Monday, February 23, 2015
‘Agree To Diasgree’ Mula Makan Diri
23 Februari 2015 : KONSEP ‘agree to disagree’ atau dalam
bahasa Melayunya bersetuju untuk tidak bersetuju ini, sebetulnya agak
kompleks kalau nak dijelaskan disini secara terperinci. IQ lebai PAS
tak cukup tinggi untuk faham perkara ini kalau dijelaskan sekalipun.
Jadi untuk menyesuaikan dengan itu, penulis mudahkan yang agree to diagree ini secara ringkasnya merujuk kepada perkara-perkara kecil yang perlu diketepikan oleh pihak-pihak terlibat dalam usaha nak bersetuju dalam satu-satu hal.
Perkara-perkara kecil kata kuncinya disitu.
Bila Anwar meng’agree to disagree’kan
hudud dalam menubuhkan Pakatan Rakyat, itu bermaksud awal-awal Anwar dah
bagi mesej yang hudud itu perkara kecil. Tidak ada apa yang disentuh
tentang perjuangan DAP yang berkonsepkan ‘Malaysian Malaysia’, tapi
hudud (perjuangan PAS) awal-awal lagi sudah dianggap perkara kecil.
Itulah cara mudah dan singkat Anwar untuk
melicinkan urusan menubuh 5 kerajaan negeri selepas PRU12 – agree to
disagree, pasal Anwar tahu, sehingga kucing makan harimau pun, lebai
dungu PAS tidak akan faham apa maksudnya konsep itu.
Asal keluar dari mulut ulamak, kira betul la tu.
Hudud bukanlah perkara kecil. Soal PAS
betul nak buat atau tidak, itu cerita lain, tapi menganggap hudud
sebagai perkara kecil, adalah satu kesilapan sebenarnya. Kerana
hududlah, PAS perintah Kelantan sampai sekarang dan kerana hudud juga
PAS pernah dapat tawan Terengganu tahun 1999 dulu, ingat, “akan laksana
sebelum ayam berkokok”?
Kecil apa macam itu?
Pemimpin PAS, semuanya, baik yang hidup
mahupun yang baru meninggal dunia, tahu (hudud bukan perkara kecil),
tapi ia tetap diletak dibawah kategori ‘agree to disagree’ untuk
membolehkan perkongsian kuasa di Perak dan Selangor tahun 2008 dulu.
Sekarang bila masing-masing (PAS dan DAP) cuba keluarkan masing-masing dari Pakatan Rakyat*
kerana soal hudud, barulah ditimbulkan semula konsep ‘agree to
disagree’, mana tak menganga lebai? Lebai faham apa bahasa tinggi macam
ini, PASTI mana ada ajar semua tu?
Di akhirnya, apa yang penulis cuba
katakan, konsep ‘agree to disagree’ ini sudah mula makan diri PAS. Dulu
itulah alasan nak menipu lebai-lebai dungu di bawah untuk justify
kenapa mesti gabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, sekarang perkara
sama sudah jerut diri mereka semula.
Sebetulnya, DAP tak pernah pun ‘agree to disagree’ pasal hudud ni, hanya Anwar dan PAS sahaja yang percaya itu.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment