Monday, February 16, 2015
Anwar Sakit Belakang: Baru Masuk Penjara, Sudah Cedera?
16 Februari 2015 : Tidak
puas cuba untuk meraih simpati rakyat dari kematian bekas Menteri Besar
Kelantan Khamis lalu di mana dirinya tidak dibenarkan pihak penjara
menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat kali
terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta
kontroversi lain pula.
Baru lima hari berada dalam penjara akibat kesalahan meliwat bekas
pembantu peribadinya, Anwar menggunakan anak perempuannya, Nurul Izzah
untuk menyampaikan khabar berita dirinya kepada rakyat di luat penjara
dan berharap mendapat simpati secara berterusan dari
penyokong-penyokongnya.
Melalui laporan Sinar Harian hari ini, Nurul Izzah memberitahu Anwar
telah mengalami sakit belakang yang teruk sejak dimasukkan ke penjara
Sungai Buloh Selasa lalu.
Kenyataan Nurul Izzah ini mengingatkan drama yang sama Anwar cipta ketika dipenjarakan pada tahun 1998.
Ketika dalam tahanan dari tahun 1998 hingga 2004, pelbagai aksi
meraih simpati yang Anwar tonjolkan apabila berpeluang berhadapan dengan
orang ramai lebih-lebih lagi di hadapan media.
Muncul satu keadaan paling popular, Anwar menjadi perhatian umum di
mana ramai yang melahirkan rasa kasihan kerana beliau terpaksa bergerak
menggunakan kerusi roda dan memakai alat sokongan di leher kerana sakit
belakang yang sangat kronik dan kritikal.
Alasan dan tuduhan yang paling utama Anwar katakan yang menyebabkan
sakit belakangnya adalah kerana dipukul dan kecederaan sewaktu dalam
tahanan. Di saat itu, ramai pihak yang marah dengan keadaan yang menimpa
diri Anwar dan menyatakan kecuaian pihak penjara.
Tetapi, Tuhan Maha Kaya apabila penipuan dan tipu muslihat Anwar
dibongkar oleh isterinya dan rawatan yang dibuat di Munich sejurus
keluar dari penjara pada tahun 2004.
Pertama, Datin Seri Wan Azizah secara terang-terangan mendakwa Anwar
sihat dan tubuh badan yang sasa suaminya itu adalah hasil komitmen Anwar
yang rajin bersenam dalam penjara sepanjang enam tahun di sebalik tirai
besi.
Kedua, hasil rawatan sakit belakang yang dibuat di Munich dan Laporan
Suruhajaya Diraja Menyiasat Kecederaan Anwar mengatakan punca utama
sakit belakang Anwar adalah kerana insiden beliau jatuh dari kuda ketika
menunggang kuda pada tahun 1992. Maka, ia tidak ada kena-mengena dengan
punca yang dikatakan oleh Anwar ketika dalam tahanan.
Selepas pembebasan Anwar hingga ke hari terakhir beliau hadir ke
mahkamah untuk mendengar keputusan kes liwat II, rasa-rasanya tidak ada
sekali pun Anwar membuka mulut mengadu sakit belakang kerana banyak
bergerak dan aktif berceramah atau berpolitik ke sana-sini.
Malah, ligat dan lincah aksi Anwar apabila berjumpa rakyat dalam setiap acara yang parti pembangkang anjurkan.
Jadi, selepas lima hari dalam penjara sejak dari tarik 10 Februari
lepas, kecederaan apa pula yang Anwar dapat dalam penjara? Mungkinkah
terkejut lipas merayap atas badannya lalu terjatuh dari katil?
Oleh : Norazlina Ashaari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment