Wednesday, February 11, 2015

Anwar Tak Sepatutnya Dapat Keistimewaan Dalam Penjara


ANWAR-PENJARA
11 Februari 2015 

BUKAN rahsia bahawa sel penjara Anwar ketika dipenjarakan kali pertama dulu, tak macam sel penjara banduan lain.  Selain ada perpustakaan mini, khabarnya Anwar juga dapat seorang pembantu khas dari kalangan banduan bernama Rashid.

Dahlah duduk sorang-sorang, tak bercampur dengan orang lain.

Rumah majoriti rakyat Malaysia ini pun tidak ada perpustakaan mini, tapi bilik penjara Anwar ada.  Dahsyat tak dahsyat.  Mulut lancar tuduh kerajaan zalim tapi dia sendiri dapat banyak keistimewaan yang diberikan kerajaan waima dalam penjara.

Kalau alasannya waktu itu dia bekas Timbalan Perdana Menteri maka patut dapat keistimewaan tersebut, kita boleh terima tapi sekarang dia bekas Ketua Pembangkang, tak sepatutnya dapat keistimewaan macam itu lagi.

Penulis rasa, 6 tahun dipenjarakan dulu tidak menginsafkan Anwar sebab itu bila keluar, dia buat hal lagi.  Mana nak insaf, nama saja duduk penjara tapi tak macam duduk dalam penjara, ada privasi apa bagai.  Penjara sepatutnya tempat menghukum bukan ‘memanjakan’ orang.

Sepanjang duduk di luar, dah banyak kerosakan Anwar buat.  Perpecahan yang semakin melebar antara kaum dan agama di negara kita sekarang, antara lain, dialah puncanya.  Semuanya sebab apa?  Sebab politik, sebab nak populariti.

Jadi tak selayaknya dah dihukum masuk penjara pun mesti nak dapat keistimewaan.  Negara ini bukan Colombia atau Peru dimana ketua-ketua kartel yang dipenjarakan boleh hidup mewah seolah-olah duduk di luar?

Lagipun, hanya membazirkan wang rakyat untuk sediakan segala keistimewaan bagi pesalah seks yang telah disabitkan macam dia.

Anwarkan pejuang keadilan.  Tak adillah sementara banduan lain menderita, tidur bersesak-sesak dan sebagainya dalam penjara, dia seronok-seronok dalam itu.  Inilah masanya nak tengok sejauh mana pejuang keadilannya sangat tu.

Pun begitu, mungkin ada pengecualian dari segi makanan sebab umur macam sekarang, mudah dapat sakit. Alangkah dulu pun tak sakit mengaku sakit juga, sekarang dah dekat 70, lagilah macam-macam sakit boleh datang.  Begitupun dengan syarat keluarga dia tanggung semua itu, bukan rakyat.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment