Tuesday, February 17, 2015

Hanya Penjara Bertaraf Hotel 5 Bintang Sahaja Yang Dapat Memuaskan Hati Anwar & Keluarga

17 Februari 2015 : Baru lebih kurang seminggu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menghuni Penjara Sungai Buloh sudah bermacam rungutan yang kedengaran dari Anwar dan keluarganya. Tak puas hati tilam nipislah, sakit pingganglah, merungut tak ada meja serta kerusi dan yang terbaru duk marah-marah tidur malam terganggu dengan nyamuk.

Anwar Takut Nyamuk

Cerewet betul. Hakikatnya kita sedar Anwar dah terbiasa hidup mewah di kediamannya yang berharga berjuta-juta ringit di Segambut, tapi takkanlah bila dah terpenjara angkara kegagalannya mengawal anu sendiri pun masih nak mengharapkan kehidupan dalam penjara yang serba mewah juga?

Sedarlah diri yang sekarang ini dah berstatus banduan.

Dalam Penjara Sungai Buloh ada ratusan orang banduan lain dan Anwar selaku warga baru Penjara Sungai Buloh kenalah belajar menerima hakikat mana-mana penjara sekali pun kemudahannya langsung tak sama dengan hotel bertaraf 5 bintang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Kanak-kanak pra sekolah yang baru kenal ABC pun tahu beza di antara kedua-duanya.

Dah namanya penjara tempat di mana pesalah dan penjenayah di kurung di kuarantin dari kehidupan masyarakat maka tentulah tilam yang disediakan sekadar keperluan asas sahaja.

Takkanlah disebabkan Anwar merasakan di seorang banduan berstatus VIP maka pihak penjara kena sediakan tilam setebal lima atau enam inci. Ini penjara, bukannya hotel lima bintang.

Sibuk dengan dia punya sakit belakang konon disebabkan tilam nipis, banduan lain yang bertahun-tahun menghuni penjara sama pun tak ada yang mengadu sebegitu. Elok sahaja mereka ambil kesempatan hidup terpenjara untuk merenung ke depan sambil bermuhasabah diri. Tapi Anwar baru seminggu pun dah tak tahan.

Tidur malam banduan lain pun terganggu dengan bunyi bising nyamuk, tak pula mereka terhegeh-hegeh minta sebotol racun penyembur nyamuk untuk kegunaan bilik mereka.

Bodoh sangatlah pihak penjara nak bekalkan racun penyebur nyamuk kepada Anwar atau banduan lain, silap-silap penyebur nyamuk disalah guna untuk meracuni diri sendiri.

Setakat nyamuk dan pijat dalam penjara, itu semua benda biasa yang banduan lain dah merasainya. Tangan ada rajin-rajinlah main tepuk tampar. Kalau rasa terlintas dalam akal kepala Anwar dan pengikutnya konon-konon nyamuk itu berkonspirasi dengan UMNO, kasi tempeleng dan tamparlah nyamuk yang berterbangan sepuas hati. Takkan itu pun nak kena ajar.

Ataupun lebih realistiknya minta sahaja pada Kerajaan Negeri Selangor melalui MBSA atau 

 
MPKj dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melakukan penyemburan (fogging) di sana. Paling tidak pun, MB Selangor, Azmin Ali yang mahir bab sembur menyembur nyamuk mungkin boleh bantu membunuh nyamuk di sekitar Sungai Buloh sesuai dengan pengalamannya sebelum ini.

Apa pun sebetulnya tujuan Anwar merungut itu ini bukan apa sangat pun. Dulu masa pertama kali di penjarakan di Sungai Buloh bilik penjaranya siap ada perpustakaan mini, tilam tebal, meja dan kerusi, jadi sekarang dengan menimbulkan pelbagai rungutan dia mengharapkan layanan yang sama seperti dulu dapat dinikmatinya.

Itu yang awal-awal lagi sejak akhir tahun lepas Anwar beriya benar memberitahu khalayak kalau dia didapati bersalah meliwat maka akan dipilihnya untuk di penjarakan di Penjara Sungai Buloh. Akhirnya benar tempohari Anwar sendiri yang minta mahkamah hantar dia ke Penjara Sungai Buloh.

Dia masih mengharapkan layanan VIP seperti dulu. Pasal nyamuk ke, sakit pinggang ke semuanya sekadar sandiwara selingan sambil nak tarik simpati umum sambil mengharapkan dapat tarik perhatian pihak penjara untuk melayannya seumpama banduan VIP, sesuatu yang tak mungkin dinikmati banduan lain di mana-mana penjara sekalipun.

Jika pihak penjara tunduk dengan desakan Anwar, entah-entah lepas ini Anwar dan keluarganya merungut pula kehidupan dalam penjara agak keboringan. Mungkin dimintanya sambungan internet Unifi dan telefon pintar, radio, peti televisyen dan Astro sama seperti hotel lima bintang untuk bilik penjaranya, barulah Anwar puas hati agaknya.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment