Friday, February 27, 2015
Wartawan ‘Kena Kencing’ Sidang Media Mahfuz Omar Batal
27 Februari 2015, Kuala Lumpur : Puluhan petugas media merasa
‘dipermainkan’ apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar gagal
menunaikan janjinya sebelum ini untuk mengadakan sidang media hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dikatakan akan membawa ibu
kepada Sirul, Piah Ahmad daripada Taiping, Perak sebagai percubaannya
untuk membuat pendedahan berhubung kes pembunuhan warga Monglia,
Altantuya Shaaribuu.
Perkara itu disebarkan menerusi jemputan media melalui aplikasi WhatsApp, sejak petang semalam.
“Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama
dengan ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan
perkembangan Sirul pada jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja
Laut.
“Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak
wartawan untuk membuat liputan sidang media ini,” demikian memetik
maklumat sidang media itu.
Namun setelah lebih 40 minit menunggu, seorang kakitangan Ibu Pejabat
Agung PAS itu memaklumkan bahawa tidak ada sebarang sidang media akan
diadakan pagi ini.
“Siapa yang beritahu ada sidang media pagi ini? Mahfuz di Alor Setar. Beliau tidak ada di sini… Mesej itu palsu,”
“Saya ada dengar mengenainya (sidang media Mahfuz bersama ibu Sirul)
tapi tak tahu bila dan di mana” uajr kakitangan ibupejabat PAS,
Saripuddin Mohd Yatim ketika memaklumkan mengenai pembatalan tersebut.
Namun apa yang menghairankan, tidak lama selepas itu, satu kenyataan
media ringkas dikeluarkan oleh Mahfuz yang menyatakan rombongan misi
khas PAS ke Australia akan bertolak pada Ahad ini pada jam 11 pagi.
Beberapa orang petuags media yang ditemui di hadapan ibu pejabat PAS
sejurus selepas makluman pembatalan tersebut melahirkan rasa kecewa
dengan sikap ‘tidak matang’ Mahfuz itu.
“Lain kali kalau tak bersedia atau tidak jangan maklumkan pada wartawan untuk datang buat liputan.
“Sedih, bila dah tua-tua pun kena kencing, dengan pemimpin parti Islam” ujar mereka.
Malah ada dikalangan mereka yang merasakan, ada kemungkinan ibu Sirul
enggan hadir di dalam sidang media tersebut kerana risau dengan
soalan-soalan ‘cepu emas’ yang mungkin akan dikemukakan oleh para
wartawan nanti.
Mahfuz sebelum ini dikatakan bermain ‘drama’ apabila cuba menyalah
pihak berkuasa yang kononnya cuba mengganggu talian komunikasi tersebut
bagi menghalang telesidang yang ingin dilakukan itu.
Kegagalan Mahfuz untuk mengadakan telesidang bersama pembunuh warga
Mongolia Altantuya itu dilihat sebagai satu episod yang memalukan bagi
PAS.
“Tadi masa saya SMS (khidmat pesanan ringkas) dia pukul 10.40 (pagi)
tadi, dia kata okey, sekarang tak boleh pula,” kata Mahfuz sebelum ini
untuk menutup rasa malunya selepas cubaan beliau berulang kali untuk
menghubungi Sirul gagal.
Setelah percubaan itu tidak berjaya beliau akhirnya terpaksa membatalkan sidang akhbar tersebut sejam kemudian.
Paling menarik, sebaik sahaja semua petugas media beredar Mahfuz
dikatakan berjaya menghubungi ‘Sirul’ namun pembunuh Altantuya itu
enggan memberikan sebarang maklumat baru sebagaimana yang diuar-uarkan
sebelum ini.
Dalam perbualan hanya tiga minit dengan Mahfuz, individu yang
dikatakan Sirul itu berkata tidak berhasrat untuk membuat sebarang
kenyataan baru sebelum memutuskan panggilan telefon tgersebut.
Sirul kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia atas kesalahan imegresen.
Kerajaan Asutralia pula memberitahu pihaknya memberikan perlindungan
ekstradisi kepada Sirul kerana bekas bekas koperal Unit Tindakan Khas
(UTK) Polis itu dijatuhi hukuman mati ke atasnya, selepas didapati
bersalah membunuh Altantuya.
Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.
Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati ke atas Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah
Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735
Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober 2006
hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan
penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke
Australia, dipercayai pada Oktober lalu.
Dipetik daripada sumber : Suara TV
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment