Thursday, February 12, 2015

Penyokong PKR Mabuk Ketum Berdemo Minta Tun Dr Mahathir Jadi Ketua Umum PKR

13 Februari 2015 : Apa sudah jadi dengan mental penyokong PKR? Gila ke apa? Mabuk ketum tahap kronik ke bila tiba-tiba sahaja buat demonstrasi depan pejabat PKR terloncat-loncat nak minta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Umum PKR (KETUM PKR)?

Dulu sejak awal kejatuhan Anwar Ibrahim dari kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, batang tubuh Tun Dr Mahathir (Dulu Datuk Seri) itulah yang semua penyokong PKR balun bertubi-tubi semahu-mahunya.



Siap dibuatkan sajak jijik lagi dalam laman Mahafiraun dan Mahazalim kelolaan penyokong Anwar waktu itu konon-kononnya nak kencing atas kubur Tun Dr Mahathir selepas beliau mati kelak.

Sampai satu tahap berita-berita kematian palsu Tun Dr Mahathir disebarkan kemudian dibayangkan seolah-olah anak-anak beliau menangis merintis hampir gila sambil mencakar-cakar kuburnya.

Tak cukup dengan penghinaan demi penghinaan sedemikian, disebarkan pula khabar angin konon Tun Dr Mahathir akan mati ditembak menjelang perasmian SUKOM 98 di Stadium Bukit Jalil. Dijual nama Ustaz Haron Din yang didakwa bermimpikan perkara tersebut.

Semuanya kerana apa? Kebencian dan dendam tak tentu hala yang terbentuk dari kepercayaan membuta tuli kononnya Tun Dr Mahathirlah punca konspirasi politik peringkat tertinggi yang menggunakan isu liwat untuk jatuhkan Anwar.

Wujudnya PKR (dulu KeADILan, kemudian PKN) pun satu-satunya sebab dek kerana bencinya penyokong Anwar kepada Tun Dr Mahathir dan mahu membalas dendam ke atas beliau.

Tapi sekarang apa jadi? Orang tua yang penyokong PKR kutuk dan maki hamun sejak September 1998 tiba-tiba sahaja diminta jadi Ketua Umum PKR? Kalau tak bengong, tentu kalian sudah gila disebabkan terlebih mabuk ketum.

Punya ramai pemimpin dalam PKR takkan seorang pun tak mampu nak ganti peranan Anwar sampaikan tergedik-gedik menjemput Tun Dr Mahathir menyertai PKR? Dulu kalian ludah Tun Dr Mahathir sekarang jilat pula, tak rasa jijikkah?

Atau penyokong PKR nak main silat lidah beralasan konon demonstrasi meminta Tun Dr Mahathir jadi KETUM PKR hanyalah sindiran semata-mata mengambil kesempatan dari teguran kritis Tun terhadap Kerajaan Pusat?

Tun Dr Mahathir memang kritis dan adakala tajam tegurannya, tapi itu tidak bermakna beliau membawa aliran politik yang menjiwai ideologi PKR, PAS atau DAP. Jiwanya tetap UMNO dulu, kini dan selamanya.

Penulis tak nampak apa faedah puak PKR berdemo di hadapan pejabat sendiri sambil meminta Tun Dr Mahathir jadi KETUM PKR. Melainkan ia sebenarnya dirancang secara sengaja atau sebaliknya dengan tujuan untuk memalukan Anwar.

Dan mungkin yang hampir tepat kalau dikatakan selepas Anwar dipenjarakan, penyokong PKR sudah jadi macam anak ayam yang kehilangan ibu, terkontang-kanting hilang punca dan bengong tak ketahuan sampai terpaksa jilat ludah sendiri melutut mohon Tun Dr Mahathir menyertai mereka.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment