Thursday, February 26, 2015
Audio Mat Sabu Vs Video Mustafa Ali
27 Februari 2015 : PAS membuktikan bahawa parti itu tidak
ada kaitan langsung dengan Islam bila menggunakan standard pembuktian
ikut suka, bukan ikut agama.
Contoh, bila tersebar rakaman ‘ngeri’
perlakuan seks lelaki mirip muka Mustafa Ali dengan seorang perempuan,
Anwar dengan perempuan dan jantan, kepimpinan PAS menolak semua bukti
tersebut kerana kononnya video semua tu besi, tak boleh jadi bukti.
Tapi bila Presiden PAS nak digulingkan
oleh kelompok bukan ulama parti itu yang diketuai Mat Sabu (dakwanya),
maka PAS guna pulak rakaman audio kerana suara yang bercakap dalam tu
macam suara Mat Sabu.
Hairanlah sudahnya kita sebab kalau nak
diikutkan, rakaman video lebih kuat berbanding rakaman audio, tapi tiada
siasatan atau apa-apa yang seperti itu dilakukan terhadap Mustafa Ali
berbanding Mat Sabu sekarang yang berhadapan dengan jawatankuasa
siasataan khas, dipengerusikan sendiri Hadi Awang.
Bukan penulis penyokong Mat Sabu tapi
kalau PAS ini parti agama, bukan gila kuasa dan gila dunia, sepatutnya
ketika rakaman video ‘Mustafa Ali’ tersebar, siasatan terus dijalankan
sebelum boleh diputuskan dia bersalah atau tidak.
Ini tidak, awal-awal lagi tolak video
tersebut kononnya besi tak boleh jadi bukti, walhal yang dipersoalkan
sekarang ialah intergriti PAS sebagai parti Islam tapi bersetiausaha
agungkan penzina (kalau rakaman itu betul).
Kenapa boleh jadi begitu? Sebab PAS
adalah parti politik yang biasa, bukan wakil tuhan untuk perbetulkan apa
yang tak betul di Malaysia ini. Agama hanya untuk dapat undi, maka
jadilah apa yang terjadi sekarang – yang ada video terlepas, yang
setakat audio, kena.
Bagi penulis, ini semua (tindakan ke atas
Mat Sabu dan tidak ada tindakan ke atas Mustafa Ali, waima siasatan)
adalah cerita politik dan kuasa semata-mata.
Dengan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu ini, seolah-olah Hadi berkata “Tak
kisahlah kau nak berzina, sekalipun ada video yang jelas nampak muka,
asal tak kacau aku, sudah. Sebaliknya kalau kau cuba jatuhkan aku,
setakat suara pun boleh jadi sebab untuk singkirkan kau”.
Adilkah macam itu? Islamkah macam ini? Tepuk dada tanya iman.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment