Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini.
Wednesday, January 07, 2015
Hadith Palsu: @anwaribrahim Sedang Menempah Neraka.
Posting sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat
kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau
dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian
mendiang Karpal Singh.
Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa.
Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu
sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun
telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah Pakatan
Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam rakaman di atas.
Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:
Dari ‘Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan
Qaid bin Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di
hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka
berdua: “Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan
Ahludz-Dzimmah.
Mereka berkata: “Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah
di hadapan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri.
Dikatakan kepada beliau: ‘Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi’.
Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bukankah ia juga
manusia” [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960,
An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].
Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau lemah
namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala
kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah seputar hadith
Nabi berdiri hormat jenazah di sini.
Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas
Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan
pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar Ibrahim
bertaubat, menarik balik kata-katanya.
Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk
sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau
sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:
“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak
pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam
neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini.
Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut. Jika
kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak tunduk sembah mayat
Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati agama mereka.
Allahua’lam…
Dipetik daripada : http://www.abuaqifstudio.com/2014/04/hadith-palsu-anwaribrahim-sedang.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment