Monday, February 23, 2015
Pas Siasat Komplot Guling Hadi Awang
24 Februari 2015 : Pas telah memulakan siasatan terhadap dakwaan dua
pemimpin kanannya yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan
Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Timbalan Presiden,
Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti, Dr. Mohd. Hatta Ramli akan
dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, keterangan juga akan diambil daripada
individu-individu yang membuat tuduhan terhadap Mohamad atau lebih
dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta.
“Siasatan akan mengambil kira semua sudut dan dijangka selesai
sebelum Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 berlangsung Jun ini,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin mengaitkan Mohamad dan
Mohd. Hatta sebagai dalang untuk menjatuhkan Abdul Hadi sewaktu
membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob
dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Serdang Jaya, Selangor, kelmarin.
Semalam, beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Pemangku Timbalan Ketua
Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak,
Razman Zakaria meminta kedua-duanya tampil memberi penjelasan bagi
membersihkan nama mereka.
Pendedahan tentang komplot terancang dipercayai didalangi sekumpulan
pemimpin Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan
kepemimpinan ulama dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli
Ibrahim pada 8 Februari lalu.
Sementara itu, Mohd. Hatta ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas tentang isu berkenaan.
“Salam. Tiada ulasan dari saya,” katanya dalam mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.
Mohamad pula gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan berhubung desakan disuarakan oleh Mahfodz dan Razman
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment