Monday, February 16, 2015

Belum Seminggu Anwar Dah Dapat ‘Keistimewaan’?

IMG-20150217-WA0009

17 Februari 2015 : RAKYAT kesal melihat pesalah seksual yang telah disabitkan dengan kesalahan, Anwar Ibrahim ini masih mendapat ‘keistimewaan’ yang tak sepatutnya dia dapat – sesuai dengan status barunya.

Cukup pedih ulu hati ini bila dimaklumkan bahawa dia mendapat sel persendirian, bertambah pedih lagi bila melihat tangannya tak bergari dan dia tidak memakai baju banduan semasa dibawa ke Mahkamah semalam.

Semua ini berlaku dalam tempoh cukup singkat, tak beberapa hari selepas ada jaminan Anwar akan mendapat layanan sama macam banduan lain.

Mungkin bagi yang bukan banduan seperti kita fikir, apa sangat pakai baju kemeja dan tangan tak bergari, tapi bagi banduan-banduan yang setaraf dengan Anwar di seluruh negara, pasti rasa tak selesa.

Ini tak betul.  Status Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen (tunggu masa nak gugur) tidak sepatutnya menjadi alasan kenapa dia mesti mendapat semua keistimewaan tersebut.

Sedangkan di luar Anwar mendakwa sebagai pejuang keadilan, semua mesti mau adil tapi najis keadilan apakah itu bila sementara banduan lain bergari dan pakai ‘baju rasmi’, Anwar santai, siap berpeluk – peluk sakan – antara lain dengan jantan?

Ini tak sebut lagi apa yang keluar dari mulut anak-anak Anwar yang mahu layanan ‘lebih baik’ diberikan pada papa mereka semasa dalam tahanan seperti tilam, katil dan sebagainya. Jangan lepas ini, itupun diturut pihak berkuasa yang berkenaan dahlah.

Lebih ‘havoc’ jadinya nanti pasal semua banduan pun nak keistimewaan yang sama juga.

Apa pun, penulis harap pihak yang berkenaan terutama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara, memberikan penjelasan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi dan sama ada semua itu menurut prosedur atau tidak.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment