Wednesday, February 11, 2015
Peliwat Dipenjara, Peluang Untuk Azmin Jadi Presiden PKR Terbuka
11 Februari 2015
Setelah hampir 7 tahun kes Anwar Ibrahim meliwat
Saiful Bukhari berlanjutan akhirnya semalam ternoktah juga apabila Ketua
Umum PKR itu gagal rayuan terakhirnya dan disahkan bersalah
melayakkannya dihantar menginap di Penjara Sungai Buloh.
Bagaimana pun Anwar bernasib baik apabila mahkamah menolak rayuan
tambahan hukuman yang diminta pihak pendakwaraya sebaliknya mengekalkan
hukuman 5 lima tahun penjara sahaja. Patutnya peliwat tegar seperti
Anwar elok dihukum maksimum 20 tahun, tapi sebab hakim tak bagi kita
terimalah seadanya.
Anwar juga bernasib baik sebab dikecualikan dari hukuman sebat atas
faktor kasihan belas dengan usianya yang sudah lanjut, kalau tidak
mahunya lunyai kulit dan isi punggung Anwar terkena libasan rotan.
Pejam celik pejam celik sebenarnya tempoh 5 tahun ini sekejap sahaja.
Jika dari awal perbicaraan tahun 2008 dulu lagi Anwar tak main
tunda-tunda kes, sekarang ini sebenarnya Anwar dah dilepaskan bebas dari
penjara. Tapi sebab asyik tunda-tunda, nah ambil engkau 5 tahun
mendatang penjara sedang menunggu.
Kasihan? Tak payah kasihan, dia sendiri yang cari pasal, sedangkan
apam balik yang halal ada kat rumah di carinya juga stor kunyit jantan
siapa suruh? Nak salahkan orang lain tak logik sebab yang kawal hala
tuju pedang tumpul Anwar bukannya orang lain tapi Anwar sendiri. Bukan
begitu?
Sebagai peliwat yang sudah disahkan oleh mahkamah tentulah tidak
mudah bagi Anwar mengakui kesalahannya. Maklumlah liwat suka sama suka
atau rela dalam paksa bagi Anwar dan balacinya bukanlah satu kesalahan
kerana bagi mereka itu semua undang-undang lapuk yang tak seiring dengan
arus kemodenan semasa.
Tapi suka atau tidak, penyokong Anwar kenalah terima hakikat hukuman
telah pun diputuskan setelah 6 tahun 5 bulan dan 10 hari lamanya
penantian yang menyiksakan bagi Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat
majikan sendiri. Dulu Anwar bergembira Saiful pula menderita dikeji
dihina, sekarang masanya Saiful berasa lega dan Anwar pula sengsara.
Dalam pada itu, perkembangan ini tentunya memberi makna besar bagi
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Maklumlah baru sahaja lima bulan Azmin
menjadi Menteri Besar Selangor, sekarang tiba-tiba pula mentor idolanya
terpenjara selama lima tahun yang sekali gus membuka ruang untuk
politiknya bersinar bagi tempoh lima tahun mendatang.
Sudah dua kali hasrat Azmin bertanding jawatan Presiden PKR terhalang
semasa pemilihan 2010 dan 2014 disebabkan kelicikan Anwar. Sekarang
Anwar sudah terpenjara disebabkan kegagalan mengawal ‘anu’ sendiri maka
barang tentu sahaja sudah tiada halangan untuk Azmin melangkah setapak
lagi untuk gapai cita-cita yang terbantut sebelumnya.
Lagi pun kalau ikutkan Perlembagaan PKR hakikatnya kedudukan Wan
Azizah sebagai Presiden PKR sebetulnya sudah melewati tempoh tiga
penggal, itu satu lagi kesaksian sahih yang melebarkan ruang terbuka
untuk Azmin mengambil alih jawatan berkenaan. Makin panjang langkah
Azmin selepas ini.
Dulu Azmin nak jadi Pengerusi PKR Selangor, terhalang seketika akhir
kemudiannya terlaksana. Azmin nak jadi MB Selangor, terbantut sebentar
tak lama akhirnya jadi juga MB Selangor. Sampai terpelanting Khalid
Ibrahim terbuang gara-gara langkah Azmin.
Sekarang peluang terbuka depan mata untuk Azmin realisasikan hasrat
menjadi Presiden PKR, pun pernah terhalang tapi tak mustahil beberapa
ketika kemudian nanti juga akan jadi kenyataan dan Wan Azizah pula yang
terpelanting.
Apa Anwar boleh buat dari dalam penjara untuk sekali lagi halang cita-cita Azmin? Hanya mampu terkebil-kebil sahajalah.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment