Monday, May 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Abd Malik & Abidah

SELAMAT PENGANTIN BARUABD MALIK & ABIDAH

Pada 28 Mei 2011, suami saya telah memulakan perjalanan seawal pagi untuk menghadiri kenduri kahwin di rumah Allahyarham Tn Hj Ahmad Dalan Long iaitu Arwah Imam di Kampung Pancor. Majlis perkahwinan anakandanya iaitu Abidah bersama pilihan hatinya Abd Malik. Selaku anak jati Kampung Panchor, saya telah menghadiri majlis kenduri ini seawal jam 10.00 pagi kerana selepas daripada itu, banyak lagi majlis yang perlu dihadiri termasuklah di PRSP Paroi dan juga di Kuala Lumpur.

Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika berada di majlis tersebut.


Cik Sarip bersama dengan Idris, Hanafiah dan Faiz berbicara tentang sesuatu..Ruang penyediaan air minumanEn Manaf, Pengerusi JKKK Kg PanchorBanner yang memaparkan wajah kedua-dua mempelaiBelia petugas kenduri turut sama rancak berbualKelihatan rancak membicarakan isu-isu semasaCik Sarip dengan sudip masakannya...Di bahagian penyediaan lauk-paukRancak menjalankan tugasan masing-masingBegitu juga di bahagian masakan...Masih rancak berbual.. Cik Ustazah Hjh Rohani bergambar bersama ahli keluarga pengantin Lagi gambar dirakamkanPelamin yang bertemakan warna biruTersergam indah...Gambar dari hadapan... Suasana di dalam rumah...Para tetamu mula mengambil makanan bagi memulakan acara 'makan pangkal'Suasana ketika makanMeriah juga dengan pelbagai topik perbualanHanafiah dan Idris... rakan sekampung suami saya..Ibu mertua saya dan Cik Iton yang baru tiba...Suasana meriah ketika makan...

Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah SSDE : Ketibaan di Taman Berembang, Pelabuhan Klang

21 Mei 2011, Klang : Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) kali ini kembali menemui rakyat Selangor, dan kali ini ia telah berjaya dilaksanakan di Taman Berembang, Pelabuhan Klang. Ceramah SSDE ini terus mendapat sambutan rakyat dengan penduduk tempatan membanjiri khemah di mana ceramah berlangsung.

Ceramah kali ini menampilkan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dan juga YB Tuan Gobalakrishna, Ahli Parlimen Padang Serai. Ceramah telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 12.00 tengah malam.

Di dalam folder ini dirakankan gambar-gambar sewaktu sebelum bermulanya ceramah SSDE ini. Manakala di dalam folder berikutnya juga EDITOR memuatkan gambar-gambar di mana berlangsungnya program ini.


Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah SSDE : Sesi Alu-Aluan

21 Mei 2011, Klang : Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua UMNO Bahagian Klang iaitu Datuk Mazlynoor Abd Latif. Kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Datuk Teh Kim Poh, Pengerusi MCA Bahagian Klang. Kedua-dua tokoh pimpinan tempatan ini telah mengulas pelbagai kelemahan di dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Darul Ehsan ini.
Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah SSDE : Ceramah Bermula

21 Mei 2011, Klang : Berikut pula merupakan gambar-gambar ketika ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) berlangsung dengan dimulakan oleh ceramah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM dan diikuti dengan ceramah YB Tuan Gobalakrishna, Ahli Parlimen Padang Serai.Disediakan oleh : EDITOR