Wednesday, January 07, 2015
RM800 Juta Bantu Mangsa Banjir Terlalu Melampau Jumlahnya?
7 Januari 2015 : Apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad
Maslan mengumumkan setakat ini hampir RM800 juta telah dibelanjakan bagi
mengerakkan operasi membantu penduduk di beberapa negeri termasuk
Kelantan yang terjejas dengan musibah banjir besar maka ramailah
pemimpin PR yang melalak mempertikaikan jumlahnya.
Ada yang secara sinis menganggap jumlah tersebut nampak melampau dan
tidak masuk akal dengan alasan wujud kelemahan dalam pengurusan banjir
kali ini dan ada juga pemimpin PR yang cuba menimbulkan spekulasi
kononnya berlaku ketirisan justeru itu didesak supaya dilakukan audit ke
atas semua perbelanjaan tersebut.
Di kalangan penyokong taksub PR pula terutama sekali dari PAS dan PKR
macam biasa cuba bermain dengan propaganda murahan dengan menyelit
komen-komen berbaur fitnah dengan mendakwa hanya sebahagian kecil sahaja
dari peruntukan itu yang sampai kepada mangsa banjir, selebihnya kata
mereka masuk poket pemimpin BN.
Semua reaksi negatif dari pemimpin PR dan penyokong mereka itu mudah
untuk faham tujuannya. Biasalah bila melibatkan soal kewangan Kerajaan
Pusat tambahan pula dengan jumlah sebesar RM800 juta itu jika dapat
disensasikan hingga menimbulkan spekulasi buruk di mata rakyat maka
mereka mengharapkan keuntungan politik untuk PR.
Perangai begitu jelas menunjukkan tahap kronik betapa busuknya hati
pemimpin PR. Kalau mereka bukan jenis busuk hati dah tentu mereka faham
peruntukan berjumlah RM800 juta yang telah dibelanjakan itu tidak hanya
melibatkan kos makan minum kepada mangsa banjir semata-mata tetapi turut
merangkumi kos operasi logistik.
Apa sangatlah belanja berjumlah RM800 juta demi nak menjaga
kepentingan lebih 250,000 mangsa banjir dan berjuta lagi rakyat yang
terjejas akibat bencana ini. Jumlah RM800 juta itu tak melampau pun
sebaliknya bila kita halusi sebenarnya masih banyak lagi peruntukan
diperlukan untuk mengurus bencana banjir dan mangsa yang terlibat.
RM800 juta bila dibahagikan dengan 250,000 orang mangsa banjir yang
terlibat termasuk gampir 160,000 orang di Kelantan secara purata setiap
mangsa banjir diperuntukan RM3,200. Tapi bagi yang cetek akal mereka
membuat kesimpulan yang jumlah RM3,200 itulah kos yang dibelanjakan
Kerajaan bagi menanggung makan minum setiap mangsa banjir.
Walhal dalam mengendalikan operasi menyelamatkan rakyat dari musibah
banjir besar ini kos RM800 juta itu seperti penulis nyatakan awal tadi
turut melibatkan kos logistik dan proses penbersihan pasca banjir. Ahmad
Maslan pun sudah jelaskan dalam kenyataannya itu tapi puak PR masih
juga buat-buat bodoh sombong.
Sekadar untuk pencerahan, untuk pengetahuan semua setiap kali pesawat
C130 terbang membawa bekalan makanan untuk dihantar ke negeri yang
dilanda banjir, pesawat itu perlu diisi dengan minyak yang kosnya
mencecah RM50,000 untuk sekali penghantaran. Setiap hari pesawat C130
ini melakukan 8 penghantaran bekalan bantuan.
Sekali terbang C130 bawa bersamanya bekalan bantuan yang beratnya
mencecah 18 tan. Setakat ini beratus-ratus tan barangan keperluan untuk
mangsa banjir dihantar menggunakan pesawat tersebut. Hampir tiga ribu
tan lagi dihantar melalui jalan darat.
Sejak dari awal banjir berlaku hingga kini sebanyak 3 pesawat C130
beroperasi dengan setiap satunya melakukan 8 kali tugasan penghantaran.
Jika dalam tempoh 10 hari pesawat-pesawat itu beroperasi sudah RM12 juta
hangus untuk bahan api sahaja. Bukan murah kosnya.
Dah selesai pesawat C130 hantar bekalan bantuan, kenderaan seperti
lori tentera dan milik sewa pula digunakan untuk hantar ke pusat
pemindahan. Beratus-ratus buah lori dan kenderaan pacuan empat roda
digunakan. Semua kenderaan ini memerlukan bahan bakar untuk bergerak,
kalau kita sumbat dengan air banjir nanti meragam pula enginnya.
Di sesetengah kawasan lori tak dapat masuk ke kawasan pemindahan,
jadi nak tak nak kena guna bot tentera, polis dan bomba. Bot tak cukup
kita perlu sewa dengan dengan pihak swasta atau individu. Sekali lagi
minyak perlu di isi kalau isi setakat RM10 cukupkah? Dah tentu tak
cukup.
Ada tempat di Kelantan, Pahang dan Terengganu tak dapat dimasuki lori
dan bot, maka kerajaan mengerahkan penggunaan helikopter untuk hantar
bantuan. Kos bahan api helikopter sekali penerbangan anggaran lebih
kurang RM4,000 hingga RM6,000 hangus. Kalau setakat isi RM100 sahaja
minyaknya dah tentu tak ke mana-mana helikopter tersebut.
Dan jangan lupa setiap beberapa kali penerbangan C130 dan helikopter
perlu ada proses selenggaranya. Dah tentu kosnya bukan sekadar RM100.
Demikian halnya dengan lori-lori dan pacuan empat roda yang diguna pakai
bila kerap digunakan ada waktunya perlu juga berehat sekejap untuk
diselenggara membetulkan mana yang kurang.
Nak angkat barangan bantuan pula kena guna tenaga manusia. Tentera,
polis, bomba, jabatan pertahanan awam dan petugas kerajaan yang
bertanggungjawab dengan urusan ini kita tanggung makan minum mereka dan
diberi elaun tugasan luar dan kerja lebih masa. Jumlah mereka bukannya
10 atau 20 orang, tapi berpuluh ribu orang. Semuanya ini melibatkan
wang.
Untuk angkut semua petugas dan kakitangan kerajaan berkhidmat di
kawasan ke negeri-negeri yang dilanda banjir juga membabitkan kos. Ada
kos sewa kenderaan, ada kos upah pemandu, ada kos minyak dan macam-macam
lagi.
Bila menguruskan orang ramai yang bersesak di pusat pemindahan, nak
tak nak kena sediakan ambulan dan pusat rawatan bergerak untuk kemudahan
perubatan. Ada ambulan sahaja tak cukup, kena juga ada doktor dan
jururawat. Itu juga melibatkan kos.
Di sesetengah pusat pemindahan banjir pula kerajaan tugaskan ramai
kaunselor untuk mengurus emosi mana-mana mangsa banjir yang terganggu
dengan fikiran mereka kerana musibah ini. Itu pun kos juga.
Dah selesai semua itu, bagi sesetengah tempat yang memasuki fasa
pasca banjir memerlukan pula proses pembersihan. Nak cuci sekolah, jalan
raya, balai polis dan lain-lain tempat kemudahan awam setakat guna
pancuran air biasa tak begitu efisien. Kena ada mesin pancutan air yang
berkuasa tinggi. Itu pun bukan percuma.
Untuk kawasan yang dipenuhi sampah sarap pembalakan kerajaan terpaksa
sewa atau upah pemilik jentolak untuk bersihkan jalan raya dan sungai.
Kayu balak yang merintangi jalan raya dan rumah penduduk, nak angkat
beramai-ramai guna kudrat manusia tak terdaya, jadi kena juga panggil
dan sewa jentolak dan lori balak untuk mengangkatnya.
Pendek kata bila melibatkan pengurusan bencana banjir yang
menenggelamkan Kelantan serta membanjiri beberapa negeri lain dan
menjejaskan ratusan ribu orang, suka atau tidak kita kena terima hakikat
banyak wang ringgit akan terbang melayang. Tapi demi kepentingan rakyat
tiada salahnya.
Setakat bercakap mempertikaikan itu
ini semata-mata nak wujudkan spekulasi dan persepsi buruk memang mudah
sebab yang buat kerja rumit setia berkhidmat dari awal sampai akhirnya
pihak kerajaan juga.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment