Monday, February 16, 2015
1MDB Bukan Dana Kekayaan
16 Februari 2015 : 1Malaysia Development Corporation (1MDB) sebagai
sebuah syarikat pembangunan strategik, berperanan membangunkan sesuatu
projek dan kemudiannya membuka peluang kepada sektor swasta yang lain.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, 1MDB
yang dimiliki Kementerian Kewangan, bukanlah pemilik kepada sesuatu
projek yang dibangunkan.
“Orang ramai selalu lupa perkara ini dan cenderung beranggapan 1MDB
adalah syarikat swasta yang mendapat layanan istimewa, sedangkan semua
aset itu dimiliki MoF dan apa juga layanan atau faedah yang 1MDB terima
dan nilai yang dijana adalah untuk kerajaan dan kerajaan adalah untuk
rakyat.
“Bila melihat komentar-komentar di Internet atau blog, mereka tak
ambil kira fakta yang begitu penting. Tetapi fakta adalah sangat penting
bagi saya dan kalau kita tengok fakta memang kita kena akui ada cabaran
untuk syarikat dan kalau kita rancang dengan baik kita dapat atasi
segala cabaran yang kita ada hari ini,’’ katanya dalam wawancara
eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.
Arul Kanda berkata, sebanyak lima bank peminjam dana pembiayaan
kepada syarikat pelaburan strategik negara 1MDB, kata Bank-bank tersebut
ialah Maybank yang membiayai 59 peratus, RHB 32.4 peratus dan tiga lagi
iaitu Alliance Investment Bank, Malaysia Building Society Berhad dan
Hwang DBS Investment.
Beliau berkata, 1MDB dimiliki oleh MoF, bermakna semua aset 1MDB
adalah dimiliki MoF dan oleh itu 1MDB bukan ‘dana kekayaan’ seperti mana
anggapan sesetengah pihak dan 1MDB tidak sama seperti Abu Dhabi
Investment Authority atau Khazanah Nasional Berhad.
Ini adalah kerana kata beliau, 1MDB adalah syarikat pembangunan
strategik yang berperanan membangunkan projek-projek untuk kerajaan.
“Misalnya, dalam projek tenaga, kami telah diminta oleh kerajaan
untuk mengambil alih tiga loji jana kuasa iaitu Loji Janakuasa Tanjung,
Genting Sanyen dan Jimah menjadi satu entiti yang besar dengan mempunyai
Ahli Lembaga Pengarah sendiri.
“Pengambilalihan ini membolehkan unit tenaga 1MDB ini disenaraikan
atau dijual sebagai satu syarikat entiti yang besar,’’ kata Arul Kanda.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment