Monday, February 16, 2015

Rosmah Ziarah Tuan Sabariah

17 Februari 2015 : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi isteri Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak di kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka, semalam.

Rosmah yang tiba pada pukul 3.10 petang meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dengan Tuan Sabariah.

Beliau ditemani Raja Puan Besar Perak merangkap Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Yang Dipertua PPPM Kelantan, Puan Sri Dr. Nik Azizah Nik Yahya.

Yang turut hadir, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah.

Ketika ditemui pemberita, Rosmah berkata, beliau mengambil kesempatan bertemu Tuan Sabariah untuk mengucapkan takziah di samping memberi kata-kata semangat.

“Lawatan saya ini adalah sebagai seorang isteri kepada seorang isteri atau sebagai seorang muslimat kepada seorang muslimat yang baru sahaja kehilangan suami beberapa hari lalu.
“Saya turut nasihatkan Datin Tuan Sabariah supaya jaga diri dan kesihatan beliau,” katanya.

Menurut Rosmah, beliau turut berharap seluruh ahli keluarga Nik Abdul Aziz reda dengan pemergian bekas Menteri Besar Kelantan

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment