Sunday, February 15, 2015
BH Buat Laporan Polis Artikel Guna Nama Berita Harian
13 Februari 2015 : Akhbar Berita Harian (BH) membuat laporan polis
susulan penyiaran satu artikel bertajuk “Wajarkah Nik Aziz dikebumikan
di tanah perkuburan Islam? – Zainuddin Maidin oleh sebuah laman web
menggunakan nama yang sama dengan BH, www.berita-harian.net, hari ini.
BH yang diwakili Ketua Komunikasi Korporat The New Straits Times
Press (NSTP), Wan Abdillah Wan Nawi membuat laporan itu di Balai Polis
Pantai di sini, pada jam 10.19 malam tadi.
Wan Abdillah berkata, laporan polis dibuat bertujuan membersihkan
nama BH, sekali gus mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan orang
ramai yang membaca artikel berkenaan.
Katanya, BH menafikan mempunyai kaitan dengan www.berita-harian.net mahupun artikel yang disiarkan oleh laman web itu.
“Laporan ini dibuat berdasarkan alamat laman web berkenaan yang
mengambil nama sama dengan akhbar perdana BH, iaitu
www.berita-harian.net, sedangkan nama sebenar laman web BH adalah
www.bharian.com.my.
“Tindakan ini (laporan polis) juga dibuat kerana BH tidak mahu
dikaitkan dengan penyebaran berita tidak bertanggungjawab ini pada saat
rakyat Malaysia masih berduka dengan pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam semalam,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Abdillah berkata, akses untuk melayari artikel itu
sudah dipadamkan oleh pengendali laman web terbabit sekitar jam 8.28
malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner
Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
berkenaan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment