

Perkara itu disebarkan menerusi jemputan media melalui aplikasi WhatsApp, sejak petang semalam.

“Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama dengan ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan Sirul pada jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

“Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak wartawan untuk membuat liputan sidang media ini,” demikian memetik maklumat sidang media itu.

Namun setelah lebih 40 minit menunggu, seorang kakitangan Ibu Pejabat Agung PAS itu memaklumkan bahawa tidak ada sebarang sidang media akan diadakan pagi ini.

“Siapa yang beritahu ada sidang media pagi ini? Mahfuz di Alor Setar. Beliau tidak ada di sini… Mesej itu palsu,”

“Saya ada dengar mengenainya (sidang media Mahfuz bersama ibu Sirul) tapi tak tahu bila dan di mana” uajr kakitangan ibupejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim ketika memaklumkan mengenai pembatalan tersebut.

Namun apa yang menghairankan, tidak lama selepas itu, satu kenyataan media ringkas dikeluarkan oleh Mahfuz yang menyatakan rombongan misi khas PAS ke Australia akan bertolak pada Ahad ini pada jam 11 pagi.
Beberapa orang petuags media yang ditemui di hadapan ibu pejabat PAS sejurus selepas makluman pembatalan tersebut melahirkan rasa kecewa dengan sikap ‘tidak matang’ Mahfuz itu.

“Lain kali kalau tak bersedia atau tidak jangan maklumkan pada wartawan untuk datang buat liputan.

“Sedih, bila dah tua-tua pun kena kencing, dengan pemimpin parti Islam” ujar mereka.
Malah ada dikalangan mereka yang merasakan, ada kemungkinan ibu Sirul enggan hadir di dalam sidang media tersebut kerana risau dengan soalan-soalan ‘cepu emas’ yang mungkin akan dikemukakan oleh para wartawan nanti.

Mahfuz sebelum ini dikatakan bermain ‘drama’ apabila cuba menyalah pihak berkuasa yang kononnya cuba mengganggu talian komuni­kasi tersebut bagi menghalang telesidang yang ingin dilakukan itu.

Kegagalan Mahfuz untuk mengadakan telesidang bersama pembunuh warga Mongolia Altantuya itu dilihat sebagai satu episod yang memalukan bagi PAS.

“Tadi masa saya SMS (khidmat pesanan ringkas) dia pukul 10.40 (pagi) tadi, dia kata okey, sekarang tak boleh pula,” kata Mahfuz sebelum ini untuk menutup rasa malunya selepas cubaan beliau berulang kali untuk menghubungi Sirul gagal.

Setelah percubaan itu tidak berjaya beliau akhirnya terpaksa membatalkan sidang akhbar tersebut sejam kemudian.

Paling menarik, sebaik sahaja semua petugas media beredar Mahfuz dikatakan berjaya menghubungi ‘Sirul’ namun pembunuh Altantuya itu enggan memberikan sebarang maklumat baru sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Dalam perbualan hanya tiga minit dengan Mahfuz, individu yang dikatakan Sirul itu berkata tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan baru sebelum memutuskan panggilan telefon tgersebut.

Sirul kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia atas kesalahan imegresen.
Kerajaan Asutralia pula memberitahu pihaknya memberikan perlindungan ekstradisi kepada Sirul kerana bekas bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu dijatuhi hukuman mati ke atasnya, selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.

Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober lalu.

Dipetik daripada sumber : Suara TV

Bayaran Kesihatan Di Malaysia Termurah Di Dunia – Najib

Sri Aman, 27 Februari 2015 : Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia menggenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah menggenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.

“Apabila menjadi pesakit luar dan berjumpa dengan doktor, pelanggan hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.

“Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang menggenakan bayaran yang sebegini rendah. Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98 peratus, maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus sahaja dikenakan bayaran,” katanya.

Perdana Menteri berucap demikian ketika merasmikan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini, Jumaat.

“Ini menunjukkan bahawa sistem kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Malah, kalau kita buat analisis antara kos dan perkhidmatan yang disediakan, saya berani mengatakan sistem kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia,” katanya.

Menurut Najib, Malaysia disenaraikan sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan.

Sementara itu, Najib berkata pembinaan hospital baharu Sri Aman yang dijangka siap pada 2018 sekali lagi membuktikan kerajaan menepati janjinya kepada rakyat.

Katanya, sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk memperoleh tapak dan kerja pembersihan tapak serta anggaran RM150 juta untuk pembinaan struktur bangunan hospital berkenaan.

Beliau berkata, apabila siap kelak hospital baharu itu akan dilengkapi dengan 108 katil dan menyediakan pelbagai kemudahan rawatan pakar seperti bilik pembedahan, hemodalisis, radioterapi sekali gus merupakan lonjakan daripada segi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan Sri Aman.

“Ini merupakan bukti usaha kerajaan terus membela nasib rakyat dan memberi keutamaan yang tinggi sekalipun di kawasan luar bandar.

“Pembinaan hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia, kemudahan pendidikan dan sebagainya akan terus dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

“Memang masih ada kekurangan, saya tidak nafikan dan banyak cabaran tetapi kita tetap akan memberi dengan membina hospital tambahan dan baharu serta dilengkapi dengan doktor-doktor pakar,” katanya.

Menurut Najib, disebabkan usaha memujuk doktor-doktor pakar untuk berkhidmat di hospital luar bandar di negeri ini merupakan cabaran yang amat besar, justeru kerajaan akan menyediakan insentif khas kepada mereka.

“Perkara ini sedang kita fikirkan kerana kita mahu hospital-hospital disediakan dengan doktor-doktor pakar yang diperlukan,” katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan wang ihsan kepada 18 mangsa banjir dari Rumah Lembu, Entulang, Skrang Engkilili dan Nanga Tebat, Sri Aman.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

Thursday, February 26, 2015

Audio Mat Sabu Vs Video Mustafa Ali


sabu

27 Februari 2015 : PAS membuktikan bahawa parti itu tidak ada kaitan langsung dengan Islam bila menggunakan standard pembuktian ikut suka, bukan ikut agama.

Contoh, bila tersebar rakaman ‘ngeri’ perlakuan seks lelaki mirip muka Mustafa Ali dengan seorang perempuan, Anwar dengan perempuan dan jantan, kepimpinan PAS menolak semua bukti tersebut kerana kononnya video semua tu besi, tak boleh jadi bukti.

Tapi bila Presiden PAS nak digulingkan oleh kelompok bukan ulama parti itu yang diketuai Mat Sabu (dakwanya), maka PAS guna pulak rakaman audio kerana suara yang bercakap dalam tu macam suara Mat Sabu.

Hairanlah sudahnya kita sebab kalau nak diikutkan, rakaman video lebih kuat berbanding rakaman audio, tapi tiada siasatan atau apa-apa yang seperti itu dilakukan terhadap Mustafa Ali berbanding Mat Sabu sekarang yang berhadapan dengan jawatankuasa siasataan khas, dipengerusikan sendiri Hadi Awang.

Bukan penulis penyokong Mat Sabu tapi kalau PAS ini parti agama, bukan gila kuasa dan gila dunia, sepatutnya ketika rakaman video ‘Mustafa Ali’ tersebar, siasatan terus dijalankan sebelum boleh diputuskan dia bersalah atau tidak.

Ini tidak, awal-awal lagi tolak video tersebut kononnya besi tak boleh jadi bukti, walhal yang dipersoalkan sekarang ialah intergriti PAS sebagai parti Islam tapi bersetiausaha agungkan penzina (kalau rakaman itu betul).

Kenapa boleh jadi begitu? Sebab PAS adalah parti politik yang biasa, bukan wakil tuhan untuk perbetulkan apa yang tak betul di Malaysia ini. Agama hanya untuk dapat undi, maka jadilah apa yang terjadi sekarang – yang ada video terlepas, yang setakat audio, kena.

Bagi penulis, ini semua (tindakan ke atas Mat Sabu dan tidak ada tindakan ke atas Mustafa Ali, waima siasatan) adalah cerita politik dan kuasa semata-mata.

Dengan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu ini, seolah-olah Hadi berkata  Tak kisahlah kau nak berzina, sekalipun ada video yang jelas nampak muka, asal tak kacau aku, sudah. Sebaliknya kalau kau cuba jatuhkan aku, setakat suara pun boleh jadi sebab untuk singkirkan kau”.

Adilkah macam itu?  Islamkah macam ini?  Tepuk dada tanya iman.

Disediakan oleh : EDITOR

Najib Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harakah

27 Februari 2015 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.

Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya, pukul 3 petang tadi.

Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk “DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)”, 19 Feb lepas.

Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, artikel itu mempunyai kata-kata berunsur fitnah dengan niat jahat ke atas anak guamnya.

Ia juga menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti kukuh dan adalah amat serius serta dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Najib.

Surat tuntutan itu juga menyatakan kenyataan itu antara lain bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Najib yang mempunyai imej awam yang baik.

Oleh itu, surat tuntutan itu antara lain menuntut HarakahDaily berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu itu terhadap Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu iaitu pada 26 Feb (hari ini).

Ia juga menuntut pihak HarakahDaily membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah itu, atas terma-terma yang dipersetujui oleh firma guaman itu bagi pihak Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu.

Ia juga menuntut pihak HarakahDaily untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa saluran lidah rasmi PAS itu tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah itu atau kenyataan yang serupa dengannya.

Ia menyatakan bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan berunsur fitnah itu.

“Dalam kedaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas anak guam kami untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut,” menurut surat tuntutan itu.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

Hadi Dihentam AMK Pula

27 Februari 2015 : Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang ‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Esok Mahfuz Akan Menipu Lagi?

26 Februari 2015 : Dalam dua, tiga hari ni penulis hanya memerhati politik semasa tanahair kita. Antara topik menarik yang penulis nak ulas ialah, kehebatan Mahfuz yang orang lain tak nampak.

Bagaimana seorang ahli parlimen dari Kedah, berjaya mengegarkan dunia dengan lawak jenaka disidang media beliau. Hebat sungguh si Mahfuz Omar, satu Malaysia menyebut nama beliau, walaupun ianya negatif, tetapi nama Mahfuz Omar tak putus-putus berada disegala media massa, media cetak dan media sosial.

3 hari berturut seorang lelaki pertengahan umur, yang dikatakan kurang cerdik berjaya memperdayakan rakyat Malaysia, serta media tempatan termasuk antarabangsa dengan lakonan splastik beliau, kononnya mahu membuat ‘teleconferencing’ dengan Sirul dari Imigresen Australia.

Bila dah kantoi, beliau kata Sirul tak jawab call.

Kemudian kumpulan media yang hadir mengatakan beliau menipu, kemudian dalam tempoh lebih dua jam, kononnya beliau menerima panggilan dari Sirul dan bercakap dihadapan semua media yang menunggu sidang media beliau. Media pun percaya dan pulang ke pejabat masing-masing bagi melaporkan berita.

Keesokkannya, ada laporan berita dari Imigresen Australia yang mengatakan Sirul tidak membuat sebarang panggilan pada Mahfuz. Mungkin itu tak cukup untuk buktikan Mahfuz tipu. Kemudian, peguam Sirul sendiri memberitahu media, bahawa tiada panggilan dari Sirul kepada Mahfuz.

Perkara ini menjadi pelik dan misteri.

Kalau Sirul tak telefon Mahfuz pada masa sidang media tersebut, siapa yang call beliau? Takkan beliau hanya berlakon untuk lepaskan diri dan menunjukkan kononnya beliau hebat?

Tapi dengan Mahfuz ni segalanya mungkin, sebab tu penulis kata Mahfuz ni orang yang hebat! Selain Anwar Ibrahim, Rafizi dan Allahyarham Nik Aziz. Mahfuz diantara tokoh pembangkang yang mampu gegarkan Malaysia. Walaupun dengan lawak bodohnya, tapi percayalah beliau mampu mencipta sejarah tersendiri dan bakal tercatat sebagai tokoh bersejarah paling popular pada suatu hari nanti.

Sebentar tadi Mahfuz umum akan bawa ibu Sirul pula ke sidang akhbar esok. Harap-harap jangan satu Malaysia kena “kencing” lagi.

Jangan terkejut kalau balik Pokok Sena ada patung Mahfuz.. he he..

Disediakan oleh : EDITOR

Menjamin Keharmonian Konsep Persekutuan

26 Februari 2015 : Tatkala Tanah Melayu mahu mencapai kemerdekaan, konsep kenegaraan yang mahu diambil adalah bersifat persekutuan dengan bermotokan ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia dengan di mana terdapat peruntukan khas diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam sesebuah negara persekutuan ciri utamanya ialah terdapat taburan kuasa perundangan antara Persekutuan dan Wilayah-Wilayah di dalamnya. Ini bermakna ada dua badan perundangan yang mempunyai kuasa membuat undang-undang iaitu Persekutuan dan Wilayah-Wilayah.

Dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu atau kini Malaysia, kuasa perundangan ini diberikan kepada Persekutuan (melalui Parlimen) dan Negeri-Negeri (melalui Dewan-Dewan Undangan Negeri). Secara umumnya, bagi memastikan tiada pertelingkahan antara pembuat-pembuat undang-undang ini, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan bidang perundangan masing-masing.

Terdapat tiga senarai di dalam Jadual Kesembilan tersebut iaitu Senarai I (Kuasa Persekutuan) Senarai II (Kuasa Negeri) dan Senarai III (Kuasa Bersama). Taburan kuasa seperti ini perlu di dalam mana-mana negara yang mengamalkan prinsip federalisme seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat.

Bagi memudahkan pemahaman awam, lebih mudah dikatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai I dan III manakala Dewan-Dewan Undang Negeri masing-masing mempunyai kuasa membuat undang-undang yang tersenarai di dalam Senarai II dan III. Namun, terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan untuk tidak terikat secara harfiah senarai butiran yang ada tersebut.

Sebagai contoh kuasa mengenai perbankan adalah disenaraikan di dalam Senarai I, dalam hal yang demikian Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang berkaitan dengan perbankan. Begitu juga dalam hal ehwal Islam, melainkan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, ia terletak di dalam bidang kuasa negeri. Oleh itu Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengganggu kuasa Dewan Undangan Negeri ini, apatah lagi setiap negeri mempunyai ketua agama Islamnya sendiri iaitu Sultan ataupun Yang Di Pertuan Agong.

Dalam hal ini jika Kerajaan Persekutuan mencampuri hal ehwal agama Islam atau meletakkan syarat pemakaian undang-undang Islam sebagaimana yang disenaraikan di dalam Senarai II ia mempunyai risiko bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan segala agensi di bawahnya tidak boleh melangkaui bidang kuasa yang diberikan kepada mereka begitu juga sebaliknya.

KURANG DIHAYATI

Kebelakangan ini penulis dapat merasakan konsep federalisme ini amat kurang dihayati yang menjurus kepada ketidakprihatinan kepada pematuhan senarai-senarai yang diwujudkan di dalam Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan tersebut. Acapkali kita dengar, sama ada di peringkat ahli politik ataupun agensi kerajaan yang menyarankan perkara-perkara bukan di bawah kuasa perundangan mereka.

Penulis merasakan amat perlu bagi golongan ini melihat dan memperhalusi senarai-senarai yang wujud di dalam jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan itu bagi menjamin keharmonian konsep federalisme ini. Kegagalan mematuhi Jadual kesembilan tersebut mungkin akan menyebabkan sesuatu undang-undang atau tindakan itu diputuskan tidak berperlembagaan oleh mahkamah kelak.

Sudah pasti apabila perkara tersebut berlaku, ia menzahirkan kejelikan ilmu perundangan yang ada dan akan menyebabkan suatu keaiban kerana gagal mematuhi Jadual Kesembilan tersebut. Walau apapun tujuan atau niat seseorang ingin membuat kebaikan tidak seharusnya Jadual Kesembilan ini dikesampingkan. Ia merupakan jati diri atau ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Dalam perkara berkaitan agama Islam memang sudah jelas bagi selain Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri mempunyai kuasa penuh mengenainya. Malah di sesebuah negeri Agama Islam itu pula mempunyai ketuanya. Jika pihak persekutuan mencampuri urusan agama sesebuah negeri secara tidak langsungnya ia juga mencampuri urusan ketua agama negeri tersebut.

PRINSIP taburan kuasa antara persekutuan dan negeri ini telah berjalan begitu baik selama ini. Ia janganlah diganggu. Mungkin Malaysia tidak sama dengan negara lain seperti Brunei dan Singapura, tetapi konsep inilah yang telah disepakati di dalam negara.

Walaupun mungkin ada kekhilafan dan ketiadaan persefahaman antara persekutuan dan negeri, tetapi norma ini merupakan formula yang terbaik buat Malaysia sehingga kini. Janganlah menganggap ia sebagai penghalang tetapi sebaliknya sebagai wadah saling hormat menghormati antara satu sama lain di dalam membangunkan negeri dan negara.

Pemusatan kuasa kepada satu badan perundangan sahaja juga mempunyai risiko, di mana ada kebarangkalian ia disalah guna dan tiada suatu badan lain dapat bertindak sebagai pemeriksa.

Mungkin ia sesuai bagi sesetengah negara tetapi tidak sesuai bagi negara yang lain.
Penulis amat yakin apa yang telah digariskan oleh negarawan kita semasa ingin mengecapi kemerdekaan dahulu mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

Garapan formula tersebut sudah terbukti berjaya membentuk sebuah negara yang berdaulat aman dan makmur.

Jerih payah pemimpin terdahulu di dalam mencapai kemerdekaan hendaklah dijadikan teladan bagi kita dan teruskan kesinambungan negara dengan memegang erat ciri-ciri asas Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ia menerima Perlembagaan Persekutuan tersebut seadanya.

Tafsiran yang sesuai diberikan di dalam perkara yang masih kabur tetapi di dalam perkara yang telah jelas, ia hendaklah diperakukan dan dilaksanakan.

Dengan cara ini kelangsungan kedaulatan dan jati diri negara akan terus dipertahan.

Dipetik daripada sumber : UTUSAN

Jangan Cemari Dewan Rakyat Dengan Kehadiran Banduan Bernama Anwar Ibrahim

26 Februari 2015 : PKR sudah membuat keputusan muktamad untuk meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Parlimen yang bermula 9 Mac ini meski pun Ketua Umum PKR itu sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Alasan PKR untuk mewajarkan permintaan itu bersandarkan pada status Anwar yang masih dianggap sebagai Ahli Parlimen selagi permohonan pengampunan DiRaja yang dikemukakan kepada yang Dipertuan Agung dua hari lepas belum diputuskan.

Tukang umum keputusan PKR itu tak lain tak bukan si Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR di tangga tercorot yang sebelum ini beriya benar mengumumkan Anwar tidak akan memohon pengampunan DiRaja kerana yakin Anwar tidak bersalah melakukan liwat.

Sekarang pengampunan DiRaja sudah dipohon bermaksud Anwar sendiri sudah mengakui kesalahan meliwat pembantu peribadinya tapi seperti biasa Rafizi buat-buat muka tembok dan sengaja melupakan kenyataan medianya sebelum ini dengan menimbulkan isu lain pula.

Penulis tidak tahu apa pandangan pembaca sekalian berhubung gesaan PKR ini, namun secara peribadi penulis merasakan agak tidak molek untuk seseorang banduan walau apa statusnya tiba-tiba dibenarkan mencemari kemuliaan Dewan Rakyat.

Malu sungguh rasanya kalau itu berlaku. Jatuh imej dan maruah Dewan Rakyat kerana seorang banduan dan pesalah di sisi undang-undang lepas bebas untuk berbahas perihal perundangan dan isu semasa negara. Busuk nama baik negara dibuatnya kelak.

Betul secara teknikalnya Anwar masih seorang Ahli Parlimen dan jawatannya itu belum terlucut secara rasmi, namun tiada fakta yang boleh menidakkan hakikat bahawa Anwar adalah pesalah undang-undang dan kini bergelar banduan. Dia sudah didapati bersalah dan dihukum penjara atas kesalahannya.

Anwar tetap seorang banduan selagi pengampunan DiRaja belum dimuktamadkan. Kalau pun diberi pengampunan Anwar tetap juga seorang peliwat. Pengampunan DiRaja hanya membebaskan atau meringankan dari hukuman penjara tapi tidak membersihkan kesalahan liwat yang Anwar lakukan.

Seseorang Ahli Parlimen yang sedang dihukum penjara seperti Anwar tiada lagi keperluan untuknya menjalankan sebarang peranan sebagai seorang Ahli Parlimen. Malah sebarang keistimewaan juga tidak layak dinikmatinya. Perlu adil dan sama rata sebagaimana banduan lain.

Jika pihak berkuasa tunduk dengan desakan PKR membenarkan Anwar mencemari kemuliaan Dewan Rakyat bermaksud memberi layanan istimewa bertaraf VIP untuk Anwar, kalau begitu keadaannya maka tiada bezanya lagi seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya tunjuk teladan menghormati undang-undang dengan seorang pesalah yang bergelar banduan.

Disediakan oleh : EDITOR

Tahaluf Siyasi PAS: Dengan DAP Atau Sesama Sendiri Dulu?

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/02/blogger-image-1252945392.jpg 


26 Februari 2015 : BANYAK yang dicakapkan tentang tahaluf siayasi (kerjasama politik) PAS dengan DAP kebelakangan ini, tak habis-habis nak kaji – tanpa sesiapa menyedari bahawa tahaluf siyasi dalam PAS pun dah berterabur dah sekarang.

Ya, dalam PAS pun ada tahaluf siyasi iaitu antara golongan ulama dengan golongan liberal, liberal dengan sekular dan sebagainya.  Percampuran semua ini menimbulkan banyak masalah dalam PAS, buktinya, kewujudan Pasma yang kian berpengaruh, rancangan menjatuhkan Hadi dan keengganan sesetengah kelompok dalam PAS mengiktiraf golongan ulama.

Hilang hormat dah katanya.

Dulu tak macam ini, semua berbaiah dengan ulama, dengan parti, dengan perjuangan, hujung sekali baru Tuhan.  Tak siapa berani sanggah ulama, tak pedulilah apa yang dibuatnya, banding dengan hari ini, dah tak selindung-selindung lagi nak lawan ulama, lawan parti sendiri.

Jadi persoalan yang penulis nak lemparkan hari ini, nak mula mana satu, tahaluf siyasi dengan DAP ke atau sesama sendiri ke?

Realitinya, buang masa PAS nak kaji semula tahaluf siyasi dengan DAP.  Dah berapa kali kaji dah, dah berapa kali mesyuarat dah, hasil di hujungnya tetap sama – tidak ada keputusan.  Ini semua sebab guna formula ‘agree to disagree’ bawaan Anwar, penyudahnya dengan DAP tak selesai, sesama sendiri pulak mula berantakan.

Hudud sebagai contoh.  Sebelum ini dah berapa kali bincang, hasilnya tetap sama – tidak ada keputusan, lagi apa buang masa nak bincang?  Tapi ini logik kita, logik PAS lain sebab bukanlah tujuannya tu nak melaksanakan sangat, tapi nak buat havoc dan alihkan perhatian umum dari masalah dalaman mereka.

Kesimpulan penulis, cerita tahaluf siyasi dengan DAP yang entah berapa kali muncul dan tenggelam ni hanyalah satu cara PAS menipu pengikutnya dan rakyat Malaysia dari masalah dalaman mereka yang semakin membusuk.

Hakikatnya sudah tidak ada kerjasama sama sekali antara PAS dan DAP, semuanya dah lebur.  Hanya duit dan kuasa dimana boleh (macam Selangor) sahaja yang menampakkan seolah-olah kerjasama itu wujud.

Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, February 25, 2015

Petisyen Pembebasan Atau Rayuan

26 Februari 2015 : Apakah kandungan sebenar dokumen yang dihantar oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam, adakah ia mengandungi rayuan pengampunan atau petisyen memohon pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Persoalan itu ditimbulkan oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin kerana menurut beliau, kalau ia adalah petisyen memohon pembebasan bermakna ia tidak terikat dengan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Bagaimanapun tegas beliau, jika dokumen yang dihantar itu adalah rayuan pengampunan maka ia terikat dengan peruntukan perlembagaan tersebut yang perlu dibaca dengan Perkara 42 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan antaranya bergantung kepada keperluan tiga syarat iaitu perayu mengakui kesalahan yang disabit, menyesal dengan perlakuan kesalahan yang disabit dan memberi akui janji tidak mengulangi kesalahan yang disabit.

“Oleh itu apakah sebenar dokumen yang dihantar oleh Wan Azizah memandangkan atas faktor rayuan pengampunan sewajarnya dikemukakan oleh Anwar sendiri dan bukan pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang supaya Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat berikutan pengesahan keluarga Anwar semalam bahawa mereka mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantu pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan .

Zulkifli berkata, antara rayuan pengampunan dan petisyen pembebasan mempunyai dua maksud berbeza.

“Jika ia sekadar petisyen pembebasan pihak Istana boleh menolak melalui cara pentadbiran tanpa perlu dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh memaklumkan kepada Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku kekosongan bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Bagaimanapun jika ia rayuan pengampunan baharulah kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen masih kekal dan Dewan Rakyat perlu menanti proses pengampunan selesai untuk mengisytiharkan kerusi Parlimen berkenaan kosong atau tidak,” katanya.

Selain itu Zulkifli menegaskan, apa yang perlu difahami rayuan pengampunan hanya berkaitan dengan hukuman sama ada dikurangkan atau ditangguhkan, namun sabitan kesalahan tetap kekal.

“Ini bermakna walaupun proses rayuan pengampunan berjalan, Anwar masih lagi disabit kesalahan jenayah, beliau kekal sebagai banduan dan masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan penjara,” katanya.

Zulkifli berkata, Wan Azizah perlu telus dengan mendedahkan isi sebenar dokumen tersebut bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan langkah penghantaran dokumen itu dikaitkan dengan strategi politik beliau bagi mengelakkan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Selain itu, kata Zulkifli, tindakan tersebut juga mewujudkan tafsiran sesetengah pihak bahawa ia langkah Wan Azizah bagi melengah-lengahkan usaha pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan DAP melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Menteri Besar sebagai Ketua Pembangkang dalam sidang Parlimen bulan depan.

“Apa pun jawapan ada kepada Wan Azizah untuk menjelaskan kepada rakyat isi sebenar kandungan dokumen tersebut bagi mengelakkan pelbagai andaian dibuat,” katanya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Pas Patut ‘Cermin Diri’, Bukannya DAP

26 Februari 2015 : Dulu pada 2001 apabila DAP keluar pakatan kerana tidak bersetuju dengan hudud Pas, bolehlah kerana DAP waktu itu tidak sekuat sekarang.

Ketika itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-10, 1999, prestasi Pas amat baik. Selain mengekalkan Kelantan, parti itu juga mengambil alih kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).

Kekuatan Pas di Parlimen bertambah hanya tujuh kerusi pada 1995 sehingga 27 kerusi (1999), iaitu melompat hampir empat kali ganda. Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah hampir tiga kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya umum itu.

Hasil keputusan itu, Pas mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang dipegang Lim Kit Siang dari DAP.

Pilihan raya umum 1999 itu tidak begitu baik untuk DAP. Walaupun parti itu berjaya mendapat satu kerusi lagi berbanding sembilan kerusi pada 1995, iaitu satu kenaikan 11 peratus, kedua-dua orang kuatnya, iaitu Kit Siang dan Karpal Singh (mendiang) ditewaskan.

Perikatan DAP dengan Pas waktu itu menjejaskan DAP sehingga kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu. Malah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang muncul setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO menikmati permulaan yang baik dengan menang lima kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri.

Dulu lain, sekarang lain. Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hasan mengeluarkan kenyataan yang Pas ‘mempersilakan’ DAP tinggalkan pakatan jika masih berkeras membantah hasrat Pas laksana hudud.

Cuma Nasrudin boleh perhatikanlah jumlah kerusi Parlimen dan negeri disandang Pas sekarang. Tidak perlu yang terkinilah, ambil sahaja sejak PRU-11, 2004.

Itu pun ketika DAP bertindak keluar Barisan Alternatif (BA) dan menjalankan kerja politik mereka sendirian tanpa Pas, PRM dan PKR, DAP masih meraih tambahan dua kerusi Parlimen pada 2004. BA pula kalah teruk, dengan BN kali pertama mencatat sejarah gemilang PRU.

Begitu juga DAP yang bergerak sendirian dalam PRU-12, 2008 masih menang banyak kerusi iaitu 28 berban­ding Pas (24), dengan PKR terbanyak, 31 kerusi.

Pada PRU-13, Mei 2013, Pas kekal tidak berubah di tangga ketiga dengan sekadar meraih 21 kerusi, berbanding ‘ketua’ pakatan, DAP (38) dan PKR (30).

Pas dulu pun iaitu pada 1986 pernah bercita-cita besar untuk menerajui negara dengan membentuk gabungan pembangkang dikenali Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dengan parti kecil. Tetapi DAP enggan menyertai gabungan itu. Pas bertan­ding dalam 98 daripada jumlah 177 kawasan Parlimen, tetapi parti itu cuma menang satu kerusi, Pengkalan Chepa.

Malah, seramai 21 calon Parlimen dan 42 calon DUN Pas gagal mendapat 1/8 undi sah dan kehilangan wang deposit, berjumlah RM231,000 – satu angka besar sa­ngat untuk tiga dekad sebelum itu.

Nasrudin juga perlu akui bahawa PKRlah rakan kongsi paling dipercayai DAP berbanding partinya.

Sehari selepas keputusan PRU-13, Kit Siang yang juga penasihat DAP dikatakan mencalonkan Anwar (Penasihat PKR) menjadi ketua pembangkang di Parlimen meskipun PKR mendapat kerusi yang kurang berbanding dengan DAP.

Pas sebenarnya tidak kuat bersama pakatan rakyat (PR). PRU-13 membuktikan Pas hilang Kedah, kalah di Perak, malah jumlah kerusi Pas berkurang satu kerusi parlimen.

Undi Melayu kepada Pas, ter­utama di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan utara Selangor, turut berkurangan. Pas kalah dengan UMNO pun kerana undi Melayu.

Majoriti orang Melayu kelihatan inginkan Pas keluar pakatan.

Kerana apa? Kerana mereka melihat Pas sudah hilang jati diri apabila ‘dipijak-pijak’ oleh PKR dan DAP. Hanya sekadar pak turut kepada parti berlambang mata dan parti berlambang roket.

Adakah Pas yang akan mengikut jejak DAP pada 21 September 2001, meninggalkan BA (kini pakatan) dan berjalan dengan kaki sendiri?

Dipetik daripada sumber : Utusan

BN Tidak Bertanding PRK DUN Chempaka

26 Februari 2015 : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah.

“Kita tengok masih banyak lagi mangsa banjir yang belum menerima bantuan.

“Selain itu, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha-usaha membawa kepada perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan politik, perpaduan ummah perlu diutamakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Perdana Menteri menambah, keputusan untuk tidak meletakkan calon itu bukan perkara baharu kerana BN juga tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor tahun lalu.

“Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding tetapi UMNO tidak akan meletakkan calon,” jelasnya ketika ditanya tentang kemungkinan calon Bebas bertanding dalam PRK DUN Chempaka.

Berhubung persiapan menghadapi kemungkinan PRK di Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata, BN akan membuat keputusan setelah tafsiran Perlembagaan Persekutuan terhadap petisyen yang dikemukakan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dinasihatkan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan itu dan SPR akan tentukan tarikh.

“Bila SPR tentukan tarikh, MT UMNO akan buat keputusan dan umumkan bila sampai masanya kelak,” katanya.

Status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh masih belum ditentukan selepas anaknya, Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Bantuan Kediaman Mangsa Banjir

25 Februari 2015 : Pada pertengahan bulan Disember 2014, Malaysia diuji dengan musibah dahsyat yang meruntun hati ramai pihak. Bencana alam banjir yang datang tanpa disangka itu telah akibatkan aktiviti harian negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang lumpuh teruk. Suasana di negeri terbabit tak ubah seperti lepas dilanda tsunami.

Atas sebab itu, ramai pihak tampil untuk membantu sediakan kediaman bagi keluarga yang terlibat.

Di Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri telah turun padang untuk mengawal selia program pembinaan semula penempatan penduduk. Sebanyak RM780 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang untuk membantu kira-kira 400,000 mangsa terjejas. Baginda turut mengingatkan kesemua pihak yang terlibat dalam projek penempatan tersebut supaya melaksanakan tanggunggjawab dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata sebanyak 2,374 rumah akan dibina melibatkan kerjasama dengan kerajaan pusat. Setiap rumah dianggarkan bernilai diantara RM40,000 ke RM48,000 seunit. Kerajaan Kelantan sendiri akan bina 600 unit rumah kekal. Beliau turut meminta ketua-ketua jajahan bagi setiap daerah mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai untuk penempatan semula ini. Beliau juga berharap,menerusi kerjasama bersama Kerajaan Pusat, akan mempercepatkan lagi usaha pembinaan penempatan kekal kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Kerajaan Negeri Terengganu pula mengambil inisiatif pantas dengan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat. Bagi rumah yang musnah, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, setiap rumah yang akan dibina semula menelan kos sebanyak RM40,000 ke RM48,000. Bagi 408 buah rumah yang alami kerosakan, peruntukan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 akan diberi.

Beliau juga memberitahu bahawa pembinaan itu akan dipercepatkan supaya keluarga mangsa banjir tidak tertunggu-tunggu untuk mendiami rumah yang baharu. Negeri Kedah walaupun tidak terlibat dalam banjir, turut melibatkan diri dalam menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk membina 53 unit rumah panjang di kawasan Kampung Karangan. Pembinaan rumah sementara itu akan dibina di padang Sekolah Kebangsaan Karangan. Rumah sementara itu akan digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sebelum rumah kekal yang bakal dibina oleh Kerajaan Pusat siap.

Selain itu, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Alam Flora Sdn Bhd telah membekalkan air bersih sebanyak 36000 liter sehari bagi kegunaan mangsa banjir di Kampung Karangan.

Sesungguhnya walaupun bencana banjir besar ini telah melibatkan kerugian harta benda kepada mangsa banjir, tetapi disebalik itu, ada hikmah yang tersembunyi apabila puluhan ribu sukarelawan hadir dari pelusuk Negara untuk turun membantu. Tanpa kira latar belakang politik, mereka bersama penduduk setempat telah bersatu hati berkongsi kepedihan yang sama.

Semoga mangsa banjir akan terus tabah hadapi ujian yang berat ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Tempangnya PAS Tanpa Nik Aziz

25 Februari 2015 : Pada malam jumaat yang penuh berkat, Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah dijemput untuk menemui PenciptaNya. Berita yang mengejutkan seluruh ahli PAS dan PASMA. Sebelum Subuh lagi, perkarangan rumah beliau dipenuhi ribuan ahli PAS. 

Ketika Solat Subuh, suasana tak ubah seperti ketika Solat Raya, orang solat melimpah hingga ke luar masjid. Ketika jam 10 pagi, pengunjung yang hadir dijangka cecah belasan ribu orang. Semua yang hadir semata-mata kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada seorang Tok Guru dan Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Nik Aziz ketika hayatnya memang terkenal sebagai seorang yang tegas dan berjiwa PAS. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya walaupun sekadar pendapat peribadi, tetapi telah dianggap sebagai pendirian rasmi PAS. Beliau seperti Sir Alex Ferguson bagi Pasukan Manchester United, apabila Alex Ferguson tinggalkan kepimpinan Manchester United, terpaksalah pasukan bola sepak terbaik dunia itu bermula semula dari peringkat bawah. Inilah yang dirisaukan oleh sebilangan ahli PAS, adakah setelah pemergian Nik Aziz, PAS akan kacau bilau dan terpaksa bermula dari bawah semula.

Jadi tak hairanlah apabila ada yang mengatakan bahawa Nik Aziz itu PAS, dan PAS itu adalah Nik Aziz.

Masih terngiang-ngiang lagi antara kalimah paling berbisa yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menjadi zikir terapi bagi ahli PAS yang benci UMNO ialah, beliau akan ludah muka orang yang berani sebut bahawa PAS akan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kerana itu, janganlah terkejut apabila selepas ketiadaan Nik Aziz, akan wujud semula isu kerajaan perpaduan ini dari mulut kepimpinan PAS.

Ketika Perdana Menteri umumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) beberapa tahun lepas, Nik Aziz telah samakan BR1M ini seperti dedak ayam. Jadi, pada tahun itu, ketika BR1M masih menggunakan sistem Baucar, maka ahli-ahli PAS yang menerima BR1M terpaksa tebalkan muka kerana diperli sebegitu dahsyat oleh Mursyidul Am sendiri. Tapi apakan daya, jika tak ambil BR1M iaitu duit ihsan Kerajaan Barisan Nasional, nanti tak berasaplah dapur kat rumah, tak berbayar pula bil air dan elektrik. Jadi, dedak ayam pun dedak ayamlah, yang penting perut kenyang.

Nik Aziz ketika hayatnya kerap berulang kali menyebut ingin melihat undang-undang hudud dilaksanakan dan wujudnya Kerajaan Islam di Malaysia. Walaupun Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan laksanakan hudud, tetapi ada sahaja polemik-polemik dan drama yang dicipta supaya kegagalan hudud Kelantan dijadikan sebagai kegagalan Kerajaan Persekutuan. Maka ahli PAS pun dengan penuh kejumudan menyalahkan Kerajaan Persekutuan sebagai punca Hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia. Hebat betul Nik Aziz.

Janganlah kita menutup realiti bahawa jika wujud 10 orang pejuang politik dalam PAS seperti Nik Aziz, nescaya PAS akan jauh lebih maju dan jauh lebih berani dalam menghadapi arus politik. 

PAS tak perlukan pemimpin talam dua muka seperti Mohd Sabu dan Mahfuz Omar. PAS juga tak perlukan pemimpin muda yang tiada arah tujuan seperti Suhaizan Kaiat mahupun pemimpin lanjut usia yang rosak akhlak seperti Mustafa Ali. Apa yang PAS perlukan ialah lebih ramai pemimpin penuh karisma dan berprofil tinggi seperti Tuan Guru Nik Aziz. 

Al – Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati rohnya dan tempatkan beliau disamping insan-insan yang soleh.

Disediakan oleh : EDITOR

Ketua Polis Tak Gentar Diugut Bunuh

25 Februari 2015 : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’.

Khalid dalam kenyataan hari ini berkata ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.

“Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Dalam video YouTube itu, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka “Anak Malaysia Anti Demokrasi” mengugut untuk membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya.

Video yang dikongsi oleh Facebook anti-Umno, “Ameno World”, menunjukkan tiga lelaki berpakaian serba hitam dan menutup muka membuat ugutan itu dengan latar belakang bendera Malaysia.

Individu dalam video itu berkata Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi “maju dan dihormati kerana rakyatnya tidak memilih saluran demokrasi untuk menjatuhkan petualang yang melindungi rejim yang korup”.

“Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh ketua polis negara, meletupkan keretanya.

“Dengan itu, semua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi,” kata individu itu.

Buru bersama SKMM

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menyifatkan bahawa penyiaran video ugutan itu tidak bertanggungjawab.

Malah, katanya, ia menunjukkan bahawa kumpulan itu tidak mengenal erti sebenar sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Khalid juga berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan identiti pengugut itu.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu gugat keamanan yang kita kecapi selama ini,” katanya. 

Dipetik daripada sumber : BERNAMA / Malaysiakini.com

Ketua Pemuda Pas Otak 3 Suku

25 Februari 2015 : Patutlah karier Suhaizan Kayat Ketua Pemuda Pas sekejap tenggelam sekejap timbul dalam politik, rupanya memang dia jenis tidak ambil peduli keadaan semasa.

Baru-baru ini Suhaizan mendakwa UMNO ada helah untuk tidak bertanding di Dun Chempaka. Helah itu kononnya UMNO akan pecah belahkan hubungan Pas dan PR. 

Tindakan UMNO boleh timbul rasa curiga dikalangan pemimpin pakatan yang lain tentang perpaduan antara Pas dan Umno.

Nampak sangat Ketua Pemuda Pas tidak tahu dan tidak pernah ambil kisah tentang kehidupan rakyat Kelantan sekarang. Umum sedia maklum bahawa Kelantan baru sahaja mengalami musibah banjir yang paling buruk akibat kerakusan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan pembalakkan secara berleluasa.

Maka, atas sebab itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata secara peribadi beliau berpandangan mungkin Barisan Nasional tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Katanya lebih baik menumpukan usaha untuk kerja pemulihan pasca banjir di negeri Kelantan.

Banyak lagi kerja-kerja untuk rakyat yang patut beri tumpuan selain dari bermain politik dengan pakatan. Malah UMNO dapat menjimatkan peruntukkan pilihan raya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Agenda rakyat sentiasa UMNO dahulukan, biarpun Kelantan diperintah oleh PAS, tapi UMNO Kelantan melalui kerajaan Pusat memberikan apa yang terbaik untuk rakyat.

Suhaizan tidak perlu menunjuk hero mendakwa UMNO ada agenda tersirat. Lebih baik beliau mempertahankan Presiden PAS yang kini sedang diasak oleh kumpulan haluan kiri parti mereka dari mengeluarkan dakwaan yang bukan-bukan.

Disediakan oleh : EDITOR

Pengampunan DiRaja: Anwar “Tidak Bersalah”? Apa Yang Nuha Karutkan Ini?


nuha 

25 Februari 2015 : Saya faham, sebagai isteri, anak dan keluarga banduan yang baru dipenjara, sudah tentulah hati mereka gundah-gulana dan susah hati. Jika seseorang itu dipenjara sehari dua pun sudah mampu merisaukan keluarga terdekat, apatah lagi untuk tempoh lima tahun, bukan?

Mungkin itulah yang sedang dirasai oleh Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Nurul Nuha dan seluruh keluarga Anwar. Jika dulu mereka meletakkan bunga kecil berwarna putih ketika Anwar pertama kali dipenjara di Sungai Buloh, kali ini mereka gunakan hak petisyen permohonan pengampunan DiRaja pula.

Saya tidak memandang serong pada hal permohonan pengampunan DiRaja tersebut. Itu hak Anwar dan keluarganya menurut Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan. Terserahlah mahu mohon keampunan DiRaja itu atau tidak.

Cuma, yang saya tidak dapat terima ialah ALASAN yang diberikan Nurul Nuha dalam justifikasi permohonan pengampunan tersebut.

Katanya, dia dan keluarga membuat permohonan itu kerana percaya Anwar tidak bersalah. Kemudian, dia istilahlah Anwar sebagai “tahanan politik”. Malah Nuha mendakwa prinsip-prinsip keadilan telah diketepikan dan kononnya Anwar difitnah.

Benarkah Anwar “tidak bersalah”? Benarkah Anwar “tahanan politik”? Benarkah prinsip-prinsip keadilan diketepikan? Dan benarkan Anwar difitnah?

Saya tertanya-tanya, fakta menunjukkan bahawa mahkamah bersidang dalam tempoh hampir tujuh tahun, dibicarakan dengan adil dan Anwar diberikan hak membela diri termasuk memanggil seluruh “panglima” peguam yang handal-handal dan saksi dari luar serta dalam negara, apakah itu masih lagi tidak adil?

Malah pengalaman saya yang berada di dalam bilik Mahkamah Tinggi mengikuti perbicaraan Liwat II, Anwar diberikan hak untuk membela diri di kandang saksi, mengapa dia memilih untuk membela diri di kandang orang kena tuduh (OKT) sedangkan dia tahu keterangan di kandang itu tidak sesekali akan digunapakai oleh mahkamah?

Kemudian, Anwar tegar dengan pendirian “hikayat konspirasi”nya ketika berhujah di kandang OKT tanpa sebarang bukti kukuh yang menyokong hujahnya. Siapa suruh pilih untuk kemukakan hujah “basi” dari kandang yang tidak dipeduli mahkamah?

Di pihak Saiful Bukhari pula, segala bukti-bukti kukuh dikemukakan dan semua keterangan yang berkreadibiliti turut dinyatakan di kandang saksi sebagaimana prosedur yang sepatutnya. Tiada sebarang masalah pun…

Namun pada 9 Februari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah. Keputusan itu telah disambut dengan baik oleh Anwar, keluarga dan ribuan penyokongnya yang hadir di perkarangan mahkamah ketika itu.

Sejurus diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah, Anwar, keluarga dan seluruh penyokongnya memuja-muji sistem keadilan negara yang disifatkan sebagai sangat adil, mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan pelbagai kata-kata manis diberikan pada institusi kehakiman negara.

ANWAR_FAMILY_ROYAL_PARDON_APPLICATION_TMI_PIC_240215
 
Ketika itu, tidak timbul “prinsip-prinsip keadilan diketepikan” pula. Malah para penyokong Saiful Bukhari dan mereka yang percaya Anwar meliwat pun jelas menghormati keputusan mahkamah itu dengan baik tanpa mendakwa mahkamah dicatur Kerajaan atau mana-mana pihak.

Tapi kini bila Mahkamah Rayuan menerima rayuan mangsa Saiful Bukhari dan memutuskan Anwar bersalah, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, serta seteruskan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan hukuman tersebut, tiba-tiba timbul pula “prinsip keadilan diketepikan”?

Pelik benar pemahaman Nurul Nuha mengenai prinsip keadilan. Bila bapanya “tidak bersalah”, dia anggap mahkamah “ok”, tapi bila bapanya diputuskan bersalah, tiba-tiba pula mahkamah “tidak ok”? Ini lebih teruk dari “double standard”, bukan?

Fahamkah Nuha tentang istilah “tahanan politik”? Sila “google” maksud sebenar istilah berkenaan atau tanyalah mana-mana ahli akademik mengenai istilah itu dari sudut bahasa dan definisi, saya yakin mereka akan ketawakan Nurul Nuha.

Bagaimana hendak disifatkan Anwar sebagai tahanan politik sedangkan dia menjalani perbicaraan secara adil di mahkamah tanpa sebarang campur tangan politik sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahupun Istana Kehakiman?

Dan bagaimana pula untuk didefinisikan bahawa Anwar “difitnah” dalam kes jenayah itu sedangkan semua bukti kukuh dan keterangan di mahkamah itu adalah berstatus “beyond reasonable doubt”. Nurul Nuha boleh bertanya pada mereka yang belajar undang-undang mengenai istilah tersebut.

Saya tidak menyebelahi Saiful Bukhari, mahupun Anwar dalam hal ini. Yang benar tetap benar dan yang salah perlulah menerima hukuman sewajarnya. Tiada dakwa-dakwi sama ada bersalah atau tidak setelah mahkamah membuat keputusan kerana saya percaya pada kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Jadi, tidak perlulah Nurul Nuha mengikut jejak langkah “baba”nya, ibunya (isu mana Omega?) dan kakaknya dengan mengeluarkan hujah yang sangat rapuh untuk dipatahkan.

Jika sudah hantar permohonan pengampunan DiRaja, sudahlah. Tidap perlu memberi ulasan mengarut kepada media. Cukuplah Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah jadi “tukang karut”, Nurul Nuha nak ikut jejak langkah mereka juga?

Disediakan oleh : EDITOR