Thursday, February 12, 2015

AL FATIHAH – Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

13 Februari 2015 : Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam tadi jam 9.45pm di rumahnya di Pulau Melaka,Kota Bharu.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Laporan lewat malam ini menyebut, Nik Abdul Aziz sudahpun dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Dipetik daripada : malaysiakini

image
image
image
image

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment