Wednesday, February 11, 2015

Chong Eng Dipanggil Beri Keterangan Kerana Mengkritik Khutbah Jumaat

11 Februari 2015

Ketua Wanita DAP, Chong Eng hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) di sini malam ini untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mengkritik khutbah Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang itu tiba di IPD SPT pada pukul 7 malam sebelum keluar pada pukul 8.15 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Nood ketika dihubungi berkata, Chong Eng dipanggil untuk direkodkan kenyataan dan wakil rakyat itu memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

Chong Eng dalam satu kenyataan menerusi portal pembangkang kelmarin mengkritik khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kononnya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat lalu yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment