Wednesday, January 07, 2015
1MDB Masalah Kerajaan, Anwar Tak Payah Sibuk-Sibuk
7 Januari 2015 : BILA berlaku bencana banjir dan batang
tubuh Anwar serta culai-culainya tidak dilihat dimana-mana untuk
membantu mangsa banjir, alasan Anwar (selain tidak ada tiket kapal
terbang) ialah tugas menguruskan bencana banjir ini adalah tugas Datuk
Seri Najib Tun Razak, bukan kerja dia katanya.
Oklah, kita terima. Memang itu tugas
Najib pun dan Najib sudah melaksanakan tugas itu dengan baik dan
sempurna, termasuk di negeri yang pembangkang perintah, Kelantan.
Lagipun semua orang tahu Anwar hanya pandai cakap, bukan reti buat dan
dia sentiasa guna ungkapan “tunggu saya jadi Perdana Menteri dulu” kalau
nak berkhidmat kepada rakyat.
Tapi dalam masa yang sama, kenapa Anwar
dan culai-culainya boleh sibuk dalam hal lain yang juga menjadi
tanggungjawab kerajaan dibawah pimpinan Najib seperti 1MDB?
Kenapa dalam hal banjir guna alasan itu
tugas Najib tapi dalam hal 1MDB Anwar dan culai-culainya nak sibuk-sibuk
pulak? Biarkanlah kerajaan uruskan macam mana pun syarikat tu, nak
ganti Pengarah Urusan ke nak ganti tukang cuci ke apa, yang Anwar apa
nak sibuk-sibuk?
Jika Anwar kata sebagai ketua pembangkang
dia ada hak, dimanakah ‘hak’ itu pergi bila rakyat dilanda musibah
teruk di Kelantan. Kenapa hak untuk mewakili rakyat ini boleh
berpilih-pilih, dalam hal ini (1MDB) aku ada hak, dalam hal lain
(banjir), itu kerja Najib.
Menunjukkan bahawa, Anwar hanya
interframe bila ada bahagian yang menyebelahi dia. Macam banjir di
Kelantan, dimana hampir semua agensi kerajaan negeri Kelantan gagal
berfungsi, ahli Parlimen Pakatan dari PAS pun ramai yang hilang dari
kawasan semasa banjir dan sebagainya, itu Najib punya hal, aku takdak
kena mengena pasal bukan Perdana Menteri.
Nak bagi mudah pemahaman, dalam keadaan
macam ini dimana rakyat nak lihat penyelesaian segera, Najib yang pikul
semua, Anwar balik pada realiti bahawa dia tidak boleh buat apa sesuatu
pun untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun Kelantan adalah negeri
yang PAS perintah – PAS adalah komponen Pakatan Rakyat yang Anwar
tubuhkan.
Tapi bila ada soal yang kabur, kelabu
sana sini macam 1MDB, masa itulah Anwar cuba nak jadi hero, konon nak
selamatkan duit rakyat dan sebagainya. Kenapa masa ini Anwar tak kata
itu masalah Najib? Sebab, dalam hal macam ini Anwar ada kelebihan untuk
tonjolkan diri.
Anwar ni macam Hitler dalam era perang
dunia ke dua. Bahagian ‘bung bang bung bang’ depan rakyat sampai
bersembur air liur macam hebat, dialah orangnya. Tapi diakhirnya, kalah
juga perang dan dalam kes Hitler, terpaksa bunuh diri dibawah kubu bawah
tanah di Berlin.
Anwar, penulis tak tahu macam mana
penyudah nasibnya, mungkin tak bunuh diri macam Hitler kot, setakat
kembali merengkok dalam penjara sebab buat hal tak pakai kondom.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment