Monday, February 16, 2015

Hatta Ramli Si Macai Anwar Desak BN Jangan Bertanding Di Permatang Pauh

16 Februari 2015 : Siapa Hatta Ramli? Dia adalah AJK PAS yang diberi tugasan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Lahir di Sitiawan, Perak dan aktiviti politiknya banyak berkisar di negeri Selangor tapi peliknya terpaksa meminta ehsan politik di Kelantan untuk jadi Ahli Parlimen PAS Kuala Krai.

Ringkasan profail politik Hatta Ramli mengesahkan dia adalah pemimpin PAS. Jadi kalau dia nak ulas positif atau negatif berkaitan dengan ura-ura UMNO mungkin tidak meletakkan calon dalam PRK DUN Chempaka yang dipegang PAS, itu memang hak dia sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin PAS.



 Hatta ramli-MI 

Tapi yang peliknya apa kaitannya pula Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dengan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai PKR sehingga memaksa dirinya mendesak UMNO dan BN menarik diri dari menyertai PRK Parlimen Permatang Pauh?

Umum tahu Hatta Ramli adalah macai kepada Anwar Ibrahim. Kesetiaannya untuk Anwar, kepatuhannya untuk PKR, setiakawannya hanya untuk DAP dan PKR. Namun jawatan hakikinya semua melibatkan PAS, tapi yang beriya-iya nak menjaga kepentingan PKR di Permatang Pauh apa hal?

Sebagaimana umum sudah maklum, ura-ura UMNO mungkin tidak letak calon di PRK DUN Chempaka dicetuskan oleh Pengerusi Badan perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) yang berpendapat fokus tika ini elok ditumpukan pada usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini.

Kelantan dilanda banjir besar semua orang tahu di mana beratus ribu orang penduduknya terjejas dan lebih 150 ribu orang lagi terpaksa berpindah ke pusat permindahan banjir untuk selamatkan diri. Impak masih terasa hingga hari ini.

Maka alasan yang dinyatakan oleh Tok Pa ada logiknya, pun begitu keputusan muktamadnya kelak tetap bergantung pada UMNO dan BN Pusat. Itu senarionya.

Jadinya apa kaitannya dengan Parlimen Permatang Pauh yang duduk letak lokasinya di Pulau Pinang sehingga mahu disama tarakan dengan DUN Chempaka yang terletak di Kelantan? Banjir besar tempohari ada menenggelamkan Pulau Pinang sehingga berpuluh ribu penduduknya terpaksa berpindahkah?

Hakikatnya UMNO nak bertanding di PRK DUN Chempaka atau sebaliknya, itu hak UMNO dan BN. Demikian halnya soal UMNO nak letak calon atau tidak di PRK Parlimen Permatang pauh, itu juga hak UMNO dan BN untuk putuskannya. Ini negara demokrasi. Siapa Hatta Ramli untuk desak BN tarik diri?

Apa sangkut pautnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan kedudukan Hatta Ramli sebagai AJK PAS merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sampaikan dia terpaksa buat sidang media di Pejabat PKR Lembah Pantai dengan berlatar belakangkan bendera PKR? Hatta Ramli sudah isi borang masuk PKR ke?

Atau PAS Pusat sudah mengunci pintu dan melarang Hatta Ramli dari buat sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur gara-gara terbongkarnya komplot mahu menjatuhkan Abdul Hadi Awang dari jawatan Presiden PAS selepas didedahkan oleh PAS Kawasan Kuantan baru-baru ini?

Kot sayang sangat dengan Anwar pun berpada-padalah. Mentang-mentang baru lepas kena terjah dek PAS Kawasan Kuantan yang mendedahkan komplotnya terus sekarang makin berani ke depan nak pertahankan kepentingan Anwar dan PKR.

Sembunyi sikit perangai ke’macai’an Anwar tu, Muktamar PAS 2015 tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi. Kan tak pasal-pasal terlucut segala jawatan disebabkan amukan ahli PAS yang pro Hadi baru tahu tinggi rendahnya langit. Tak takutkah?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment