Wednesday, January 07, 2015
Ada Apa Dengan Anwar Ibrahim, Bekas Menteri dan Bekas Ketua Pengarang Media Arus Perdana?
7 Januari 2015 : Penulis tertarik
kepada satu laporan portal berhubung dengan pendedahan tentang “latest
move” oleh Anwar Ibrahim, iaitu “membeli” bekas menteri untuk jatuhkan
UMNO serta bekas pengarang media arus perdana.
Bagi penulis, ini adalah kehebatan Anwar,
yang mempunyai pelbagai strategi untuk menggapai cita-cita selaku
Perdana Menteri “at all cost”. Tentunya Anwar sedar, bahawa teknik dan
taktik yang digunakan era PRU13 diklasifikasikan sebagai gagal. Gerakan
melalui NGO dan aktivis rakyat, tidak mampu menumbangkan kerajaan
pimpinan Najib Razak. Maka, tidak hairanlah untuk dia mengorak langkah
bagi pendekatan yang berbeza.
Kita masih ingat lagi, bagaimana idea 16
September mampu mengundang resah kepada lawan, apatah lagi dengan
kemahirannya berpidato, sehingga mampu meyakinkan sesiapa yang
mendengarnya. Laungan takbir dan reformasi bergema acapkali 16 September
diucapkan. Namun, Allah jua yang berkuasa, sehingga ianya menjadi
pembohongan terbesar Anwar ke atas para penyokongnya.
Pada hemat penulis, strategi terbaru
Anwar ini adalah berdasarkan apa yang sedang berlaku. Umum
mengetahuinya, bahawa kritikan-kritikan mantan Perdana Menteri, Tun
Mahathir tidak boleh dinafikan, menyebabkan imej Perdana Menteri Najib
Razak terjejas. Oleh yang demikian, adalah tindakan bijak dari dari
Anwar untuk “membeli” golongan yang dimaksudkan oleh portal berkenaan,
dengan harapan ianya juga membawa impak yang sama seperti
kritikan-kritikan dari Tun M.
Apatah lagi, sekiranya golongan tersebut
pernah, satu ketika menjadi sebahagian dari kabinet dibawah pentadbiran
Tun M. Ia adalah bonus kepada Anwar, secara tidak langsung menggunakan
aura Tun untuk terus menyerang Najib Razak, yang penulis pasti, tujuan
utamanya adalah untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6
itu.
Dengan tidak menyertai Anwar dan PKR,
golongan yang menjual maruah perjuangan ini dapat berselindung dan
berpura-pura tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan Anwar.
“Opportunists”; tipikal Anwar, yang semua orang faham.
Tanyalah Zahid Mat Arip, bagaimana Anwar
menggunakan Tun Ghaffar dalam meraih cita-citanya at all cost? Tanyalah
bekas-bekas pemimpin yang pernah dihampiri oleh Anwar. Apakah nama
mereka tidak dijual dalam memburu sokongan?
Anwar tentu sudah tidak boleh menggunakan
kaedah yang sama kerana Zahid Mat Arip, berjaya mendedahkan taktik itu.
Taktik “tanam tebu di tepi bibir” oleh Anwar Ibrahim juga hampir reput,
tanyalah Bung Mokhtar.
Dalam tersiksa bathin memikirkan apa
seterusnya, senario semasa memberinya ruang dan peluang untuk
dimanipulasi. Laungannya tetap sama, iaitu reformasi; yang saban hari
kita tatap sambil tersenyum lucu dari laman sosial Facebook Asrul Samad,
pentegar Anwar Ibrahim.
Cuma, sedang bekas menteri dan ketua
pengarang media arus perdana yang telah “dibeli” (seperti dakwaan portal
berkenaan) memainkan peranannya, para pemimpin UMNO perlu ingat,
bahawa taktik Anwar yang paling berkesan ialah menyusup masuk ke parti
lawan, sambil parasit-parasitnya mengeluarkan toksik yang akhirnya
melumpuhkan sistem saraf parti berkenaan dari dalam.
Dengan itu, tanpa perlu Anwar menjadi waima ahli parti itu sekalipun, kuasanya sangat ditakuti dan ditaati.
Tentunya Januari adalah masa terbaik
untuk mula mengorak langkah dengan strategi baru untuk menggulingkan
Najib Razak, dengan mengoptimakan bilangan hari terbanyak dalam satu
bulan; iaitu 51 hari. Kita tunggu apa yang bakal berlaku pada 50 Januari
2015.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment