Razali Ibrahim
Thursday, February 12, 2015
Agenda Politik Satu Orang
13 Februari 2015 : Kempen ‘Berarak Demi Kebebasan’ yang digerakkan
penyokong dan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
hanyalah untuk kepentingan agenda politik seorang individu dan bukan
rakyat.
Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
berkata, sehubungan itu, masyarakat harus bersama-sama menolak kempen
tidak berfaedah itu dan memberi sokongan padu kepada kerajaan yang
berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Dia (Anwar) sudah berceramah mengenai perkara ini sejak dahulu lagi.
Saya hendak tanya akhirnya apa yang dia hendak, perarakan yang dibuat
ini untuk apa? Saya dengar banyak dia sebut pasal konspirasi sedangkan
benda ini tidak ada kaitan.
“Kalau dikatakan perarakan ini berjaya apa mereka hendak tuntut,
lepaskan Anwar Ibrahim? Nanti ramai pula penjenayah lain hendak
dilepaskan. Sistem (kehakiman) yang ada itu bagi saya harus kita
hormati,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian
sumbangan kepada mangsa banjir Felda Wilayah Jengka, di Dewan Semai
Bakti Felda Jengka 8 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris.
Menurut Razali, perarakan yang akan dilakukan itu amat merugikan
negara dan meletakkan rakyat berhadapan dengan pelbagai isu semasa.
Kata beliau, tindakan itu juga akan menjejaskan usaha kerajaan yang
sedang bertungkus-lumus menyerap kedudukan ekonomi dunia yang berhadapan
dengan kejatuhan harga minyak mentah dan juga komoditi.
“Kita harus menguruskan semua tenaga dan kewangan untuk berhadapan
situasi itu, bukannya hendak menyelesaikan masalah satu orang yang telah
diberikan peluang yang cukup luas,” ujarnya.
Sumber oleh : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment