Thursday, February 26, 2015
Esok Mahfuz Akan Menipu Lagi?
26 Februari 2015 : Dalam dua, tiga hari ni penulis hanya memerhati
politik semasa tanahair kita. Antara topik menarik yang penulis nak ulas
ialah, kehebatan Mahfuz yang orang lain tak nampak.
Bagaimana seorang ahli parlimen dari Kedah, berjaya mengegarkan dunia
dengan lawak jenaka disidang media beliau. Hebat sungguh si Mahfuz
Omar, satu Malaysia menyebut nama beliau, walaupun ianya negatif, tetapi
nama Mahfuz Omar tak putus-putus berada disegala media massa, media
cetak dan media sosial.
3 hari berturut seorang lelaki pertengahan umur, yang dikatakan
kurang cerdik berjaya memperdayakan rakyat Malaysia, serta media
tempatan termasuk antarabangsa dengan lakonan splastik beliau, kononnya
mahu membuat ‘teleconferencing’ dengan Sirul dari Imigresen Australia.
Bila dah kantoi, beliau kata Sirul tak jawab call.
Kemudian kumpulan media yang hadir mengatakan beliau menipu, kemudian
dalam tempoh lebih dua jam, kononnya beliau menerima panggilan dari
Sirul dan bercakap dihadapan semua media yang menunggu sidang media
beliau. Media pun percaya dan pulang ke pejabat masing-masing bagi
melaporkan berita.
Keesokkannya, ada laporan berita dari Imigresen Australia yang
mengatakan Sirul tidak membuat sebarang panggilan pada Mahfuz. Mungkin
itu tak cukup untuk buktikan Mahfuz tipu. Kemudian, peguam Sirul sendiri
memberitahu media, bahawa tiada panggilan dari Sirul kepada Mahfuz.
Perkara ini menjadi pelik dan misteri.
Kalau Sirul tak telefon Mahfuz pada masa sidang media tersebut, siapa
yang call beliau? Takkan beliau hanya berlakon untuk lepaskan diri dan
menunjukkan kononnya beliau hebat?
Tapi dengan Mahfuz ni segalanya mungkin, sebab tu penulis kata Mahfuz
ni orang yang hebat! Selain Anwar Ibrahim, Rafizi dan Allahyarham Nik
Aziz. Mahfuz diantara tokoh pembangkang yang mampu gegarkan Malaysia.
Walaupun dengan lawak bodohnya, tapi percayalah beliau mampu mencipta
sejarah tersendiri dan bakal tercatat sebagai tokoh bersejarah paling
popular pada suatu hari nanti.
Sebentar tadi Mahfuz umum akan bawa ibu Sirul pula ke sidang akhbar esok. Harap-harap jangan satu Malaysia kena “kencing” lagi.
Jangan terkejut kalau balik Pokok Sena ada patung Mahfuz.. he he..
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment