Wednesday, January 07, 2015
Perdana Menteri Kembali Bertugas
7 Januari 2015, Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak
kembali bertugas hari ini selepas bercuti rehat berikutan terkena
jangkitan bakteria Escherichia coli (E.coli) dengan mempengerusikan
mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Perdana Menteri dalam catatan Twitternya berkata: “Alhamdullilah, kembali kerja hari ini.
” Terima kasih kepada semua, termasuk rakan-rakan online yang telah doa bersama ucapan-ucapan cepat sembuh,” katanya.
Dalam satu lagi tweet, Najib berkata, agenda utama mesyuarat Kabinet
hari ini adalah membincangkan isu berkaitan banjir dan usaha untuk
membantu mangsa banjir yang terjejas.
Najib turut memuatkan gambar beliau dan beberapa menteri Kabinet,
termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menghadiri
mesyuarat itu.
Najib sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan E. coli semasa melawat
kawasan banjir di beberapa negeri baru-baru ini dan telah dinasihatkan
doktor supaya berehat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment