Beberapa hari lepas penulis ada menulis mengenai harga minyak yang tidak naik dan apa yang dilakukan pembangkang mengenainya, sama ada nak puji kerajaan atau apa. Tapi dalam penulisan tersebut, penulis ada mengatakan bahawa kalau minyak tak naik akan ada benda lain yang naik untuk menampung perbelanjaan subsidi kerajaan.
Dan buktinya, tarif elektrik pulak naik semalam.
Penjelasan kerajaan, untuk rakyat (pengguna domestik) yang menggunakan elektrik lebih 3ookw sebulan, akan ada kenaikan, untuk yang tidak menggunakan tenaga sebanyak itu, tidak berlaku kenaikan langsung. Tapi siapa yang peduli? Yang mereka tahu asal saja ada yang naik, akan adalah bantahan, lebih lagi bila pembangkang masuk campur.
Sudahlah selama ini pun pembangkang sering memainkan isu subsidi kerajaan kepada IPP yang dikatakan menjadi punca TNB sering menaikkan harga tarif. Kebenaran disebalik dakwaan itu masih tidak terbukti dimana-mana kerana jikapun ada subsidi kepada IPP, ia untuk rakyat juga akhirnya kerana dengan subsidi itu IPP menjual tenaga yang lebih murah kepada TNB dibanding tanpa subsidi.
Personaliti yang sering jadi sasaran ialah Vincent Tan (melalui Berjaya Group) yang dikatakan kroni orang tertentu tapi ramai tak tahu, selain Vincent Tan ada ramai pengusaha IPP lain yang dimiliki bumiputera antaranya Jimah Power di Negeri Sembilan.
Yang ada otak fahamlah, yang tiada otak bagaimana?
Berbalik pada isu kenaikan tarif ini, banyak pihak nak menuding jari kepada TNB walaupun TNB sendiri terikat kepada kerajaan. Sebagai GLC yang dimiliki sebahagiannya oleh Khazanah Holding Bhd – sayap pelaburan utama kerajaan dibawah Kementerian Kewangan, TNB tidak punya autonomi untuk menaik atau mengurangkan tarif sesuka hati.
Sama halnya dengan syarikat utiliti lain milik kerajaan seperti TM, PLUS dan Pos Berhad (kini milik Tan Sri Syed Bukhari).
Ramai rakyat yang tidak tahu bahawa peranan kerajaan di dalam selia kawal syarikat berkaitan kerajaan ialah “Hands Off, Eyes On”. Maksudnya dalam banyak hal berkaitan operasi GLC, kerajaan tidak akan masuk campur kecuali bila ia berkaitan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.
Dalam hal ini, kenaikan tarif elektrik.
Jadi suka atau tidak, ini (kenaikan tarif) memang sebenarnya keputusan kerajaan, bukan TNB dan apakah pertimbangan kerajaan bila menaik atau menurunkan tarif TNB? Tidak lain dan tidak bukan subsidi.
Bagi menghasilkan tenaga, IPP dan TNB sendiri (bukan semua) menggunakan gas asli dimana gas asli ini dijual oleh Petronas pada kadar RM 10.70 bagi setiap mmbtu (BritishTermal Unit) berbanding harga sebenar.
Bagi IPP yang menghasilkan tenaga menggunakan arang batu, kerajaan tidak memberikan subsidi kerana arang batu yang digunakan untuk menghasilkan tenaga di Malaysia diperolehi dari luar negara yang harganya tidak dikawal oleh kerajaan, disamping penggunaannya yang mencemarkan alam sekitar.
Untuk gas asli saja kerajaan (melalui Petronas) telah memberikan subsidi sebanyak hampir antara 71-77 peratus bagi setiap mmbtu dan dalam keadaan sekarang, jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Pengiraan mudah, bagi setiap RM 10.00 kerajaan menanggung subsidi antara RM 7.
And again, bila membicarakan tentang subsidi, sudah tentu pertimbangannya ialah bagaimana bijak kerajaan menguruskan subsidi agar negara tidak jatuh bankrap dalam masa yang sama.
Soal subsidi tenaga memang soal yang sangat berat, sebab itu tiada parti yang mampu menulis di manifesto pilihanraya untuk mengekalkan harga murah pada setiap masa dan selamanya. Dalam soal BN, walaupun tak tulis, kita beri juga dan kaji dari masa ke semasa.
Gunung yang ditakik setiap hari pun akan jadi tanah rata juga akhirnya.
Kalau boleh penulis memang mahu semua benda murah, minyak murah, letrik murah, air murah, gula murah, beras murah, bukan setakat murah saja tapi kekal murah sampai bila-bila. Tapi kebenarannya kita semua tahulah – itu tidak akan berlaku sampai bila-bila pun walau siapa pun menjadi kerajaan di Malaysia ini, setakat cakap sebelum dapat bolehlah.
Yang boleh kita buat ialah mengawal penggunaan tenaga, mana yang tidak perlu padamkan, jangan dibazirkan bagi mengelakkan penggunaan tenaga melebihi 200kw sebulan. Gunakan juga peralatan elektrik yang mesra alam dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Itu jelah pilihan yang ada, apa lagi yang boleh dibuat?
Dipetik daripada sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment