Monday, February 23, 2015
Gerakan Renaisans Melayu Perkasa Agenda Melayu
23 Februari 2015 : Semangat
yang ditunjukkan oleh NGO Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam
memperkasakan Agenda Melayu dan penyatuan Melayu itu sendiri sepatutnya
diikuti oleh NGO-NGO Melayu lain.
Mereka terus mengorak langkah dalam memperjuangkan nasib orang-orang
Melayu sejak beberapa tahun lalu. Terdiri daripada VIP dan cendiakiawan
Melayu yang kebanyakkannya sudah bersara dari bidang masing-masing
namun mereka terus bangun mempertahankan hak orang Melayu.
Pada 28 Februari ini, Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan
Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil bakal
di hadiri lebih 20.000 orang.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan.
Penulis sejak beberapa tahun memerhati apa yang dilakukan oleh NGO
ini dan penulis tidak teragak-agak untuk menyokong penuh usaha yang di
lakukan oleh mereka. Mereka tidak ada kepentingan politik namun bangun
atas semangat perjuangan Melayu.
Menurut setiausaha MPM, Datuk Dr. Hasan Mad, agenda pembangunan orang
Melayu di negara ini dapat dicapai secara holistik sekiranya dapat
dilakukan berteraskan maqasid syariah.
“Agenda Pembangunan berpaksikan maqasid syariah iaitu
agama,nyawa,akal, keturunan dan harta tidak boleh dipisahkan mahupun
bergerak sendiri” .
Penulis juga menyeru kepad orang Melayu agar dapat bersama di majlis
yang amat bermakna ini. Dengarlah apa yang bakal diucapkan oleh
pejuang-pejuang Melayu ini terutama amanat dan ucapan dari Perdana
Menteri sendiri.
Majlis itu akan dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan doa selamat sebelum pembincangan agenda utama dimulakan.
Disediakan oleh : Aril Farhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment