Wednesday, January 07, 2015
KDN Tidak Akan Kompromi Dengan Penyebaran Fitnah
8 Januari 2015, KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak
akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja menimbulkan
fitnah di media sosial dan memburukkan kerajaan berhubung saluran
bantuan dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bukan
sahaja memandang serius berhubung hal terbabit malah akan mengambil
tindakan segera menangkap individu terlibat.
“Kita tidak pandang enteng isu ini malah jika ada pihak yang sengaja
memburukkan kerajaan dan menimbulkan fitnah mereka akan dikenakan
tindakan segera.
“Ini perlu memandangkan mereka sengaja menimbulkan kekeliruan yang
kononya kerajaan pilih bulu dalam soal menyampaikan bantuan dalam
bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri di pantai timur,”
katanya kepada media ketika melawat dua pegawai yang cedera dalam
insiden helikopter terhempas di Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) Kubang Kerian, malam tadi. – SINAR HARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment