Monday, February 23, 2015
Mahfuz Layak Sertai ‘Maharaja Lawak’ Musim 2015
23 Februari 2015 : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disarankan menyertai ‘Maharaja Lawak’
musim 2015 kerana lakonannya untuk membawa pembunuh Altantuya
Shariibuu, Siful Azhar Umar menerusi telesidang di ibu pejabat parti itu
pagi ini tidak menjadi.
Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, petugas media yang berhimpun di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur turut diperbodohkan oleh Mahfuz.
Beliau berkata, janji Mahfuz untuk membuat sidang media menerusi
talian telefon wartawan tempatan dengan Sirul Azhar yang kini ditahan di
Sydney, Australia merupakan ‘lawak bodoh’ yang tidak diterima akal.
“Oleh sebab itu, pada pemerhatian saya, rasanya dia (Mahfuz) amat
sesuai dan berkelayakan untuk menyertai program realiti Maharaja Lawak
musim 2015,” katanya.
Mahfuz memanggil sidang media tersebut pada pukul 11.30 pagi ini
(Isnin) tetapi Sirul tidak juga muncul-muncul walaupun Mahfuz cuba
berlakon dengan mendakwa kali terakhir dia menerima khidmat pesanan
ringkas (SMS) daripada Sirul pada 10.44 pagi.
Percubaan Mahfuz untuk menghubungi Sirul, bekas anggota Unit Tindakan
Khas (UTK) itu gagal dan pada 12.16 tengahari Ahli Parlimen pokok Sena
itu seperti mengaku kalah apabila pangilan kali keduanya masih tidak
berjaya.
Untuk menutup malu, Mahfuz memberitahu bahawa beliau akan terbang ke
Australia untuk bertemu Sirul minggu depan. Malah beliau berkata akan ke
Sydney bersama ibu Sirul, Piah Samad dan peguam.
Ternyata kegagalan Mahfuz ‘membawa’ Sirul menerusi teleakhbar seperti
yang dijanjikan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan petugas
media dan mereka berasa seolah-olah telah tertipu dengan lakonan
tersebut.
Berdasarkan kepada lakonan Mahfuz pagi ini, Syed Ali berkata drama
tersebut sekadar gimik politik PAS untuk mengalih perhatian umum
terhadap krisis kepimpinan ulama yang sedang berlaku dalam parti itu
sekarang.
“Untuk tutup isu ulama nak jatuhkan Presiden PAS, Mahfuz buat drama
lawak dengan menjadikan Sirul sebagai watak utama, tetapi lucunya
lakonan Mahfuz tidak menjadi kali ini,” ujarnya.
“Nampak sangat dia nak perbodohkan pihak media,” katanya sambil
menegaskan Ketua Penerangan PAS itu sudah tidak mempunyai idea untuk
mencari populariti walaupun sekadar berbentuk populariti murahan.
Mengulas kenyataan Mahfuz pada sidang media pagi ini yang menempelak
Perdana Menteri yang sebelum ini menjelaskan sebagai ‘mengarut’ dakwaan
Sirul bahawa dia bertindak atas arahan, Syed Ali berkata tiada sebab
mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dalam kes tersebut.
Mahfuz juga turut mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak memberi
arahan supaya siasatan dan perbicaraan kes tersebut dibuka semula
berdasarkan kepada kenyataan Sirul.
“Nampaknya Mahfuz yang sebenarnya yang sudah mengarut, mengapa nak paksa Najib buka semula kes tersebut,” ujarnya lagi.
Menurut Syed Ali lagi, isu pertuduhan dan penghakiman yang dijatuhkan
terhadap Sirul adalah tertakluk kepada bidang kuasa perundangan dan
tidak membabitkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri.
“Saya hairan kenapa Mahfuz sengaja serang Najib, cuba nak kaitkan
Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya, ini semua provokasi
jahat dan serangan politik PAS untuk menanam persepsi buruk terhadap
kerjaaan,” tegasnya.
Syed Ali berkata, beliau sudah menjelaskan sebelum ini bahawa kes
Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah telah menjatuhkan
hukuman kepada dua bekas polis terbabit.
“Bagi saya kes tersebut sudah selesai, tidak perlu lagi dibincangkan
secara terbuka, seolah-olah tidak menghormati institusi kehakiman dan
sistem perundangan negara ini,” tegasnya.
Kepada Mahfuz, beliau menasihatkan supaya pemimpin PAS itu tidak
berterusan menjadikan isu pembunuhan Altantuya sebagai modal politik.
“Cukup-cukuplah Mahfuz, hentikanlah drama lawak itu, kalau teringin
sangat nak berlakon, elok sertai program Maharaja Lawak,” ujarnya sinis.
Dipetik daripada : Blog UMNO Cheras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment