Wednesday, February 25, 2015
Liwat II: Dengan Apa Cara Kerajaan Dikatakan Terdesak?
25 Februari 2015 : LIWAT adalah satu perbuatan fizikal, di
negara ini, satu jenayah – rela atau tidak. Nak bukti liwat berlaku
atau tidak ialah dengan pembuktian fizikal juga, bukan boleh main
agak-agak macam itu saja. DNA pun satu pembuktian fizikal, kepala
sperma pun sama, fizikal, sebab ia wujud.
Yang mendakwa kena bagi bukti liwat berlaku, yang kena dakwa juga kena bagi bukti kenapa liwat tak berlaku.
Tak bolehlah bila pendakwa ada bukti
teknikal seperti kepala sperma jumpa dalam rektum, yang kena dakwa kata
dia tak meliwat sebab si polan buat sesi penerangan kes liwat atas
platform UMNO, apa kaitannya?
Atau kerana polis halang perhimpunan
menyokong sang peliwat, maka ini dikatakan bukti kejadian liwat itu tak
berlaku dan kerana itu kerajaan dikatakan sedang terdesak. Dengan macam
mana pulak ia berkaitan?
Lupakan soal kerajaan dituduh terdesak,
cuba jelaskan bagaimana orang yang bagi penerangan atau polis surai
perhimpunan, boleh dikaitkan dengan terjumpanya kepala sperma Anwar
dalam rektum Saiful? Itulah yang kena jawab dan kaitkan macam mana
berlaku.
Penulis ulang sekali lagi, ini kes liwat,
tapi bila yang bercakap semata-mata guna emosi, dah jadi macam kes
filem yang lari plot – tajuk lain, jalan cerita lain.
Cerita-cerita tak betul seumpama ini
sedang banyak bertebaran sekarang. Yang macam bodoh percaya bulat-bulat
pun ramai, itu yang pelik. Penulis tak hairan kalau anak-anak Anwar
mengarut, memang itu bapa mereka, lagipun siapa nak zaman berzaman
dituduh keturunan peliwat.
Sebaliknya pula bila orang yang
sungguh-sungguh pada asalnya tak mengaku meliwat, kemudian minta
keampunan diraja atas hukuman yang telah dijatuhkan, itu boleh dikaitkan
dengan secara tak langsung mengaku meliwat, sebab tu minta ampun.
Hairannya, taknak pulak orang pembangkang
melihatnya begitu walaupun memang itu halnya. Yang penulis tahu, bodoh
pun ada sempadan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment