Wednesday, February 11, 2015

Petisyen 1 Trilion Tandatangan Di Laman WhiteHouse Mampu Selamatkan Anwar?

whitehorse pethatic 

12 Februari 2015 

Hebat atau tidak, para penyokong Anwar yang gagal memperbodoh rakyat untuk menjadi “hakim” bagi kes liwat II nampaknya sanggup mengadu nasib diluar negara apabila perangai buruk “dewa” mereka telah disahkan mahkamah di Malaysia sebanyak dua kali.

Jika dulu dia terlepas atas alasan teknikal, kali ini dia memang “kantoi habis” dan hukuman yang dijatuhkan mahkamah itu benar-benar membuat para penyokongnya seolah hilang akal dan rasional kewarasan diri. Mungkin itu sebabnya Islam melarang kita taksub, kan?

Semalam, kecoh mengenai kenyataan Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan kenyataan rasmi melalui kedutaannya di sini, menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan keputusan mahkamah memenjarakan Anwar. Kononnya mereka “bimbang” berhubung undang-undang dan ketelusan sistem kehakiman di Malaysia.

Mengambil kesempatan atas kenyataan rasmi Kerajaan AS itu, para penyokong Anwar lekas-lekas membuat petisyen di laman web WhiteHouse, menggesa Obama dan negara proksi Yahudi itu campur tangan serta memaksa Malaysia melepaskan Anwar.

Baiklah. Saya hormati tindakan itu memandangkan ia merupakan hak mereka walaupun pada pandangan saya perbuatan itu sama sekali tidak wajar, mencemar kedaulatan negara dan “jahil” sama sekali. Kalau dikata “bodoh”, marah pula mereka nanti…

Ketika Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar atas sabitan meliwat Saiful, apa kata Kerajaan AS? Mahkamah di Malaysia sangat luhur dan undang-undang di negara ini sangat adil? Pujinya melangit!

Tapi bila Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan rayuan Anwar ditolak di Istana Kehakiman Negara dengan hujah dan alasan yang sangat kukuh, tiba-tiba AS bimbang pula dengan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia?

Tahukah AS bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan rukunegara ini jelas mementingkan kadaulatan undang-undang. Malah jaminan telah diberi oleh pihak Kerajaan Malaysia bahawa kes jenayah itu adalah bebas dari campur tangan politik!

Kerajaan AS tidak faham bahasakah dalam soal ini? Kes liwat Anwar adalah kes jenayah biasa, bukan kes politik, faham? Kalau tak faham, mungkin Kerajaan AS boleh minta tolong “google” terjemahkan untuk mereka.

Namun, saya sebetulnya sudah dapat mengagak tindakan AS itu. Mana mungkin mereka berdiam diri bila “anak emas” mereka dihukum penjara. Ketika Anwar dibebas dari penjara dulu, ke negara itulah yang dia tuju. Sayang dan “redha” benar AS pada Anwar…

anwar-wolfowitz
Hakikat hubungan Anwar itu mengingatkan saya tentang firman Allah SWT yang menjelaskan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha ke atas masyarakat Islam selagi tidak mengikut kehendak telunjuk mereka.

Jadi, apa yang nak dihairankan dengan “hubungan baik” Anwar dengan Amerika Syarikat? Mungkin benar teori yang mengatakan Yahudi di Amerika menekan Obama untuk mengeluarkan kenyataan negatif sebegitu terhadap Malaysia, kan? Tidak mustahil…

Peliknya, para penyokong Anwar pun lebih “mendaulatkan” AS berbanding negara sendiri. Mereka rela cemarkan kedaulatan Malaysia dengan campur tangan asing. Entah di mana mereka letakkan nasionalisme dan semangat cintakan negara agaknya?

Petisyen 100,000 tandatangan di laman web WhiteHouse boleh selamatkan Anwar? Saya tegaskan di sini bahawa jika petisyen itu memperoleh 1 trilion tandatangan sekalipun, AS tiada hak untuk memaksa Malaysia melepaskan Anwar.

agong14_02
Malah jika mereka hendak tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri jika dia mahu melepaskan Anwar sekalipun, beliau tidak berhak dan tidak mampu. Tiada kuasa lain yang boleh melepaskan Anwar kecuali Yang DiPertuan Agong.

Sepatutnya, para penyokong Anwar tidak “buta” dalam hal ini. Bermula tarikh Anwar dipenjara, mereka boleh membuat petisyen di dalam negara dan memohon kepada Yang DiPertuan Agong untuk mengampunkan Anwar, sekaligus melepaskannya dari penjara, kan?
Jadi, dari terpaksa “menyembah” di laman web milik negara yang dikaitkan sebagai proksi Yahudi, mengapa tidak membuat permohonan kepada Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah?
rukunnegara1
Atau sememangnya para penyokong Anwar lebih memandang mulia dan tinggi kepada AS berbanding Yang DiPertuan Agong di negara sendiri? Di mana para penyokong Anwar letakkan “kesetiaan kepada Raja dan negara”? Di bawah tapak kaki?

Padanlah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tiba-tiba menyentuh soal “13 Mei 1969″ baru-baru ini. Mungkin kerana dia juga sedar betapa para penyokong Anwar tidak patuh pada rukunegara yang tercipta hasil dari peristiwa berdarah itu…

Justeru itu, bila hilangnya semangat nasionalisme dan derhaka pada rukunegara, maka tidak mustahil peristiwa seumpama itu boleh berlaku, kan? Soalnya, siapa yang ajar mereka begitu agaknya kalau bukan Anwar sendiri? Wallahua’alam.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment