Monday, February 16, 2015

Saya Berani Bersumpah Saya Percaya Anwar Meliwat

15 Februari 2015 : Ketua Pendakwa Raya kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah hari ini menegaskan beliau sanggup bersumpah di masjid mahu pun di tanah suci Mekah bahawa ketika mengambil kes tersebut beliau percaya perbuatan tersebut berlaku.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Shafee Abdullah menyatakan bahawa tidak pernah berniat menganiaya Anwar Ibrahim atau menjalankan kes tersebut tanpa kepercayaan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut.

“Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk “neraka”. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di Masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.”

Shafee juga turut menjelaskan bahawa beliau hanya membuat kenyataan media mengenai kes Anwar apabila Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, menyerang pasukan pendakwa melakukan penganiayaan bukannya pendakwaan.

“Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa?

Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya?

Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.”

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment