Wednesday, February 11, 2015
Grand Finale Yang Tidak Grand (Kes Anwar Ibrahim)
10 Februari 2015 : PADA saat artikel ini ditulis, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam
perbicaraan liwat Anwar sedang membacakan fakta kes dan penemuan
mereka.
Sementara menanti perkara tersebut selesai, penulis nak
mengingatkan tentang perhimpunan Grand Finale Rakyat Hakim Negara yang
diadakan semalam di Petaling Jaya.
Mungkin ramai tidak ingat bahawa Grand Finale ini sepatutnya diadakan
di Stadium Melawati Shah Alam tapi pada saat-saat akhir, ia dipindahkan
ke padan Amcorp Mall kerana katanya bimbang stadium nampak kosong,
takdak orang.
Kurang-kurang dengan buat di padang terbuka dalam gelap sebelah
Amcorp Mall itu, dapatlah buat wayang fotografi dengan memanfaatkan
kegelapan malam. Konon-kononnya ramai sangatlah yang datang, biasalah.
Tapi dah pindah pun tetap takde orang juga.
Apa pun nak cakap, yang pasti malam tadi Grand Finale yang
diharapkan, tidak menjadi.
Tambah pulak tanpa kehadiran Hadi Awang,
hanya puak-puak liberal PAS saja yang hadir, lagilah tak grand
nampaknya.
Kena juga ingat, sebelum sesi ceramah bermula, ada acara makan, konon
sempena sambutan Tahun Baru Cina, itupun tak ada orang juga. Agaknya
kalau takdak makan sebelum tu, lagi hijau kawasan itu dek kurangnya
orang.
Semua ini menunjukkan pengaruh Anwar sudah kurang. Minat rakyat
terhadap kesnya pun sudah merosot. Menjadikan soal dia didapati
bersalah atau tidak hari ini bukan faktor, yang nyata, orang memang
sudah tidak begitu pedulikan dia.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment