Monday, February 23, 2015

Gobind Beri Kata Dua, PAS Berani Keluar Pakatan Haram 18 Mac Ini?


23 Februari 2015 : Sebagaimana maklum, Kerajaan PAS Kelantan yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob dijangka bakal membentangkan pindaan rang undang-undang jenayah Syariah berkenaan hukum hudud di Parlimen pada 18 Mac ini.

Sebelum ini, pihak Kerajaan telah memberikan persetujuan mengenai hasrat PAS Kelantan itu dan sedia memberi kerjasama dalam merealisasikan draf yang tertangguh sejak lebih dari 20 tahun berkenaan.

Tapi nampaknya ada pula yang seolah “sakit hati” dengan pembentangan tersebut. Malah katanya, jika PAS teruskan pendirian untuk membentang enakmen hudud itu di Parlimen, itu tandanya PAS sudah terkeluar dari Pakatan Haram!

Sama ada suka atau tidak, nampaknya PAS perlu telan kepahitan dari amaran tegas yang dikeluarkan anak lelaki mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo itu.

Pada pandangan saya, sebagai meneruskan legasi mendiang bapanya, Gobind punya hak untuk bersuara bagi menegaskan pendirian bekas pengerusi DAP. Saya yakin, itu bukan pandangan peribadi kerana “Dinasti Lim” juga sebelum ini menentang keras perlaksanaan hudud.

gobind

Itu normal. DAP menentang perlaksanaan hukum Islam, itu normal. Jika sebelum ini DAP pernah menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, inikan pula perlaksanaan hukum hudud yang ditentang secara tradisi.

Pada saya, tindakan itu normal bagi golongan yang menentang hak dan keistimewaan Islam di Malaysia. Meskipun mereka pakar undang-undang dan memahami perlembagaan yang termaktub, mereka tetap sengaja mahu mencampuri urusan dan kepentingan Islam di negara ini. Itulah DAP.

Kini terpulang pada PAS. Beranikah mereka “melawan” kehendak DAP? DAP anggap PAS terkeluar dari Pakatan Haram jika teruskan pembentangan hudud di Parlimen. Beranikah PAS bertindak keluar dari Pakatan Haram?

Pada pandangan saya, jika baru berhasrat untuk dibentang pun DAP sudah beri kata dua pada PAS, apatah lagi jika PAS Kelantan cuba melaksanakan hukum berkenaan di Kelantan sekiranya diluluskan.

Saya yakin, boleh “tunggang terbalik” dan huru-hara PAS “dikerjakan” DAP. Pasti “perang besar”! Soalnya, mampukah PAS menang dalam “peperangan” itu?

Menteri Besar Kelantan sebelum ini menegaskan bahawa dia enggan peduli terhadap sebarang amaran dari DAP. Malah katanya, DAP boleh anggap apa saja pada PAS, tapi PAS tetap akan bentangkan hudud di Parlimen.

Sebuah “sandiwara” atau PAS benar akan keluar dari Pakatan Rakyat?

Pada pandangan saya, PAS akan tetap “buat muka tak malu” dan tetap “menempel muka yang tebal” untuk duduk bersama Pakatan Haram. Biar dibuli bagaimana pun sekali, biar didesak keluar dari Pakatan Haram oleh akar umbi, PAS katanya mahu terus bersama DAP dan PKR.

Lagipun, khabarnya orang nombor dua PAS pernah berkata bahawa duduk makan babi bersama DAP adalah lebih baik dari duduk makan ayam bersama UMNO, bukan?

Namun, sekiranya pemimpin PAS seperti itu dipecat, diguling atau disisihkan dari PAS, berkemungkinan parti itu mampu mengembalikan maruah mereka yang telah “dikeldaikan” sejak tahun 2008.

Tidak mengapalah. Mungkin itulah dia “tahaluf siyasi” PAS bersama Pakatan Haram. Walaupun UMNO sudah berkurun abad bertahaluf siyasi dan menguntungkan Islam secara praktikal sejak di zaman merdeka, PAS mendakwa “tahaluf siyasi” merekalah yang kononnya “lebih Islam”.

Kita lihat saja “episod buli PAS” selepas ini. Entah di mana PAS hendak letakkan maruah mereka lagi, saya pun tidak pasti.

Peliknya, Ketua Penerangan PAS seolah tidak peduli pun tentang maruah PAS yang dipijak. Mungkin dia sebok “pancing undi” untuk pemilihan PAS yang bakal berlangsung nanti? Nak jadi apa Mahfuz Omar? Presiden? Timbalan Presiden? Atau “Coffee Boy” Anwar di penjara?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment