Wednesday, May 04, 2011

Kenyataan DAP hanya bakar sentimen kaum Cina – SUPP

MIRI 21 April – Kenyataan DAP mengenai isu wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak hanya untuk mencurah minyak ke dalam api, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lee Kim Shin.


Beliau berkata, parti pembangkang itu hanya mahu terus mengelirukan masyarakat Cina di Sarawak mengenai isu yang sepatutnya diselesaikan selepas keadaan kembali tenang.


“Ini bukan masanya untuk menambahkan kekeliruan, yang hanya akan membawa kepada keputusan tidak rasional. Perkara ini patut diputuskan selepas semua orang telah bertenang,” katanya kepada pemberita selepas sesi berjumpa rakyat, di Pejabat SUPP Miri, di sini hari ini.


Beliau mengulas laporan media semalam, yang memetik Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai berkata, pelantikan menteri daripada SUPP tidak membawa sebarang perbezaan bagi masyarakat Cina di Sarawak.


Dipetik daripada – BERNAMA

No comments:

Post a Comment