Wednesday, February 11, 2015

Ini Kisah Keadilan Untuk Semua Rakyat – Shafee Abdullah

Tulisan di bawah adalah terjemahan bebas dari kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berjudul “Anwar Ibrahim verdict
Muhammad-Shafee-Abdullah 
Penghakiman ini mengakhiri saga tujuh tahun perbicaraan membabitkan 9 Hakim dan barisan peguam yang begitu ramai. Anwar sendiri menggunakan 20 orang peguam dalam keseluruhan peringkat perbicaraan. Malah di peringkat Mahkamah Persekutuan sahaja beliau menggunakan 14 orang peguam bela.

Beribu jam masa Mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) dan 9 Hakim digunakan untuk meneliti secara mendalam dan terperinci setiap bukti yang dikemukakan. Sebagai peguam saya berpuashati kerana akhirnya keadilan telah ditegakkan.

Namun ia bukan satu kepuasan mahu pun kebanggaan kerana kejadian liwat ini telah telah memporak-perandakan kehidupan seorang anak muda. Lebih teruk, mangsa telah diperiksa dan disoal balas dengan begitu mendalam dan terperinci selama 7 hari secara terbuka tanpa kerahsiaan oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sukar dibayangkan penderitaan emosi dan rasa malu yang ditanggung oleh mangsa kes ini. 

Anehnya, tidak seperti mangsa yang berhadapan dengan pelbagai soal balas pihak pembela, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak membenarkan dirinya disoal balas.

Memang benar itu adalah hak beliau. Namun beliau menggunakan hak memberi keterangan tanpa disoal balas untuk menyerang pendakwaraya, para hakim dan bekas rakan-rakan beliau dalam kerajaan. Beliau juga merendah-rendahkan negaranya sendiri. 

Kes Anwar Ibrahim ialah kisah “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya, namun beliau memilih untuk membelasah reputasi kehakiman.

Justeru saya memohon rakyat Malaysia dan mereka yang di luar negara yang waras dan rasional supaya mengambil kira semua fakta secara teliti sebelum membuat kesimpulan. Lebih penting, tolonglah baca setiap perkataan dalam penghakiman hari ini dan sebelumnya. Ia memberi fakta-fakta yang benar biar sejijik mana pun kes ini.

Bukti DNA merupakan contoh yang paling menarik. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai beban pembuktian paling ketat di dunia. 

Pertamanya, ia mengkehendaki padanan 16 daripada 16 titik pengecaman DNA. Ini bermakna mesti padanan DNA mesti seratus peratus adanan sempurna sebelum diterima. Kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak mempunyai syarat yang sebegini ketat. 

Keputusan ujian mendapati kesemua 16 titik padanan DNA sepadan dengan DNA Anwar, – in gambler’s jargon, a ‘full flush’. 

Dan semua ini diambil dari semen (air mani) yang berada dalam dubur Saiful. Sesunggunya bukti semen ini merupakan satu pembuktian DNA yang sangat utuh berbanding pembuktian melalui peluh. Anda boleh mengambil peluh manusia tanpa disedari, namun anda tidak boleh mengambil air mani tanpa disedari mahupun memalsukannya. 

Kedua, Malaysia tidak mempunyai undang-undang mewajibkan tertuduh memberi sampel DNA kepada Mahkamah. Justeru apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pendakwa raya di Mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk mematikan bukti ini dengan menawarkan secara sukarela sampel beliau sendiri untuk bukti baru. 

[ed. Sampel Anwar diambil dari sel lokap beliau untuk dipadankan dengan DNA semen dan dubur Saiful]. 

Jika beliau tidak bersalah, beliau pasti memberikannya dan kita tidak perlu mempunyai satu perbicaraan yang begitu panjang dan menyusahkan. Jika DNA diberi Anwar berbeza dari yang diambil oleh penyiasat, ia boleh menyelesaikan kesnya sekelip mata. Namun Anwar menolak peluang ini.

Berhubung degan alibi, Anwar pada mulanya menyatakan beliau mempunyai senarai penyaksian (alibi) yang banyak dan kuat bagi menafikan tuduhan ke atas dirinya. Namun semuanya diabaikan oleh Anwar sendiri sebaik sahaja Pendakwa raya mengemukakan rakaman litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian kepada mahkamah. 

Sebagai seorang muslim, Anwar Ibrahim juga menolak untuk bersumpah dengan al-Quran, sedangkan mangsa beliau, Saiful (juga seorang muslim), telah bersumpah dengan kitab suci Islam ini di Malaysia dan di hadapan Kaabah, di tanah suci, Makkah. 

Apakah kes ini merupakan kosnpirasi politik?

Kes ini merupakan satu kes yang sangat teknikal, ia juga melalui semua jalan perbicaraan yang ada dengan penuh tertib dan mengikut perundangan; dibicara serta diputuskan di hadapan mahkamah tertinggi Malaysia. 

Adakah terdapat sebarang perkara teknikal yang boleh mencabarkan keputusan Mahkamah sebelum ini mengenai beban pembuktian? Panel lima hakimn terbaik negara memutuskan tiada! Mereka memutuskan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini tepat, terbukti betul dan tidak perlu ubah.

Penghakiman turut menolak dakwaan berulang kali Anwar bahawa kes ini merupakan satu insiatif politik atau konspirasi politik. 

Adalah tidak masuk akal mendakwa kes ini merupakan inisiatif politik (politically motivated) bukan sahaja kerana kebebasan kehakiman dijamin Perlembagaan Malaysia, tetapi juga kerana sifat kes ini yang merupakan aduan individu ke atas majikannya, Anwar Ibrahim. 

Kes Anwar Ibrahim muncul kerana pekerja Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan membuat laporan polis ke atas. Saiful mendakwa majikannya, Anwar Ibrahim, telah “menekan” beliau agar melakukan hubungan seks di luar tabie (liwat). 

Tidak mungkin ada sesiapa yang boleh merancang skrip seperti ini, yang kemudiannya melalui satu proses perundangan yang panjang, terperinci dan luar biasa tanpa menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa kejadian ini merupakan satu penipuan atau pemalsuan.

Satu-satunya pihak yang berusaha menjadikan kes ini sebagai kes sebagai kes politik ialah Anwar Ibrahim dan penyokong beliau kerana mahukan kes tersebut digugurkan.

Consider how this matter first arose. As Hansard (dated 22 October 1997, 18 December 1997) recalls, the very first time an MP stood up in parliament holding a statutory declaration that accused Anwar Ibrahim of sexual – homosexual – assault, Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister and his accuser was not a member of the government, but in fact an opposition MP from the DAP. And who was his original accuser? The late Karpal Singh MP, a brilliant lawyer. Any account of the criminal and then political downfall of Anwar Ibrahim should recall who threw the first stone.
Namun kepada mangsa dan rakyat malaysia lain, kes merupakan satu saga yang berpanjangan dan menyesakkan. Demi satu penutupan satu saga yang cukup panjang ini, saya mohon pihak media yang membuat liputan kes ini agar

to impartially look at the facts of the case, to analyse the meticulous judgments, and to carry these, as best they may, to the people.
Saya khuatir sebahagian media mempunyai anggapan Mahkamah Malaysia hanya bertindak adil apabila keputusan menyebelahi Anwar Ibrahim dan menganggap sebaliknya apabila ia tidak menyebelahi Anwar.

Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, seorang pemuda yang pernah menjadi pembantu peribadi Anwar, yang menjadi tumpuan dalam dan luar negara bukan kerana kesalahannya. Seperti semua mangsa jenayah serius, beliau mempunyai hak untuk mendapat keadilan dari penyiasatan pihak Polis dan perbicaraan di pihak Kehakiman.

Jadi, daripada menjadikan isu ini satu isu politik, media sewajarnya melihat perbicaraan ini merupakan satu kisah kemanusiaan. Malah dari sudut Kehakiman, ia merupakan hak kedua belah pihak mendapatkan keadilan di Mahkamah.

Sesungguhnya, semua ini sepatutnya mengenai hak yang sama rata untuk kita semua rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan tanpa mengira kedudukan, kuasa dan pengaruh. 

Terima Kasih

10 Februari 2015.

* Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah Timbalan Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara untuk bertindak bagi pihaknya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan.

No comments:

Post a Comment